31 December 2013

Kerja Semula Setelah Seminggu Bercuti


Hai...Assalamualaikum,

Seronok tuan blog bercuti yek. Bukan holiday jauh pun, cuma balik kampung je. Tetiba semalam ter'EL' pulak disebabkan Afiq demam dan naik nanah dikaki dan tangan. Badan-badan dia jadi kering dan berbiji-biji disekitar belakang dan depan badan.Rasanya time mandi kat Bukit Gambang yang jadi camtu. Klorin banyak sangat kat dalam air tu..Habis kulit..

Hari jumaat dah balik Putrajaya sebab hari sabtu ada hari orientasi tahun 1. Mak bapak kena dengar taklimat dalam dewan, budak-budak jawab ujian dalam kelas. Husband cuma hantar aku je, dia jaga anak yg lain kat rumah. Sekali berat daaaa sebab baru beli buku tulis utk Syuhada dan Afiq..Pastu kena ambil buku teks Afiq pulak..Apa lagi terus call husband tolong angkut buku..hehehe..

Hari ni pulak, naik je keje kena ganti orang kaunter. Orang tu MC. Aduhaii keje asyik kena ganti kaunter je la..banyak benor MCnye..Mana nak PA, mana nak jaga kaunter. Kena belah badan bagi 2 la kalau boleh. Kat meja PA berlambak surat nak direkod. Main lari kejap ke kaunter, kejap jadi PA, kejap bos panggil, kejap kena hantar memo. Gitu la gayanye. 

Sape kata kerani takde keje??hahaha

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...