☛ DIET YANG TIDAK KONSISTEN
Ini penyebab mengapa diet kamu selalu gagal. Di awal diet, semangat
kamu begitu berkobar-kobar, namun di pertengahan kamu mula melanggar apa
yang telah kamu lakukan. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, kamu
perlu konsisten dan berdisiplin! Tanamkan semangat dalam diri dan
sentiasa ingat “untuk kelihatan cantik kamu perlu menanggung kesakitan
sekejap”.
☛ TIDAK BERSARAPAN
Alasan mengapa sarapan itu adalah penting kerana apabila kamu bangun
tidur, tubuh telah berpuasa selama lapan jam lebih. Tubuh memerlukan
nutrisi secepat mungkin dan jika tidak di penuhi, ia akan mengambil
nutrisi yang ada di otot dan kesannya akan merosakkan metabolism. Ini
secara tidak langsung telah membuatkan tubuh kamu kehilangan
kemampuannya dalam membakar lemak.
☛ PENGGUNAAN UBAT PELANGSING
Banyak pil diet di pasaran yang dapat menghancurkan lemak. Namun tidak
ada penelitian yang boleh membuktikan khasiatnya. Namun begitu,
pengambilan ubat diet belum tentu memberikan kesan kepada apa yang kamu
mahukan.
☛ DIET TANPA BERSUKAN
Jika kamu sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur pola makan sihat
namun berat badan tidak juga turun, cubalah melakukan senaman seperti
olahraga atau pergi ke gim. Ia boleh menjadi satu altenatif untuk
pembakaran lemak. Kamu tidak perlu takut badan akan menjadi berotot
seperti lelaki, sebaliknya seimbangkan ia dengan suplimen khas untuk
kecergasan.
☛ SAIZ HIDANGAN
Tidak makan atau makan terlalu sedikit sangatlah salah! Idealnya, kamu
perlu makan tiga kali saiz hidangan yang besar dalam sehari dan
seimbangkan dengan dua saiz hidangan yang kecil. Tubuh badan kamu akan
lebih mudah mencerna dan kamu tidak tidak akan merasa cepat lapar.
☛ KURANG TIDUR
Tidak cukup tidur menjadi faktor badan kamu letih dan lesu sekali gus
menghalang penurunan berat badan berlaku. Bayangkan jika tidak cukup
tidur, perut akan selalu lapar dan kamu akan makan untuk menghilangkan
rasa lapar tersebut. Jadi, bagi mengelakan berat badan bertambah
pastikan kamu tidur sekurang-kurangnya lapan jam.
No comments:
Post a Comment