Orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun
terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan.
Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit
yang cantik. Nampaknya anda silap. Mereka sememangnya ada rutin dan cara
mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit
mereka.
1. Orang Jepun
dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali
sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau
merupakan antioksidan yang bagus.
2.Untuk pencuci
muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia
dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil
mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae
mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak
selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit
dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri
dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.
3. Penggunaan
penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia
dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci
muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah
yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun
memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol.
Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk
menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.
|
Kyoko Fukada
|
4. Pelembap
muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun
lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang
Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk
wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai
apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke
atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.
5. Kebanyakan
selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi
Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.
6. Rahsia wajah
yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh
mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah
anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran
darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah.
7. Setiap kali
selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk
melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea
ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya
anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan
pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).
|
Chae Rim |
Info dari EH!