Jom layan gambar meet & greet simplysiti (Argan) di Aeon Wangsa Maju pada hari ahad lepas 28hb Julai 2013..layann
31 July 2013
Sambal Hitam Kak Z Dah Ada Label
Assalamualaikum/selamat pagi..
Dah lama tak update blog..padahal banyak je stori nak cerita...luahan pun ada..wahh
Ok, ahad lepas gi meet n greet simplysiti sempena produk terbarunya iaitu Argan..Kirim nak kak z suruh bawa sambal hitam ke lokasi meet n greet...
Wah sambal hitam sangdewi ni dah ada label la..caya la kak z..
Bulan puasa ni lagi sedap menghadap sambal hitam..tak payah dah buat sambal lain..
26 July 2013
Siti Nurhaliza Di Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim
Majlis berbuka puasa anjuran Bikers...kental hihihi
Kredit picture to Cikgu Shamsuri untuk gambar diatas..Majlis tersebut diadakan di Temerloh Pahang pada 21 Julai 2013.
25 July 2013
Gambar Terbaru Siti Nurhaliza Bersama Pembantu Rumahnya
Siti Nurhaliza
** Balik rumah..my maid minta posing dgn diaorg... @ctdk
***Bestnya dapat majikan macam CT kan...sporting giler
22 July 2013
Siti Nurhaliza Semakin Aktif
Jika tengok Instagram Siti, ada je jadual aktivitinya ke sana sini..Busy nya Siti. Tak penat ke?
Peminat pun suka la boleh tatap wajah idola mereka id Instagram Siti..cantik-cantik belaka..kan..
Suka..suka..suka
19 July 2013
Sepatu Dark Blue
Assalamualaikum/selamat pagi...
Ramadhan ke-10.
Oh sepatu kenapa kau tiba-tiba tak muat pulak nak disarungkan kat kaki aku ni..Terpaksa buat hiasan di bawah meja..Rasanya kaki aku ni takkan membesar dah..camne cara nak pakai sepatu ni..ermmm..tengah fikir sebab sepatu ni sangat cantik walaupun bukannya branded..
Kasut ni pemberian kakak ke-2 ku..dia dah boring pakai la tu..tu pasal lanting-lanting kat aku..TQ la ye..
18 July 2013
Puisi Luahan Hati Dayana Untuk Suaminya
Hari ini dayana menerusi facebook miliknya telah menulis Puisi Luahan Hati Untuk Ashraf Muslim
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
***semoga Dayana tabah menghadapinya...lagi2 nak raya ni..dugaan..rupaya si Sakinah ni pengasuh anak Zam(BAC)..ermmm..keciknya dunia..
Chocolat Brut Swiss
Ermmm...thank you bos kasi aku coklat ni..besarnya mak aiii..Coklat yang besar ni aku share dengan kawan-kawan aku kat ofis..selebihnya aku bawa balik untuk anak-anak kat rumah.
thank you again..bos
Menambah Koleksi Dermagic
Dermagic Calming Cleanser (RM29.90)
- Cleanse and wash away dirt, excess oil secretions and impurities.
- Moisturise skin.
- Gives exhilarating effect and promote stress free skin.
Dermagic Refreshing Toner (RM29.90)
An amazing moisturizing toner enriched with a tinge of cooling sensation to revitalize, soften and induce stress – free skin.
An amazing moisturizing toner enriched with a tinge of cooling sensation to revitalize, soften and induce stress – free skin.
- Empower skin to look more lifted and rejuvenated.
- Reduces fine lines and wrinkles.
- Removes excess traces of cleanser and impurities and minimize pores.
Dermagic Relaxing Mask (RM10.90)
Experience a relaxing skin immediately besides feeling how lifted, brighter, smoother, supple and luminous your skin is in just 20 minutes!
Experience a relaxing skin immediately besides feeling how lifted, brighter, smoother, supple and luminous your skin is in just 20 minutes!
- Maintain firmness and elasticity on your face and cheeks.
- Gives deep – down hydration while lightens dark spot.
- Helps to whiten skin more intensively.
***kalau diikutkan total kesemuanya itu adalah RM70.70, nasib baik sekarang tengah sale, so, dapat dengan harga murah iaitu RM40.80...murahnya...
17 July 2013
Komen I Masuk Femag
Sukanya aku baca majalah online..takpayah beli majalah kan..save budget..
Tapi beli jugak la majalah kan..sebab ada gambar tok ti a.k.a mak iti a.k.a CT.
Jom baca majalah online..dari wuuhuuonline..best..hari tu aku saje twit kat wuuhuuonline..tuptups keluar komen dalam majalah femag bulan julai..jom baca jom..
Siti Jadi Jururawat
SELURUH teman dan keluarga terdekat yang menyaksikan pengabdian Siti
Nurhaliza terhadap suaminya ketika ia sakit, pasti rasa terharu. Dan
momen di mana Datuk K mengucapkan 'syurgalah tempat Siti Nurhaliza,'
kepada sebahagian besar teman yang datang melawatnya di hospital sebelum
ini, seperti dekat kebenarannya.
Derita suami, turut dirasai pelantun Lebih Indah yang
mengambil cuti panjang daripada aktiviti seninya. Bergegas terbang ke
New Zealand, meninggalkan konsert di Banjarmasin, Jakarta, itu bukan
satu-satunya pengorbanan Siti.
Selama suami di katil hospital, di situ jugalah dia tidur, makan
minum dan mandi manda. Dia pernah hanya tidur beberapa minit dalam
jangkamasa 24 jam, demi memastikan tidak terlepas pandang si suami,
takut-takut ada kehendak yang tidak dapat disediakan.
Memandikan, menyuap makan-minum malah membasuh hajat kecil dan besar
Datuk K juga, Sitilah yang melakukannya dengan penuh ikhlas. Status
divanya terbuang sama sekali ke tepi, saat itu. Tiada khidmat jururawat
peribadi digunakan sepanjang proses penyembuhan Datuk K, keputusan itu
dibuat oleh Siti sendiri.
Malah kata anak kedua Datuk K, Adib Khalid, 23, memberitahu, dia dan
adik-adiknya menjadi bertambah sayang melihat pengorbanan 'Mak Iti',
kala Datuk K sakit.
"Satu minit sekalipun dia tidak meninggalkan ayah. Sewaktu di New
Zealand, saya dan keluarga lain ada juga pulang ke hotel penginapan,
bertukar baju dan berehat. Tetapi Mak Iti tetap di samping ayah. Memang
terharu sebab kami tahu, dia sangat menyayangi ayah dalam apa juga
keadaan ayah," kata Adib yang juga produser album muda.
Sementara Mohammad Asyraf, 22, si anak ketiga juga mengangguk dan
menambah: "Kami sangat tersentuh. Orang sakit macam ayah akan banyak
'kerenahnya'. Hairan juga bila Mak Iti melayan dengan penuh sabar. Bukan
semua isteri boleh buat seperti apa yang Mak Iti lakukan kepada ayah,"
katanya bersungguh-sungguh.
Sementara Siti pula, menganggap ia adalah pengorbanan yang biasa bagi
mana-mana isteri sekalipun kala 'belahan jiwa' mereka terlibat dengan
tragedi ngeri sebegini.
Apa yang paling penting, kata penyanyi nombor satu negara ini, inilah
makna 'kasih sayang' dan cinta dalam erti kata yang sebenar-benarnya.
"Kita selalu bercakap tentang cinta dan sayang. Bagaimanakah
bendanya? Inilah dia makna cinta dan kasih sayang yang sebenar. Apabila
insan yang kita sayang jatuh sakit atau ditimpa bencana, di situlah
ujian kasih sayang kita yang sebenarnya.
"Jika sihat dia boleh menjaga kita dengan baik, pada ketika dia sakit
inilah, pengorbanan kita diperlukan. Saya tidak anggap kejadian
kemalangan suami sebagai dugaan, tetapi ujian kesetiaan yang mengeratkan
lagi kasih sayang kami suami isteri. Selepas insiden itu, kasih sayang
kami sebagai suami isteri juga bertambah," kata Siti.
Pada ketika saat pertama mengetahui suami diduga sebegitu, apa yang
Siti lakukan? Menangiskah dia, meraungkah dia atau hanya memendam di
dalam hati?
"Perkara utama yang Siti buat ialah kuatkan hati, tabahkan diri
terlebih dahulu. Siti set dalam minda, perlu tunjuk kuat dengan suami
supaya dia tidak terus lemah. Saya ibarat menjaga 'baby besar'.
"Tidak sangka, selepas enam bulan, dia sudah boleh berjalan-jalan dan
kembali normal macam biasa. Dia memang kuat," kata Siti lagi.
Tidak dinafikan, ketika suaminya jatuh sakit, kata Siti dia sangat
takut untuk menghadapi kehilangan. Tetapi perasaan itu dibuang jauh-jauh
kala di depan Datuk K.
"Suami yang Siti kenali seorang yang sangat kuat semangat. Apa yang
dia hendak, dia akan usahakan dan mesti dapat. Tetapi bila melihat dia
lemah, terlantar tidak berdaya, hati isteri mana yang tidak sedihkan?
Tetapi akhirnya, dia membuktikan kekuatan semangatnya itu dengan sembuh
lebih cepat. Siti sangat bersyukur dan berasa ini semua adalah keajaiban
yang Tuhan berikan kepada kami sekeluarga," katanya.
Sebelum saya dan team jurugambar pulang, pada ketika malam menyambut
Ramadan yang pertama itu, Siti sempat membisikan ke telinga: "Siti tidak
pernah kesal mengahwininya. Sungguh!"
Lalu kami simpulkan, inilah sebuah kisah 'cinta abadi' yang masih hidup di depan mata.
Nyawa Kedua Datuk K
Dalam keadaan terlentang kesakitan, tengkuk disokong pendakap leher,
kaki tangan berbalut simen sana sini, saya boleh nampak kesan jahitan
panjang yang menghuni pada beberapa anggota badannya. Di sebalik wajah
menahan sakit, lelaki yang dikenali segak bergaya setiap kali berdiri di
sisi 'si jantung hati Malaysia', Siti Nurhaliza ini masih sempat
tersenyum mesra.
Episod rasa terkejut saya itu berlaku di Hospital Gleneagles Kuala
Lumpur selepas dua minggu Datuk K dibawa pulang ke Kuala Lumpur menaiki
pesawat peribadi ekoran kemalangan yang menimpanya di Queenstown, New
Zealand pada detik yang seumur hidup tidak mungkin dilupa - 13 Disember
2012.
Ketika itu Datuk K bersama seorang sahabat yang dikenali sebagai
Cikgu Syamsuri dan seorang pemandu pelancong berbangsa Inggeris dalam
perjalanan bermotosikal di Queenstown.
Mereka menaiki motosikal berkuasa besar, melalui kawasan berbukit dan
curam di kiri kanan jalan yang sempit di pendalaman daerah tersebut.
Ketika melalui sebuah kawasan ladang kambing,sekitar pukul 4 petang,
motosikal Datuk K tersasar lalu terlanggar pagar ladang itu. Dia
terjatuh lalu tersembam di bahu jalan.
Banyak yang barangkali tidak tahu, kesan daripada kecederaan itu
sangat parah sebenarnya, Datuk K dalam keadaan kritikal. Dan ini pertama
kali, cerita benar yang keluar daripada bibir empunya diri, selepas
tujuh bulan kejadian ngeri itu berlalu.
Menurut Datuk K, sejurus selepas kemalangan, beliau pengsan dan hanya
kemudian tersedar kala kalimah azan di laungkan ke telinganya oleh
cikgu Syamsuri.
"Ketika tersedar, saya sudah berada di atas ribanya. Saya dengar
suara dia, 'Datuk kemalangan, mengucap Datuk, mengucap', Itu sahaja dan
saya tiba-tiba menjadi sangat takut.
"Dalam keadaan cemas, tiada kenderaan lalu-lalang langsung, saya
fikir barangkali saat untuk saya menemui Allah sudah pun hampir.
Beberapa anggota badan terkulai, mulut berdarah, saya fikir saya akan
mati di negara orang.
"Saya menangis, saya berasa diri sangat kerdil dan semua yang saya
punya akan hilang sekelip mata," cerita Datuk K dalam nada sangat
perlahan, tertahan-tahan.
Lelaki dengan empat zuriat ini kemudian menyambung bicaranya.
"Kuasa Allah, kesedihan saya hanya seketika. Dalam kesakitan yang
teramat itu, saya tiba-tiba mendapat semangat luar biasa. Saya kata
kepada diri, aku perlu hidup untuk orang yang saya sayang.
"Anak-anak masih lemah, masih memerlukan saya sebagai ketua keluarga.
Dan perkahwinan dengan isteri yang baru berusia enam tahun, banyak yang
perlu saya selesaikan demi masa depannya. Begitu juga dengan ibu saya
yang semakin tua, saya tidak boleh tinggalkan mereka ketika ini.
"Itu yang bermain-main di fikiran dan saya tiba-tiba membisikkan
kepada diri sendiri - Jangan mengalah Khalid, jangan mengalah. Engkau
perlu terus hidup," katanya.
Dalam kesakitan, darah merah membasah seluruh muka dan memercik di
sana-sini ke anggota badan, terfikir juga di benak, apakah dia akan
terus lumpuh atau mengalami kecacatan di beberapa bahagian utama badan?
14 July 2013
Rakaman Stailista Unplugged - Siti Nurhaliza, Najwa Latif, Alyah & Shila Amzah
Rancangan Stailista Unplugged akan disiarkan di TV9 hari Khamis 8 Ogos 2013, jam 10 pagi hingga 11 pagi (RAYA PETAMA).
Rancangan ini menampilkan penyanyi wanita terkenal yang
kesemuanya berhijab. Ia terdiri daripada Penyanyi no.1 negara Dato’ Siti Nurhaliza, Shila
Amzah, Alyah dan Najwa Latif.
Rakaman ini berlangsung di Sri
Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 13 Julai 2013, hari Sabtu(semalam).
Nasib baik si Aqil tak buat perangai..kalau tak, kena duduk belakang jauh dari stage..
12 July 2013
Buku Kedua Puluh Satu Dan Dua Puluh Dua Dari Perpustakaan :Mudah Menjemput Rezeki & 400 Kesalahan Dalam Solat
Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya menjemput rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami 'peristiwa mendapat rezeki' daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!
Harga: RM18.00
Penulis: Fathuri Salehuddin
Solat merupakan ibadah pertama yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Solat fardu lima waktu adalah salah satu rukun Islam. Ini merupakan satu asas kepada Islam yang paling utama. Sekiranya nilai atau kualiti solat kita tidak mencapai tahap sepatutnya. Jadi bagaimana caranya untuk menjaga kualiti solat kita? Buku ini adalah jawapannya.
Harga: RM30.00
Penulis: Mahmud Al-Misri
11 July 2013
10 July 2013
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Assalamualaikum..
Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..Syukur Alhamdulillah ketemu kita lagi Ramadhan di tahun ini..Syukur masih lagi bernyawa di muka bumi Allah...
Subscribe to:
Posts (Atom)