14 December 2012

Jimat Cara Si Fashionista

Main2 Jimat Cara Si Fashionista

Peruntukan perbelanjaan sering menjadi masalah bagi pencinta fesyen. Mengatakan tidak kepada busana berjenama bagai menghentikan matahari dari terus bersinar.

1. Simpanan rahsia
Pastikan anda mempunyai simpanan khas dalam akaun berbeza. Seperti contoh, buka akaun bank dan simpan sebahagian daripada wang gaji setiap bulan semata-mata untuk membeli busana idaman.

2. Tiada lagi kad kredit
Penggunaan kad kredit mendorong anda menjadi pengguna yang rakus dan tidak berhati-hati dalam menguruskan kewangan. Jika boleh, cuba elak dari menggunakannya kerana faedah yang dicaj dalam setiap urusan sepatutnya boleh disimpan dan digunakan untuk membeli kasut tumit tinggi berjenama. Simpan duit dan berjimat untuk mendapatkan apa yang anda impikan. Usaha sememangnya tangga kejayaan.

3. Pre-loved
Ini ialah istilah barangan mahal dan berjenama yang disayangi pemiliknya. Barangan ini dijual dengan harga yang lebih munasabah dan masih berada dalam keadaan baik. Asingkan aksesori dan pakaian yang tidak muat atau tidak lagi sesuai untuk anda, dan cuba jualkannya di bazar fesyen atau e-Bay. Anda boleh jual barangan yang sudah tidak digunakan dan dengan keuntungan itu, tambah koleksi dengan barangan baru tanpa menggunakan duit simpanan yang ada.

4. Elak yang tidak penting
Kurangkan perbelanjaan makan tengah hari mewah atau keinginan ke Starbucks setiap hari. Merokok juga patut dielakkan. Wang yang digunakan untuk perkara tidak penting ini boleh disimpan dan membantu anda mendapatkan beg tangan baru di pasaran.

5. Jadi kreatif
Musim fesyen silih berganti, sekali gus memaksa anda untuk turut menggantikan barang lama dalam koleksi dengan apa yang hangat di pasaran. Jika tidak mampu untuk mendapatkan kesemua koleksi baru, apa kata jadi lebih kreatif dengan memadankan koleksi yang anda ada dan cipta stail tersendiri.

6. Fikir kebaikan dan keburukan
Walau apa juga cara untuk berjimat atau mendapatkan wang, perkara paling penting adalah kesedaran dan cara seseorang menguruskan kewangannya. Tiada guna jika anda menyimpan, namun tidak kuat untuk jadikannya sebagai tabiat. Jika anda kehilangan pekerjaan yang ada sekarang, mampukah anda hidup dengan simpanan yang dibuat selama ini? 

Apa guna beg tangan mewah Louis Vuitton jika anda tidak mampu untuk membayar sewa rumah bulanan. Fikir-fikirkanlah.

via EH.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...