19 April 2012

Intipati Meeting KK

Usul dan cadangan:

  • Pemberian hadiah kecemerlangan dalam SPM di turunkan dari 10A ke 9A (Semua Setuju) sebab yang wajibnya adalah 9 subjek je..
  • Pencadang mencadangkan untuk jawatan tertinggi dalam Kelab tidak dibuat secara automatik atau erti kata lain, tidak perlu menggantikan jawatan tersebut dengan timbalan, jusa..(dibuka untuk kumpulan sokongan juga)..kerana orang muda mempunyai idea yang bernas..(lebih kurang gitu la cadangannya).
  • Mesyuarat tahun sebelumnya telah mencadangkan supaya Kelab mengadakan hari keluarga. Dan tahun lepas sudah diberi jawapan bahawa mungkin Kelab tak mampu buat sebab terlalu ramai ahlinya..Pastu, katanya nak bagi peruntukkan untuk bahagian mana yang ingin mengadakan hari keluarga akan diberi sedikit peruntukkan la..(tapi hari ni, ia menafikannya).
  • Tahun ni mencadangkan mengadakan hari keluarga di Sunway atau Cyberjaya.
  • Selain itu, pencadang mencadangkan akiviti mendaki Gunung Kinabalu..(tepukan hangat dari ahli nampaknya)..ok fine..Biro sukan mencadangkan aktiviti mendaki ke Gunung Stong, Kelantan..(rasanya tahun lepas dah gi kan).. 
  • Pencadang bertanya mengenai jualan (buka booth) di Pesta Sukan Perbendaharaan bulan Mei ini..(Setiausaha Kehormat dll membenarkannya)..
  • Tak lupa juga, mana-mana ahli yang ingin menjual sempena Hari Belia Negara Mei ini dibuka untuk pendaftaran. (katanya hanya 10 gerai je yang ada) depan MOF..Percentage kena kasi kat Kelab sikit ok..


Apa lagi ek...lupa dah..ni je yang ingat..


Opppss..tambah sikit lagi BOLEH!!!


  • Memandangkan mesyuarat pada tahun ni memerlukan ahli print sendiri dari emel yang telah dihantar...Rasanya kalau buat slide kasi point2 pun dah kira boleh jimatkan kertas A4 tu..banyak tu nak print..bukan 2 helai ok..Dan bukan 10 orang ahli ye..Jika buat point dalam slide yang dipaparkan..Ahli2 tak perlu print lagi kertas2 tersebut..KATA NAK JIMAT!!!( tapi Jawatan tertinggi itu mencantas terus cadangan dari pencadang itu) Dia suruh juga ahli print sendiri..LU PIKIR LA SENDIRI..
  • Apa yang boleh dilihat dalam meeting smlm, bila Dato' tutttttttt mencadangkan sesuatu, pihak jawatan tertinggi menerima dengan baik sekali..TETAPI bila pencadang itu terdiri dari Kumpulan sokongan or PTD or takde gelaran spt Dato' bla bla bla..Pihak jawatan tertinggi terus mencantas cadangan tersebut..Nampak Jelas Sangat..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...