1. Senaman. Bersenam di siang hari membuatkan anda
letih dan mudah mengantuk. Malah, ia juga bagus untuk mengatasi masalah
kekejangan yang biasa berlaku ketika waktu tidur.
2. Rutin Menenangkan. Meditasi, mandian panas atau
membaca buku adalah cara untuk anda berehat sebelum tidur. Rutin ini
membantu anda menghilangkan tekanan lalu menjadikan tidur lebih baik.
3. Diet Mesra Tidur. Elak atau hadkan pengambilan kafein beberapa jam sebelum tidur. Sebaliknya, minum secawan susu sebelum masuk tidur.
4. Kekal Hidrat. Pastikan anda banyak minum air
sepanjang hari walaupun pada waktu malam. Ia akan membuatkan anda kurang
sakit kepala dan membuat tidur lena.
5. Tidur Sebentar. 1 atau 2 kali tidur sebentar di siang hari sebenarnya boleh meningkatkan tidur anda semasa hamil.
No comments:
Post a Comment