1)Ikan salmon
Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan
Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan
zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering
sehingga nampak seperti botak.
2)Sayur-sayuran berwarna hijau tua
Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A,
C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu
minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai
pelembap rambut secara semula jadi.
3)Buah segar
Tembikai, pisang, limau, epal dan buahbuahan yang lain dapat memberikan
tubuh sejumlah nutrisi penting yang baik untuk mengurangkan keguguran
rambut.
4)Kacang buncis
Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan
pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan
biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.
5)Kekacang
Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak
kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu
melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam
merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan
rambut mudah gugur.
6)Telur
Telur merupakan antara sumber protein yang baik untuk mendapatkan
rambut yang sihat.Kekurangan atau rendahnya kualiti protein pada tubuh
boleh menyebabkan rambut tidak kuat dan warna rambut menjadi pudar.
7)Bijirin
Roti gandum dan bijirin merupakan sarapan pagi yang sangat baik untuk
mendapatkan rambut yang sihat. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink,
zat besi dan vitamin B.
8)Produk susu yang rendah lemak
Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium
yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan
rambut.
9)Makanan laut
Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh
membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga
membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan
vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.