Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru
Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012
dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah
baik.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk
mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa
depan.
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi
Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1
hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred
Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha
Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang
diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan
RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut
kenaikan tahunan SSM.
No comments:
Post a Comment