31 March 2012

Luahan Siti Nurhaliza


Avatar Anugerah Seri Perak Siti Nurhaliza


Salam sabtu,

Semalam aku dah tukar gambar profil di facebook menggunakan avatar ni. Cantik tak?

Ia tanda sokongan terhadap Siti Nurhaliza.

Kepada semua peminat Siti Nurhaliza, tukarlah sekarang..
 

30 March 2012

Menu Tengahari Ini - 30 Mac 2012


Salam petang jumaat,

Tengah hari tadi aku balik rumah..sebab tak tau nak buat apa kat ofis..kang bos bagi keje lak time lunch..tak leh jadi ni..baik balik rumah..rehat-rehat, masak-masak..

Untuk makanan tengah hari ni aku goreng ikan pekasam Pahang. Mak yang belikan untuk aku. Sedap. Ikan pekasam sepat dan patin.

Sambal tu pulak, kakak ipar yang kasi. Terbaik.. 

Dan terakhir sekali, nasi perlu ada la kan.. Pastu letak kicap..Udah le tu..tapi sayur takde..takpe la..
 

Roti Canai Gazebo P9


Petang semalam selepas balik kerja dan ambik anak fardu ain, aku terus ke Gazebo. Si Afiq nak makan roti canai. Padahal kat ofis papa dia dah makan tapi nak lagi..Okeyss aku turut kemahuannya..sebab tak mahal pun kan..lain la kalau minta Secret Recipe..takkan tertunai la jawabnya..Nasib baik tak ajar makan mahal-mahal..Ikut kemampuan okeyss, jangan ikut orang.

Kuah kari ni tak berapa sedap, tapi bedal jugak la..Kuah dal best..terasa dal nye..tak cair..

Siti Nurhaliza Di 9 Soalan TV9


Malam tadi tepat jam 10.30 malam..aku terus tukar channel 119 (TV9) dari channel Astro Warna tengok ape tu komedia..yang kelakar tak ingat.

Nasib baik malam tadi aku buka twitter..dapat tweet dari TV9 bagitau Siti dalam rancangan 9 Soalan malam ni..

Tahan mata..ikutkan time tu dah nak tido..tapi cuba korbankan sedikit masa untuk tengok Siti di kaca tv..
 

29 March 2012

Marah Tak Bertempat

Salam malam jumaat,

Hati aku sakit sangat dengan some one ni.. Dah bosan sangat dengan dia..Bertambah benci..Bila nak berambus jauh-jauh.. Aku sangat tak berkenan dengan sikapnya itu..

Disebabkan fail tak jumpa-jumpa, dia melenting tak tentu pasal. Sampai babitkan kursus yang aku hadiri la pulak. Ala kursus 3D tu..mencikk.Dia kata, nape pergi kursus yang takde kena mengena dengan kerja..HELLOO..takkan nak ngadap kursus word,excel je..Poyos la..

Sampai gitu, tak cukup la 7 hari berkursus dalam setahun..Aii tak baca pekeliling ke.. Lepas ni kalau nak gi kursus kena gitau dia dulu..Ohh jangan harap la.. tiada siapa boleh halang aku ok.. 

Nasib baik ko ngadu kat member aku..Kalau kat cakap direct je terus kat aku kan senang..Boleh aku bakor balik ayat tu..Aku memang selamber bab2 ni..Sebab aku dipihak yang benar..

Aku dah cakap pasal fail yang hilang tu..tiada kena mengena dengan aku..ko suka bagi direct terus kt sub..bila hilang marah2 kat orang tak tentu pasal

Dah lama aku bersabar..Biar keje dengan Mr.JPA..walaupun lain bangsa dan agama..kerjanya sangat bagus.. Dia marah pun, memang silap kita..So, dia perbetulkan yang salah..

Satu masalah lg, tak habis2 pasal senarai fail yang aku lekat kat kabinet..tak pernah berterima kasih malah asyik tak puas hati je.. Bila dah buat, tak berkenan pulak..susah nak cari la..ada je alasan tak munasabah..Aku still sabar..

Hari ni aku cuba buat senarai fail baru..macam mana yang dia nak.. baru buat separuh jalan..dia dah suruh aku buat benda lain..siuttttttt betul.

Aku bukan jaga ko je..ramai lagi aku nak jaga.. Bila dia marah2 aku depan orang..aku sedikit pun tak rasa malu..Sebab semua dah kenal perangai nyer..

Sekian, wassalam..

Sabar itu separuh daripada iman.. Sebagai orang Islam, kita perlu tahu tu..

Merindui Aqil


Salam Khamis,

Perasaan rindu semakin membuak-buak terhadap si kecik tomei Aqil. Aqil ditinggalkan kat kampung bersama nenek. Nenek dan atuk dia bukan main suka la.

Maybe Aqil ditinggalkan selama sebulan or lebih..tak tau lagi. Harap gaji SSM yang baru dapat cepat la.. kos sara meningkat.

Rindu Aqil ketat-ketat..boleh ke camtu?

28 March 2012

Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.

C/ Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja

Tlah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu

Siti Di Hati




Siti Situ Sana Sini




Siti Nurhaliza Dan Apek (Khairul Fahmi)


Kalau tak salah aku la, si apek ni akan menjadi model iklan untuk perfume Simply Siti..

27 March 2012

Abby Abadi Kini Bertudung




Siti Nurhaliza Di Litar Sepang F1


Mc' Donald Pengalas Perut



Beli happy meal, percuma spongebob ni..Anak-anak suka le..

Buah Keranji Atau Kuran


Buah keranji/kuran yang aku beli di pekan sehari Maran. Kebanyakan peniaga menjual buah ni..Musim katanya.. tapi dah nak habis musim dah..

Jarang dapat jumpa buah ni..Kalau dah musim tu, beli kan aje le.. Lagi pun nak kenal kan anak-anak dengan buah ni..Mesti 1st time dia makan dan jumpa buah ni. Masing-masing tanya  "buah apa ni, mama?"..

 

26 March 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak Bersama Buah Belimbing Besi


Bahan-bahan:

1 ekor Ikan patin(dipotong)
6 tangkai Cili api/padi
4 susu besar tempoyak (kasi pekat, baru best)
10 biji buah belimbing besi (yang telah dijerukkan oleh my FIL)
sedikit kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya..


Cara-caranya:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk, dan on kan api ye..tunggu la sampai masak..Dan boleh dihidangkan.. Senang je kan..Orang kata, kacang goreng je la..


Selamat mencuba..


p/s: ikan patin ni dibeli di Maran, Pahang. terbaik wokk..Harga berpatutan..RM7.00. Kalau kat Putrajaya ni, dah dapat RM4.00. Sebab kata my FIL. tu ikan patin tak sedap. kolam punyer..Oh patut le murah..



Jualan Kopi Walit [Yusmira]


Anda penggemar kopi? Meh la weh minum kopi walit ni keluaran yusmira. Terbaik la. Sesiapa yang inginkan kulit yang cantik, boleh la beli dengan saya ye..Saya jual RM1.50 sepeket. Murah kan. Kat tempat lain, confirm RM1.50 ke atas dan ada juga yang jual RM2.00.. Nak balik modal la kata kan..

Sesiapa yang bekerja di MOF, jangan segan silu la ye. Saya boleh menghantarnya ke tempat/bahagian anda.. Tak kisah la tingkat berapa pun..
 

Kedai Makan Awang Mee Sup Di Maran Pahang





Khamis malam jumaat..aku, husband dan anak2 gi melawat kawan husband sakit..Lepas tu kami pekena makan malam di Awang Mee Sup..Sedap sangat..Kedai makan di tepi jalan je dekat jejantas..

Aku kongsi bihun sup dengan anak je..sebab tak berapa lapar..husband makan mee sup. Aku pun ngecek jugak hok dia..

Pastu aku suruh husband order nasi ayam..ekk..ekk.. lebih2 pulak..cakap tak lapar..tapiiii
Lepas satu-satu aku order..
 

Aqil Kena Chicken Pox



Aqil dah sembuh...Alhamdulillah..Aqil ditinggalkan di kampung..Duduk dengan nenek..Suka la nenek..

Nanti mama ambil Aqil ye..tunggu gaji next month..lor

Maruku Udang Mely


Sedap..tak boleh berhenti..cam ketagih..Bila mengadap..non stop la..

Date Maamoul



Thanks kak er...best

Siti Nurhaliza Di Karnival dan Tahun Melawat Jerantut 2012

Persembahan bunga api...selepas hujan lebat..jem giler siut..
Tengok CT di skrin je..nak tengok kat pentas memang tak nampak..orang depan naik atas kerusi..melampau betul..
Sian anak buah ku...dah le hujan renyai time ni..redah selut kat padang...tup..tup..selipar dia putus..(kerana nak tengok CT punya pasal)
CTdan wanita UMNO..Masa ni orang umno ni duk gi tau..wanita umno je..wanita umno je..eh..silap la..sape2 boleh bergambar dgn CT tau..bukan wanita umno je..Aku selamber je redah..

Kabur...maklum la pakai kamera murah..lain la pakai kamera husband aku..gerenti tak jadi gini..disebabkan hujan..tak berani la nak pakai husband punya kamera..kang kena marah..
CT nak balik dah masa ni..sebab esok dia ada event di Alamanda..CT bersama Miela dan Kak zyee nak Hilux..
Bye bye CT
p/s: sedih tak dapat bergambar dgn CT...sempat tunjuk kat CT yang aku pakai baju sitizoner "santai dipinggir sungai"..CT pun lambai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...