17 July 2013

Nyawa Kedua Datuk K


Dalam keadaan terlentang kesakitan, tengkuk disokong pendakap leher, kaki tangan berbalut simen sana sini, saya boleh nampak kesan jahitan panjang yang menghuni pada beberapa anggota badannya. Di sebalik wajah menahan sakit, lelaki yang dikenali segak bergaya setiap kali berdiri di sisi 'si jantung hati Malaysia', Siti Nurhaliza ini masih sempat tersenyum mesra.
Episod rasa terkejut saya itu berlaku di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur selepas dua minggu Datuk K dibawa pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi ekoran kemalangan yang menimpanya di Queenstown, New Zealand pada detik yang seumur hidup tidak mungkin dilupa - 13 Disember 2012.
Ketika itu Datuk K bersama seorang sahabat yang dikenali sebagai Cikgu Syamsuri dan seorang pemandu pelancong berbangsa Inggeris dalam perjalanan bermotosikal di Queenstown.
Mereka menaiki motosikal berkuasa besar, melalui kawasan berbukit dan curam di kiri kanan jalan yang sempit di pendalaman daerah tersebut.
Ketika melalui sebuah kawasan ladang kambing,sekitar pukul 4 petang, motosikal Datuk K tersasar lalu terlanggar pagar ladang itu. Dia terjatuh lalu tersembam di bahu jalan.
Banyak yang barangkali tidak tahu, kesan daripada kecederaan itu sangat parah sebenarnya, Datuk K dalam keadaan kritikal. Dan ini pertama kali, cerita benar yang keluar daripada bibir empunya diri, selepas tujuh bulan kejadian ngeri itu berlalu.
Menurut Datuk K, sejurus selepas kemalangan, beliau pengsan dan hanya kemudian tersedar kala kalimah azan di laungkan ke telinganya oleh cikgu Syamsuri.
"Ketika tersedar, saya sudah berada di atas ribanya. Saya dengar suara dia, 'Datuk kemalangan, mengucap Datuk, mengucap', Itu sahaja dan saya tiba-tiba menjadi sangat takut.
"Dalam keadaan cemas, tiada kenderaan lalu-lalang langsung, saya fikir barangkali saat untuk saya menemui Allah sudah pun hampir. Beberapa anggota badan terkulai, mulut berdarah, saya fikir saya akan mati di negara orang.
"Saya menangis, saya berasa diri sangat kerdil dan semua yang saya punya akan hilang sekelip mata," cerita Datuk K dalam nada sangat perlahan, tertahan-tahan.
Lelaki dengan empat zuriat ini kemudian menyambung bicaranya.
"Kuasa Allah, kesedihan saya hanya seketika. Dalam kesakitan yang teramat itu, saya tiba-tiba mendapat semangat luar biasa. Saya kata kepada diri, aku perlu hidup untuk orang yang saya sayang.
"Anak-anak masih lemah, masih memerlukan saya sebagai ketua keluarga. Dan perkahwinan dengan isteri yang baru berusia enam tahun, banyak yang perlu saya selesaikan demi masa depannya. Begitu juga dengan ibu saya yang semakin tua, saya tidak boleh tinggalkan mereka ketika ini.
"Itu yang bermain-main di fikiran dan saya tiba-tiba membisikkan kepada diri sendiri - Jangan mengalah Khalid, jangan mengalah. Engkau perlu terus hidup," katanya.
Dalam kesakitan, darah merah membasah seluruh muka dan memercik di sana-sini ke anggota badan, terfikir juga di benak, apakah dia akan terus lumpuh atau mengalami kecacatan di beberapa bahagian utama badan?

14 July 2013

Rakaman Stailista Unplugged - Siti Nurhaliza, Najwa Latif, Alyah & Shila Amzah












Rancangan Stailista Unplugged akan disiarkan di TV9 hari Khamis 8 Ogos 2013, jam 10 pagi hingga 11 pagi (RAYA PETAMA).

Rancangan ini menampilkan penyanyi wanita terkenal yang kesemuanya berhijab. Ia terdiri daripada Penyanyi no.1 negara Dato’ Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Alyah dan Najwa Latif. 

Rakaman ini berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 13 Julai 2013, hari Sabtu(semalam).

Nasib baik si Aqil tak buat perangai..kalau tak, kena duduk belakang jauh dari stage..

12 July 2013

Buku Kedua Puluh Satu Dan Dua Puluh Dua Dari Perpustakaan :Mudah Menjemput Rezeki & 400 Kesalahan Dalam Solat


Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya menjemput rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami 'peristiwa mendapat rezeki' daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya!

Harga: RM18.00
Penulis: Fathuri Salehuddin


Solat merupakan ibadah pertama yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Solat fardu lima waktu adalah salah satu rukun Islam. Ini merupakan satu asas kepada Islam yang paling utama. Sekiranya nilai atau kualiti solat kita tidak mencapai tahap sepatutnya. Jadi bagaimana caranya untuk menjaga kualiti solat kita? Buku ini adalah jawapannya.

Harga: RM30.00
Penulis: Mahmud Al-Misri

11 July 2013

Cek Keempat Dari Nuffnang



Assalamualaikum/selamat pagi...

Rezeki datang lagi. Ini cek ke-4 dari Nuffnang. TQ Nuffnang. Cek ke-3 lupa nak upload..Sorry.

Syukur Alhamdulillah.

10 July 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Assalamualaikum..

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak..Syukur Alhamdulillah ketemu kita lagi Ramadhan di tahun ini..Syukur masih lagi bernyawa di muka bumi Allah...

09 July 2013

Majlis Tandatangan DTAA Malaysia-Poland











Alhamdulillah sudah selesai tugasan untuk semalam..

Pagi-pagi sampai ofis tersu wat keje..biasanya kan kita gi breakfast dulu..kenyangkan perut..ni memang tak dan dah...banyak keje yang tak settle lagi..

Kat aras 7 ada wat makan-makan dari pagi sampai petang...time breakfast la kami tak sempat nak join...bila nak join je...makanan (lempeng dah habis) yang ada cuma air manis je..sedihhhh...

Pagi tu memang penat la...berlari je keje nya...habis tenaga..

settle majlis, kami terus turun join lunch kat aras 7 walaupun kat tempat majlis tu ada makan..kami setia nak makan ikan patin masak tempoyak..fuh lega dapat makan..

Untuk hari ni, memang kami dah boleh rehat-rehat kan diri..

~terfikir-fikir kemanakah kami selepas raya nanti, sebab sibuk TTP ni kan, macam2 dengar citer, kumpulan sokongan nak dikurangkan, tinggal beberapa kerat je~

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...