09 January 2013

Buku Ketujuh Belas Dan Lapan Belas Dari Perpustakaan : Noorah Dan Mencari Redha-MU



Membaca amalan mulia..Penuhlah ilmu di dada..

Buku ni aku pinjam tahun lepas dalam bulan 11 kalau tak silap la..tapi baru sekarang aku nak post tajuk ni..

Maafkan aku ye, banyak sangat cerita sampai lupa nak masukkan entri pasal buku ni..

Kedua-dua buku sangat menarik isi kandungannya. Lebih-lebih lagi buku bertajuk Noorah. Kisah bagaimana beliau memeluk Islam.

08 January 2013

Ikan Patin Sungai Pahang Di Pekan Sehari Maran



Berbeza dengan ikan patin di pasar tani Putrajaya..rasanya pun lain..tak fresh..n maybe kolam punya kot..walaupun harga ikan patin di pasar malam Putrajaya ni murah sangat..ikan patin kat pekan sehari Maran jugak aku pilih walaupun harganya agak mahal..seekor dalam RM11..bergantung saiz ikan la..Kalau besar, maka mahal la ikan tu..

Pahang ni memang terkenal sangat dengan ikan patinnya.. Senang la nak cari kat area sini..lagipun fresh..memang buat masak tempoyak la..Kalau makan kat kedai, mahal la sikit..baik buat sendiri ye dok. 

Lagipun masak tempoyak ikan patin ni, aku rasa senang sangat nak membuatnya..ko masuk ikan, tempoyak, cili api yang dah ditumbuk, pastu masukkan air..tak cukup rasa lagi tambah la asam keping, daun kesum,garam..nak tambah lagi, letak la bunga kantan..takyah banyak sangat, nanti masam ya amat pulak..

Jimatnya Bawa Bekal Ke Pejabat

Anda setuju dengan tajuk di atas?

Rasanya 100% setuju. Tapi kena rajin bangun awal pagi menyediakan makanan untuk dibekalkan ke pejabat. Alangkah jimatnya wang kita itu jika kita membawa bekal ke pejabat.

Memandangkan tekak kita ni dah tak boleh terima makanan yang dijual di kafe, memang wajiblah kita membawa bekal dari rumah. Sudah pastinya sedap dan menjimatkan..

Hari ni aku bawa bekal ke pejabat, untuk breakfast (nasi putih+daging masak kicap) dan lunch (daging yang sama). Tapi aku kena keluarkan sedikit duit untuk membeli nasi..Sebab nasi hanya cukup untuk di bawa masa breakfast je..Lunch terpaksa la aku beli nasi di kafe..

Semalam saje try beli makanan untuk di lunch di Kastam. Mahalnya!!! aku ambil nasi putih+ikan sambal=RM4.00. Dah, cukup la sehari aku cuba makanan di Kastam tu. Maklum la orang baru take over tempat tu..

Aku cuba berazam untuk bawa bekal pada tahun ni.. Semoga aku ni ringan tulang la ke dapur pagi-pagi buta. Tak pun siapkan makanan ni pada malam hari. Tu pun ok. Terpulang dengan citarasa masing-masing. Rajin atau malas. Nak atau taknak.

Jangan membazir..Membazir itu amalan syaitan. Bukan susah untuk jadi senang. Set minda masing-masing. 

Tekak dah tak boleh terima makanan di kafe. Tiap-tiap hari sama. Sebab tu aku memilih untuk membawa bekal ke pejabat. Dah sah kenyang sebab air tangan sendiri kan. Tapi kalau dah malas sangat, terpaksa la ke kafe juga..

p/s: nak buang M.A.L.A.S tu jauh-jauh..nak tanam dalam-dalam. 

Pink + Blue







Gambar diambil semasa otw nak balik kampung. Singgah sebentar makan KFC di Petronas baru Seri Kembangan..Yang besar tu..2 tingkat..

1st time balik kampung malam buta pakai baju comel beli dari Ida. Biasanya aku kalau balik kampung malam buta, memang aku pakai t-shirt dengan seluar track je..sebaba bila sampai kampung..terus membuta..takyah tukar baju..yedakkk..

Tapi malam tu, aku wat perangai sedikit gile..melaram di malam buta..hehehe..sebab nak ambil gambar pakai baju baru..poyo statement..

Ehhh..kat atas tu cam dengar orang nyanyi je..ok kami pun terjah kat atas pulak..oh ye memang betul ada orang nyanyi..live band..pulak tu ada satu kedai tu wat makan free..patut le ramai orang..makan free rupanya..

ok dah...turun tangga..naik kereta...balik kampung..

Lunch Di Resepi Sang Dewi



Cerita di bulan disember 2012..

Kesian tengok pegawai yang sorang duk tanya bila boleh dapat sambal hitam ni, aku dengan rela hati pergi la ke Resepi Sang Dewi di waktu lunch..

Malas nak bagi orang tertunggu-tunggu..

Alang-alang ke sana di waktu lunch, aku dan husband makan tengah hari la.. Boleh tahan juga pelanggan RSD ni di waktu lunch..Maybe tengah hari manusia ni memang wajib makan nasi kot..baru la kenyang lagi-lagi lauk-pauk nya adalah jenis kekampungan..

Macam-macam ada..yang penting patin masak tempoyak la..orang pahang yang masakkan...perghhh!!! sedap..pulak tu ditambah dengan siput sedut masak lemak cili api..mmmm

Sesiapa yang tergerak hati nak kesana..RSD di berada di Giant Taman Connought..

07 January 2013

Bersantai Bersama Hattan Di Dataran Gemilang



Program santai anjuran Perbadanan Putrajaya ini bermula pada 6 Januari 2013 jam 4.30 petang hingga 7.00 malam. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana selain gerai jualan.

Setiap minggu, berbeza artis jemputan. Semalam, artis jemputannya ialah Dato' Hattan yang popular dengan lagu Memburu rindu, Biso Bonar, Gerhana dan banyak lagi.

Selain itu, Upin dan Ipin juga ada bagi menghiburkan kanak-kanak yang hadir bersantai. Sebarang pertanyaan berkenaan penyewaan Dataran Gemilang ni, boleh la rujuk atau hubungi Perbadan Putrajaya.

Minggu depan, tertunggu-tunggu juga siapakan artis jemputan..Minta-minta la yang best dan popular..

Di Dataran Gemilang ini terdapat jugak kolam untuk anak-anak anda bermandi-manda. 

Tujuan diadakan program Santai ini adalah kerana bagi menghidupkan kembali Dataran ini.

Dataran Gemilang ni terletak di tengah-tengah roundabout Presint 4 menghala ke PICC. Kalau tak tau juga, sila rujuk pada En. Google..Sekian..Wassalam

Banyak lagi gambar di lain entri..tadaaaaaa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...