07 January 2013

Bersantai Bersama Hattan Di Dataran Gemilang



Program santai anjuran Perbadanan Putrajaya ini bermula pada 6 Januari 2013 jam 4.30 petang hingga 7.00 malam. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana selain gerai jualan.

Setiap minggu, berbeza artis jemputan. Semalam, artis jemputannya ialah Dato' Hattan yang popular dengan lagu Memburu rindu, Biso Bonar, Gerhana dan banyak lagi.

Selain itu, Upin dan Ipin juga ada bagi menghiburkan kanak-kanak yang hadir bersantai. Sebarang pertanyaan berkenaan penyewaan Dataran Gemilang ni, boleh la rujuk atau hubungi Perbadan Putrajaya.

Minggu depan, tertunggu-tunggu juga siapakan artis jemputan..Minta-minta la yang best dan popular..

Di Dataran Gemilang ini terdapat jugak kolam untuk anak-anak anda bermandi-manda. 

Tujuan diadakan program Santai ini adalah kerana bagi menghidupkan kembali Dataran ini.

Dataran Gemilang ni terletak di tengah-tengah roundabout Presint 4 menghala ke PICC. Kalau tak tau juga, sila rujuk pada En. Google..Sekian..Wassalam

Banyak lagi gambar di lain entri..tadaaaaaa..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...