14 April 2021

Salam Ramadhan 1442H/2021M

 


Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Baqarah ayat 183:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa".

Selamat berpuasa semua muslimin dan muslimat. Semoga amalan kita diterima Allah SWT. Diampunkan segala dosa. Masih lagi berpuasa dalam musim pandemik. Puasa tahun kedua. Wabak ini adalah teguran dari Allah SWT dan pasti ada hikmah disebalik yang berlaku ini. Terimalah takdir ini.


04 March 2021

Hidupmu Cerminan Dari Solatmu

 


Assalamualaikum / selamat petang....

Kehidupan kita hari ini bergantung bagaimana dengan solat kita. Kusyukkah solat kita? Lajukah solat kita? Atau selepas solat terus bangun. Bagaimana solat kita, itulah kehidupan kita. Tengok kita hari ini. Bagaimana akhlak kita? Cermin diri bukan menggunakan kanta pembesar untuk melihat keburukan orang.

Sesungguhnya, hanya Allah swt yang mengetahui segalanya. Audit solat kita!

13 January 2021

TUJUH KATA-KATA HIKMAH SYEIKH MUTAWALLI SYA'RAWI YANG MASYHUR

 


1-Jika kamu tidak mampu berkata benar maka janganlah kamu bertepuk tangan kepada kebatilan.
2- Jika tiada orang dengki kepada kamu maka ketahuilah sebenarnya kamu adalah seorang yang gagal.
3- Jangan kamu bimbang dengan perancangan manusia kerana yang paling
hebat
mereka mampu lakukan hanyalah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah ianya berlaku.
4- Tiada seorang pun mampu membuat keputusan dalam kerajaan milik Allah melainkan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.
5- Jangan kamu menyembah Allah supaya Dia memberi sesuatu kepada kamu bahkan sembahlah Dia supaya Dia reda. Jika Dia reda pasti kamu akan terpegun dengan pemberianNya.
6- Jika kamu melihat ada orang miskin di negara orang Islam maka ketahuilah ada orang kaya yang telah mengambil haknya.
7- Tiada kebimbangan bagi orang yang mempunyai bapa...bagaimana pula boleh merasa bimbang orang yang mempunyai Tuhan.


08 January 2021

Banjir 2021 di Maran, Pahang

 Assalamualaikum / Salam sejahtera buat pembaca blog ku,

Sedikit coretan banjir tahun 2021 di Maran, Pahang. Kampungku. Banjir yang agak teruk berbanding tahun 2014. Lautan sungai dah nampak pemandangnya itu. Semua rumah terkena dengan musibah/ujian banjir tahun ini. Aku tiada di kampung banjir berlaku. Aku balik seminggu awal dari kejadian tersebut.

Biar gambar berbicara. Pemandangan di ambil dari surau. Surau berada di atas bukit. Ada tempat selamat untuk penduduk kampung berteduh di samping balairaya di sebelahnya.

Makan beramai-ramai, rezeki yang ada. Alhamdulillah.

Pemandangan dari Masjid As-Syakirin, Maran. Memandangkan ke arah TNB.


Kenderaan di selamatkan terletak berhampiran surau iaitu di atas bukit. Nampak tak air sungai yang besar tu?


Bawah bukit


Tahun ni, rumah mertua pun dinaiki air.

Di waktu petang, menghampiri ke maghrib, air mulai surut sedikit demi sedikit.


Masa surut sedikit. Tapi masih di paras pinggang.

Keadaan dalam rumah iaitu di kawasan dapur. Berenang-renang barang-barang.

Dalam rumah iaitu di rumat atas. 4 anak tangga camtu dari dapur dan ruang tamu depan.



Bilik atas. Katil dan tilam pun tenggelam. Atas rumah paras pinggang airnya. Di bahagian dapur dan ruang tamu, airnya tinggi dari kepala ku. 


Di bahagian dapur setelah tiada air banjir. Hanya tinggal lumpur untuk dibersihkan.

Lumpur

Ini ruang tamu. Paras air, lihatlah kesan di langsir. Barang-barang banyak yang rosak dek tenggelam dalam air.

Meninggal coretan sebagai tanda kenangan dan ingatan apa yang telah berlaku. Ujian ini cuma sekecil cuma berbanding ujian orang lain yang hilang terus rumah, hanyut di bawa air. Ada juga kehilangan orang tersayang yang hanyut dalam banjir. Apa yang perlu buat untuk kita orang Islam adalah Redha. Yang berlaku pasti bersebab. Takdir-Nya begitu. Redha dan jangan merungut. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Muhasabh diri. Semua ini milik Allah. Kita hanya meminjam sahaja. Sabar dan tabah.

Tak dapat balik untuk membantu ketika ini. Banyak jalan yang banyak ditutup kerana dinaiki air. 

Banjir
3 Januari 2021 (Ahad)
Gambar-gambar yang dikongsikan oleh ahli keluarga.

09 November 2020

PKPB Bersambung Lagi

 


Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Semoga semuanya sihat hendaknya. Aamiin. Inilah ceritera tahun 2020. Pandemik Covid-19. Semoga kita terima ketentuan dan takdir ini dengan bersangka baik kepada Allah. Allah Maha Kuasa atas segala-galanya. Allah sebaik-baik perancang. Apa yang terjadi membuatkan kita lagi dekat dengan-Nya. Taat perintah-Nya.

Yang lalai akan perintah Allah, bertaubatlah selagi masih dipinjamkan nyawa itu. Kelak menyesal di sana nanti. Kita boleh menutupi aib di depan manusia, tetapi Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan. Apakah kita taat? Tanya pada diri.

Berbalik kepada tajuk di atas, PKPB bersambung lagi sehingga 6 Disember 2020. Makanya, tiadalah rentas negeri. Ya Allah, tak dapat balik kampung. Nasiblah dah berkeluarga. Ada suami dan anak-anak, kalau bujang taktaulah. Mahu terasa kan. Bersendirian di kejauhan. Tak dapat melepas kerinduan. Hanya telefon penghubung yang jauh. 

Hadapilah apa jua yang ditakdirkan dengan tenang.

03 November 2020

Muncul Kembali Setelah Lama Menyepikan Diri

 



Assalamualaikum wbt /  Salam sejahtera,

Lama sungguh tidak berblog. Merindu tanpa kata. Semoga semuanya dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya. Sesungguhnya masa berlalu dengan pantas. Dah hampir penghujung tahun 2020. Alhamdulillah puan blog dalam keadaan sihat.

Tahun 2020, seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19. Kenapa 19, bukannya 20 huhuhuhu. Entahlah. Allah SWT hantar mahluk covid-19 pasti bersebab dan ada hikmahnya. Carilah hikmahnya. Jangan salahkan apa yang berlaku ini. Sebelum berlakunya pandemik ini, apa yang kita tahu awal tahun 2020 adalah isu xxxxxxx pergi Mekah. Tak lama selepas tu terus berlaku wabak covid-19. Itu yang terlintas difikiran. Mungkin ia sebagai musibah apabila Mekah dicemari. Wallahu'alam.

Benda pun dah berlaku. Dah masih lagi belum reda, eloklah kita mendekatkan diri dan memohon keampunan dari Allah SWT. Semoga wabak ini segera lenyap di muka bumi ini. 

Allah SWT hantar wabak pasti bersebab. Pasti. Walaupun Allah SWT menghantar wabak, tetaplah juga manusia ingkar dan jauh dari Allah SWT. Yang tidak solat tetaplah tidak solat. Yang tidak menutup aurat tetaplah tidak menutup aurat. Langsung tidak mengambil pelajaran. Langsung tidak takut dengan Allah SWT. Bukan setakat wabak je yang Allah SWT boleh hantar malah lebih dahsyat dari itu.

Bermuhasabahlah! Dekatkan diri dengan Allah SWT.

10 July 2019

Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Iman dan Ketaatan


Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash RA, beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (Hadith riwayat Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972)
Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:

يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ
"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu."

Pengajaran Hadith :
  1. Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik). Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.
  2. Begitulah fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara baik dan jahat, antara kebaikan dan kejahatan. Maka berhati-hatilah dalam menjaga apa yg ada dalam hati agar tetap berada atas kebaikan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran, persekitaran, pergaulan dan apa yang dimakan atau diminum serta dibaca oleh seseorang mampu menyebabkan hati itu berubah-ubah dengan izin Allah SWT. Namun, Allah SWT jua yang memberikan ilham dan ikhtiar kepada hamba-Nya untuk memilih jalan bahagia ataupun sengsara. Seseorang Muslim dituntut agar memohon hidayah kepada Allah SWT sekurang-kurang sebanyak 17 kali sehari (dalam solat).
  3. Rasulullah SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT. Jika Allah SWT berkehendak (untuk menjadikan hati seseorang sesat) maka ia akan disesatkan-Nya dan jika Dia berkehendak (menetapkan iman seseorang) maka akan diteguhkan di atas petunjuk-Nya. Justeru, berdoalah agar Allah SWT meneguhkan hati dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.
Image result for doa semoga istiqomah

04 February 2019

2019 ~ Jahiliah To Jannah



Assalamualaikum wbt... Salam Sejahtera,

Habis sudah bulan pertama 2019. Sekarang kita berada di bulan kedua pula. Eh! Cepatnya masa. Umur makin bertambah dari tahun ke tahun. Ada ke umur yang makin kurang? Makin muda dan muda. Mengarutlah kan! Baki usia kita entah tinggal berapa lama je lagi. Semua rahsia Allah swt. Kita sebagai HAMBA, memperbanyakkanlah amalan yang baik-baik. Tinggalkan perkara yang Allah tak suka. 

Sentiasa pegang ayat ni "ALLAH MAHA MELIHAT". "ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA NYA DI LANGIT DAN DIBUMI". Apa yang terlintas di hati kita pun Allah tau inikan pula yang kita lafaz dan ucapkan. Takut tak?

Maka buatlah baik-baik. Jom jadi baik. Dekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu (taman-taman Syurga) dan dengan orang yang soleh. 

From Jahiliah To Jannah. ALLAH MAHA PENGAMPUN. Mohonlah doa supaya diberikan HIDAYAH. 


Daripada 'Abdullah (‘Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa:
 
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta,)."

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2721)


Pengajaran Hadith :

  1. Maksud hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.
  2. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.
  3. Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.
  4. Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita seperti dalam hadith tersebut.

18 July 2018

Kursus Pengurusan Terakhir Untukmu


Assalamualaikum wbt...

Pada 19 April 2018 berlangsungnya kursus "Pengurusan Terakhir Untukmu" anjuran Puspanita. Memandangkan kursus tersebut diadakan dia dewan ofis je, cepat-cepat memaklumkan kehadiran untuk sertai kursus tersebut. Ia amat penting untuk kita semua. Kerana semua akan mati. Betul tak? Tarikh kematian pun dirahsiakan. Untuk kita sentiasa membuat persiapan menghadapinya. Dunia hanya sementara, akhirat tempat yang kekal abadi. Ingat tu!










Bersiap sedialah. Kita bakal menjadi jenazah. Perbanyakkan amal ibadah untuk di bawa ke SANA. Akhirat kekal abadi. 

Hentilah membuka aib orang lain, mengumpat sana-sini. dan benda-benda yang mendatangkan dosa. Ingat! Allah Maha Melihat. Malaikat sentiasa mencatat.

07 June 2018

Ramadhan & Kematian - Ustaz Ahmad Dusuki


Assalamualaikum wbt...

Pada 10 April 2018 diadakan bual bicara integriti bersama Ustaz Ahmad Dusuki di MOF. Memang tak sabar sangat nak dengar live ceramah beliau. Biasanya selalu tengok kat fb live atau pun youtube je. Bila ada je peluang sebegini, memang tak akan dilepaskan. Rugi tak dengar. Ilmu akhirat. Bekalan kita di sana nanti. 


Majlis ilmu seperti ini ibarat taman-taman Syurga. Rugi sangat tak ambil peluang datang dan fokus mendengar. Tak lupa juga, majlis ilmu ini dicatat pahala. Mudahkan buat pahala. Memang insaf terus dengar ceramah macam ni. Cerita di alam sana nanti yang begitu menakutkan. Sedangkan kita terkena api sikit pun dah sakit, bagaimana api di sana berkali ganda sakitnya. Semoga kita sempat bertaubat dosa-dosa yang lalu. Masih ada kesempatan selagi hayat masih ada. Terkadang kita lupa, apa yang kita lakukan seharian menyebabkan dosa. Mengumpat sana-sini, mencuri tulang masa bekerja (kerja adalah suatu ibadah), post gambar-gambar tak menutup aurat ( yang boleh nampak hanyalah muka dan pergelangan tangan sahaja) dan banyak lagi. Tak terhitung dosa kita. Tapi Allah swt Maha Pengampun. Sempat lagi selagi bernyawa.




Buku ni diberi semasa ceramah tersebut. Bestnya....bertambah-tambah koleksi buku agama untuk dibaca.

***Semasa berada dalam majlis ilmu, elakkan berbual dan bermain handphoone. Fokus sepenuhnya. Tidak semua diberi peluang menghadiri majlis seperti ini. Dan tak semua yang berminat untuk datang ke majlis-majlis agama. Yang diberi peluang oleh Allah swt adalah orang yang terpilih. So fokus dan kusyuk. Kalau tak, sia-sia je. Tak dengar apa yang penceramah sampaikan. Rugi kan.

06 June 2018

[BAIM 2] Be An Inspiring Muslimah @ Uswah Islamic Boutique Bangi


Assalamualaikum wbt...

25 Feb 2018 baru-baru ni berkesempatan menghadiri usrah di Butik Uswah Bangi Sentral bersama sahabatku melia. Berdua je. Tetamu jemputannya ialah Aisyah Hijanah. Boleh follow IG 401production. Banyak perkongsian oleh beliau. Tajuk usrah pada hari tersebut ilah "Socmed Hijab Edition". Dengar tajuk pun dah best.


Pada 24 Feb 2018, tetamu jemputan adalah Pn. Sabatini penulis buku Biniku Ninja. Kami cuma pergi 25hb je.


Sebelum usrah bermula, bergambar la dulu.



Yang sedang bercakap tu ialah pengasas Butik Uswah. Muda lagi.





Aisyah ni muda sangat lagi. Memang terinspirasi la tengok penampilan dia yang sangat menjaga aurat. Aisyah selalu pakai warna hitam. Bekas pelajar sekolah pondok dan KUIS.



Tamat usrah, sesi bergambar la pulak. Gambar kenangan bersama pengasas, Aisyah dan semua peserta yang hadir. 



Ramai adik-adik kat sini. Malu akak dah tua ni. Adik-adik manis bertudung labuh, berstokin, berhandsock. Sangat menjaga aurat la senang cerita.


Aisyah yang ditemai suaminya Alif Teega (boleh follow IG beliau) dan ibunya. 


Ini gambar kami beramai-ramai. Agak kabur gambar tu. Screenshoot je hehe. 

Butik Uswah ni dekat je dengan Pasaraya AVO.

***Semoga kita rajinkan diri menghadiri majlis-majlis ilmu (taman-taman Syurga). Banyak manfaatnya. Malaikat mencatat pahala untuk kita. Senang je kan bujat pahala. tapi jangan lupa ye nak buat dosa lagi senang. Hati-hati la. Kita nak yang mana satu. Pilihan di tangan kita. Syurga atau pahala. Jom audit diri masing-masing. Jangan nampak salah orang je.

Wassalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...