1-Jika kamu tidak mampu berkata benar maka janganlah kamu bertepuk tangan kepada kebatilan.
2- Jika tiada orang dengki kepada kamu maka ketahuilah sebenarnya kamu adalah seorang yang gagal.
3- Jangan kamu bimbang dengan perancangan manusia kerana yang paling
hebat
mereka mampu lakukan hanyalah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah ianya berlaku.4- Tiada seorang pun mampu membuat keputusan dalam kerajaan milik Allah melainkan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.
5- Jangan kamu menyembah Allah supaya Dia memberi sesuatu kepada kamu bahkan sembahlah Dia supaya Dia reda. Jika Dia reda pasti kamu akan terpegun dengan pemberianNya.
6- Jika kamu melihat ada orang miskin di negara orang Islam maka ketahuilah ada orang kaya yang telah mengambil haknya.
7- Tiada kebimbangan bagi orang yang mempunyai bapa...bagaimana pula boleh merasa bimbang orang yang mempunyai Tuhan.
No comments:
Post a Comment