22 February 2018

Muhasabah Diri (DUNIA INI HANYA PINJAMAN)


Assalamualaikum wbt,

CERMIN DIRI SENDIRI

Kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Kita juga suka menilai kesilapan orang lain berbanding diri sendiri. Betul tak? Jujur ya. Allah Maha Mengetahui. Kita suka menilai orang lain sedangkan kita pun sama. Di saat Allah menutup aibmu, jagalah elok-elok. Perbaikilah sebelum terlambat. Allah Maha Pengampun. Segala perbuatan kita itu dicatat oleh malaikat.

CAKAP, TULIS, FIKIR DAN DOA YANG BAIK-BAIK

Di zaman teknologi ini, baik di Facebook, Instagram, WhatsApp dan lain-lain, taiplah yang baik-baik. Jika saat menaip, nyawamu di cabut. Ketika itu kita sedang sibuk mengata, mengumpat, memerli dan taip benda-benda yang tak elok, itukah yang kita cari untuk pengakhiran hidup kita. Tak takut ke?

"Barang siapa yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik atau diam".

MEMBERI NASIHAT

Nak beri nasihat, kita perlu tengok diri-sendiri dulu. Jika kita tak menutup aurat dengan sempura, janganlah kita sibuk memberi nasihat kepada orang lain untuk menutup aurat. Jika percakapan kita tidak elok, maka jangan sesekali nasihat orang lain untuk berkata elok. Jika kita selalu lewat ke tempat kerja, janganlah la nak nasihat supaya orang lain datang awal. Jika kita solat dihujung waktu, maka janganlah kita mengingatkan orang lain supaya solat di awal waktu. Baiki diri-sendiri dulu ok! Dan jangan lupa, tidak semua orang boleh mendengar nasihat. Menyebarkan kebaikan kepada orang lain umpama satu sedekah.

Nabi Muhammad s.a.w berpesan. "sampaikanlah dariku walau satu ayat" dan "setiap kebaikan adalah sedekah".

MEMOHON HIDAYAH

Bagaimana nak mencari hidayah Allah swt? Hidayah Milik Allah swt. Berdoalah bersungguh-sungguh untuk meminta diberikan hidayah. Seseorang itu mendapat hidayah dengan pertolongan Allah swt. Tidak semua orang yang pulang dari Mekah diberikan hidayah. Ada yang pulang dari Mekah masih tidak menutup aurat dengan sempurna. Masih berperangai tidak baik. Mulutnya masih mengata, mengumpat dan mengeji orang lain. Wallahualam.

MENCARI KETENANGAN

Di mana tempat yang memberi ketenangan? Pergilah melihat alam ciptaan Allah swt seperti laut, masjid, melihat kedua ibubapa dll. Bila pergi ke laut memang terasa sangat tenang. Dapat melihat matahari naik dan terbenam. Semua tu dapat pahala tau.

FOLLOW ORANG YANG MENGINGATKAN KITA TENTANG AKHIRAT

Berapa ramai kawan kita yang mengingatkan kita tentang akhirat? Cuba kira. Jawab dengan jujur dan ikhlas. Allah Maha Mengetahui. Di saat kita tidak menutup aurat, curi tulang semasa bekerja, keluar awal dan masuk kerja lewat, tolong ketik kad orang lain, tipu dalam claim OT, ada tak kawan-kawan menegur?  Ada yang tau tapi mampu diam kerana takut hilang kawan. Sesungguhnya malaikat catit apa yang kita buat. Memang tak nampak di mata manusia tapi Allah Maha Melihat. Sebelum terlupa, jangan lupa follow FB/IG pendakwah, ustaz, ustazah dan lain-lain yang banyak memberi motivasi, ilmu agama dan share benda-benda yang baik. Tak rugi pun. Tak kena bayar pun. Nak dengan taknak je kan. Semoga dibukakan hati korang semua yang membaca ni. Siapa kita nak paksa orang lain. Dan tak salah kita mengingati orang lain untuk kebaikan bersama. 

AMBIL IKTIBAR KISAH KEMATIAN YANG TRAGIS (TAHFIZ)

Ramai yang sedih dengan berita kematian anak-anak Tahfiz september lalu. Liputannya sehingga ke luar negara. Ramai yang turut bersedih dengan berita tersebut yang puncanya angkara dendam. Adakah sekarang ini kita di dunia akhir zaman? Jika perginya orang-orang alim itu petandanya akhir zaman. Wallahualam. Kita mampu bersedih untuk beberapa hari saja. Orang yang melihat itu petanda akhir zaman, mereka akan berubah menjadi baik kerana mereka takut apa lagi yang akan berlaku selepas ini. Sekarang ni macam-macam benda yang kita takuti itu telah terjadi. Tanah runtuh, gempa bumi, puting beliung, ribut kuat, pembunuhan, fitnah di sana-sini, banjir besar sebagai tiada apa-apa pengertian. Sedangkan itu semua petanda akhir zaman. Tapi kita masih leka. Aurat tak dipedulikan, solat dihujung waktu dan sebagainya.

PENGHIJRAHAN

Dah ramai orang yang dulunya jahat, sekarang dah berubah jadi baik. Mereka telah berhijrah. Kita sudah berhijrah ke belum? Contoh yang terdekat yang kita nampak dan baca ialah penghijrahan artis. Siapakah artis itu? Mizz Nina, Abby Abadi, Siti Nordiana, Norkhiriah, Natasha Hudson, Yatt Hamzah, Diana Amir, Shamsul Ghau-Ghau, Ejam Medicine, Zul Yahya dan ramai lagi. Rajin-rajin la baca tentang penghijrahan mereka daripada baca kisah gosip ye.

TERIMA UJIAN DAN DUGAAN DENGAN SABAR

Anda pernah diuji atau diduga? Yang pernah diuji dan diduga, besar atau kecil? Ya, aku pernah diuji. Ujian yang menimpa aku itu besar. Aku diuji dengan fitnah. Fitnah dari orang yang aku percaya. Ramai yang menjauhkan diri dari aku ketika itu. Lamanya aku bersabar. Hampir setahun. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. DIA juga memberi ujian sama ada aku boleh bersabar dan dapat menerima ujian itu dengan tenang. Sekali-sekala tak tenang ye. TERpost juga kat FB dan IG. Masa tu doa je kekuatan aku. Hanya DIA yang mampu tolong aku. Doa tanpa henti. Doa diberikan kesabaran dan diberikan petunjuk siapakan yang memfitnah ku. Doa dan doa lagi. Bila diberi petunjuk, beberapa kali kau TERserepempak dengan orang yang sama. Aku mohon petunjuk lagi. Aku TERserempak lagi dengan orang yang sama. Ketika tu, dari gerak hati, aku dapat rasa siapa yang jahat dibelakang ku. Ada kawan-kawan yang marah aku post kat FB, IG tapi Allah je tau perasaan aku ketika itu. Bukan senang nak harungi sorang-sorang. Nak datang kerja pun dah takde mood. Tapi apa yang Allah aturkan berakhir dengan keindahan. Akhirnya kembali semula silaturahim yang terputus hampir setahun itu. Dengan doa tanpa henti. Bila Allah makbulkan doa kau satu persatu, apakah kau tak nak membalasnya? Adakah mahu sombong?

Ketika aku keseorangan, tempat rehat ku hanyalah di surau. Tapi aku jadikan surau tempat tidur. Leka tak nak solat awal. Sampai didatangkan seseorang yang pada mulanya aku  rasa nak marah. Marah kerana apa? Marah kerana menggangu tidur ku. Jahatkan syaitan. Selalu menyesatkan orang. Kenapa aku marah? Ketika aku tidur, orang itu membuka lampu kerana nak solat zohor. Aku tengok jam baru pukul 1.30t/hari. Setengah jam lagi masa untuk aku tidur. Masa tu dijentik hati aku perasaan malu. Malu sangat-sangat. Orang tu menggunakan masa rehatnya untuk makan dan solat tapi aku menggunakan waktu rehat untuk tidur. Solat tunggu la nanti. Selepas pukul 2 ptg la baru solat. Tak pun nak dekat Asar nanti la solat. (Syaitan hasut). Jahat betul la syaitan. Bila aku nampak orang tu solat di awal waktu, aku pun ikut solat. Tak sambung tidur dah. Lama kelamaan dah jadi biasa sehinggalah orang tu dah tak keje disini lagi. Syukur Ya Allah kau dah pertemukan dengan orang yang baik untukku. Jika tak, mesti aku lalai. Orang tu budak praktikal kat ofis. 3 bulan je praktikalnya. Budak KUIS. Budak tu muda sangat dari aku tapi bagusnya dia menjaga solat dan aurat. Malunya aku. Syukur Ya Allah kau temukan aku dengan beliau. Semoga aku kekal Istiqomah ke jalanMu.

Panjang lebar pulak cerita aku ye. Ok nak stop dah ni. Apapun kepada wanita diluar sana, jagalah AURAT mu. Jika sayang ibu bapa dan suami mu, maka tutuplah AURAT mu. Kesian mereka menanggung dosa kita. Kita pun sama berdosa. Tak kesian ke jika mereka diazab nanti kerana dosa-dosa kita. Aurat orang perempuan iaitu sebagaimana ketika ia solat. Hanya muka dan tapak tangan sahaja yang boleh nampak.

***CHECK sahabat kita. Sahabat yang baik, eloklah pakaiannya, yang terjaga auratnya, yang baik tutur katanya dan yang paling penting terjaga solatnya.

Wassalam.....

"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...