18 July 2018

Kursus Pengurusan Terakhir Untukmu


Assalamualaikum wbt...

Pada 19 April 2018 berlangsungnya kursus "Pengurusan Terakhir Untukmu" anjuran Puspanita. Memandangkan kursus tersebut diadakan dia dewan ofis je, cepat-cepat memaklumkan kehadiran untuk sertai kursus tersebut. Ia amat penting untuk kita semua. Kerana semua akan mati. Betul tak? Tarikh kematian pun dirahsiakan. Untuk kita sentiasa membuat persiapan menghadapinya. Dunia hanya sementara, akhirat tempat yang kekal abadi. Ingat tu!










Bersiap sedialah. Kita bakal menjadi jenazah. Perbanyakkan amal ibadah untuk di bawa ke SANA. Akhirat kekal abadi. 

Hentilah membuka aib orang lain, mengumpat sana-sini. dan benda-benda yang mendatangkan dosa. Ingat! Allah Maha Melihat. Malaikat sentiasa mencatat.

07 June 2018

Ramadhan & Kematian - Ustaz Ahmad Dusuki


Assalamualaikum wbt...

Pada 10 April 2018 diadakan bual bicara integriti bersama Ustaz Ahmad Dusuki di MOF. Memang tak sabar sangat nak dengar live ceramah beliau. Biasanya selalu tengok kat fb live atau pun youtube je. Bila ada je peluang sebegini, memang tak akan dilepaskan. Rugi tak dengar. Ilmu akhirat. Bekalan kita di sana nanti. 


Majlis ilmu seperti ini ibarat taman-taman Syurga. Rugi sangat tak ambil peluang datang dan fokus mendengar. Tak lupa juga, majlis ilmu ini dicatat pahala. Mudahkan buat pahala. Memang insaf terus dengar ceramah macam ni. Cerita di alam sana nanti yang begitu menakutkan. Sedangkan kita terkena api sikit pun dah sakit, bagaimana api di sana berkali ganda sakitnya. Semoga kita sempat bertaubat dosa-dosa yang lalu. Masih ada kesempatan selagi hayat masih ada. Terkadang kita lupa, apa yang kita lakukan seharian menyebabkan dosa. Mengumpat sana-sini, mencuri tulang masa bekerja (kerja adalah suatu ibadah), post gambar-gambar tak menutup aurat ( yang boleh nampak hanyalah muka dan pergelangan tangan sahaja) dan banyak lagi. Tak terhitung dosa kita. Tapi Allah swt Maha Pengampun. Sempat lagi selagi bernyawa.




Buku ni diberi semasa ceramah tersebut. Bestnya....bertambah-tambah koleksi buku agama untuk dibaca.

***Semasa berada dalam majlis ilmu, elakkan berbual dan bermain handphoone. Fokus sepenuhnya. Tidak semua diberi peluang menghadiri majlis seperti ini. Dan tak semua yang berminat untuk datang ke majlis-majlis agama. Yang diberi peluang oleh Allah swt adalah orang yang terpilih. So fokus dan kusyuk. Kalau tak, sia-sia je. Tak dengar apa yang penceramah sampaikan. Rugi kan.

06 June 2018

[BAIM 2] Be An Inspiring Muslimah @ Uswah Islamic Boutique Bangi


Assalamualaikum wbt...

25 Feb 2018 baru-baru ni berkesempatan menghadiri usrah di Butik Uswah Bangi Sentral bersama sahabatku melia. Berdua je. Tetamu jemputannya ialah Aisyah Hijanah. Boleh follow IG 401production. Banyak perkongsian oleh beliau. Tajuk usrah pada hari tersebut ilah "Socmed Hijab Edition". Dengar tajuk pun dah best.


Pada 24 Feb 2018, tetamu jemputan adalah Pn. Sabatini penulis buku Biniku Ninja. Kami cuma pergi 25hb je.


Sebelum usrah bermula, bergambar la dulu.



Yang sedang bercakap tu ialah pengasas Butik Uswah. Muda lagi.





Aisyah ni muda sangat lagi. Memang terinspirasi la tengok penampilan dia yang sangat menjaga aurat. Aisyah selalu pakai warna hitam. Bekas pelajar sekolah pondok dan KUIS.



Tamat usrah, sesi bergambar la pulak. Gambar kenangan bersama pengasas, Aisyah dan semua peserta yang hadir. 



Ramai adik-adik kat sini. Malu akak dah tua ni. Adik-adik manis bertudung labuh, berstokin, berhandsock. Sangat menjaga aurat la senang cerita.


Aisyah yang ditemai suaminya Alif Teega (boleh follow IG beliau) dan ibunya. 


Ini gambar kami beramai-ramai. Agak kabur gambar tu. Screenshoot je hehe. 

Butik Uswah ni dekat je dengan Pasaraya AVO.

***Semoga kita rajinkan diri menghadiri majlis-majlis ilmu (taman-taman Syurga). Banyak manfaatnya. Malaikat mencatat pahala untuk kita. Senang je kan bujat pahala. tapi jangan lupa ye nak buat dosa lagi senang. Hati-hati la. Kita nak yang mana satu. Pilihan di tangan kita. Syurga atau pahala. Jom audit diri masing-masing. Jangan nampak salah orang je.

Wassalam...

04 June 2018

Mak Abah Pergi Umrah 2017


Assalamualaikum wbt...

Hujung tahun 2017, mak, abah, abang ipar, serta mak dan ayah abang ipar menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah umrah. Semuanya dipermudahkan.


Sebelum nak mengerjakan umrah, haruslah kena suntikan dahulu kan. Abah aku memang takut sikit. Takut nak kena inject dan takut nak ke klinik. Memang masalah sikit la.


Apa yang mampu, hanya berdoa kepada Allah swt semoga dilembutkan hati abah untuk ke klinik. Alhamdulillah. Tetiba dapat wassap dari group family bagitau abah dah pergi klinik. Abah cakap tak sakit pun kena injection. Syukur Alhamdulillah. Sangat dipermudahkan. Hanya doa yang mampu. 


Pandai wefie guna kamera digital je. hehehe. Aku bagi pinjam kamera digital yang dah berapa lama tak guna. Tersimpan elok je dalam almari. Sekarangkan snap pakai handphone je. Kamera digital dan DSLR dah jarang guna.


Memang setiap umat Islam nak menjejakkan kaki ke Mekah. Alhamdulillah abah dan mak terpilih menjadi tetamunya. Sponsor sepenuhnya dari abang ipar. Semoga dilimpahi rezeki. Bawa pula ke tempat yang baik. In Shaa Allah Berlimpah-limpah la rezeki buatnya.


Abah ambil gambar dari hotel. Abah bersebelahan bilik dengan Dato Dr. Izhar (Pengacara Dakwah Live TV Alhijrah) yang baru kemalangan di Bangi minggu lepas.


Semoga kita semua dapat menjejakkan kaki ke sana. Dan diberi hidayah untuk menjadi umat yang lebih baik. Mentaati segala perintah Allah dan meninggal segala larangan-Nya.


***tak semua ke sana diberikan hidayah. Ada yang pulang, tetap la tayang aurat lagi, membawang sana-sini, dan macam-macam lagi. Pernah terdengar ceramah mengatakan pemilik neraka ramainya wanita. Takut kita mendengarnya. Salah satu sebabnya adalah tidak menjaga aurat. Pakai tudung atas dada, pakaian ketat sana-sini, singkat sehingga menampakkan benda yang tak sepatutnya dilihat bukan mahram, pakai tudung dengan tshirt lengan pendek dan lain-lain lagi. Tutup kaki. Hidayah milik Allah swt. Ia perlu dicari. Doa tanpa henti. Allah sentiasa melihat bukan sahaja di sana malah dimana-mana sahaja. Malaikat sentiasa mencatat. 

***cover kaki dengan stokin. cover lengan dengan handsock. Aurat wanita seperti kita solat. Cuma muka dan tapak tangan sahaja yang boleh nampak. Yang lain kena tutup. Wajib tutup. Perintah Allah bukan perintah manusia. 

30 May 2018

My Birthday - Tahun Lepas Punya Cerita Daa





Assalamualaikum wbt...

Dah lama simpan sebagai draf. Hari ni baru nak post. Jangan marah ye. Lama terperam. Dah basi pun. Tapi sebagai kenangan, nak juga la post tudung pemberian ex-bos. Terima kasih banyak-banyak. 


28 May 2018

Rezeki Berkat Atau Tidak?



Setiap akhir bulan merupakan hari yang dinantikan buat semua orang yang bekerja makan gaji. Tidak kira swasta maupun pekerja kerajaan, masing-masing menunggu gaji masuk.

Jarang kita dengar pekerja tidak ambil tahu mengenai gaji masing-masing. Baik yang berjawatan rendah dan tinggi masing-masing sudah ada dalam fikiran apa yang hendak dibeli dan membayar hasil dari apa yang telah usahakan.

Kita sering merungut tentang gaji yang kecil walaupun gaji bulanan tersebut mampu beli sebuah motor secara tunai.

Kita sering menyalahkan orang atasan kita yang memberikan gaji yang sedikit.

Tetapi adakah kita tertanya-tanya, mengapa gaji sering tidak cukup walaupun sudah bermacam cara dilakukan, seperti berjimat cermat dan melakukan senarai keperluan apa yang perlu dibeli sahaja.

Di sinilah segala persoalan yang bermain difikiran itu terungkai satu persatu.

Marilah kita lihat jika ada antara perkara atau kelakuan yang kita lakukan dibawah yang sering kita lakukan ketika menjalankan tugas seharian.

Mungkin inilah punca rezeki yang kita terima tidak berkat;

#1 – Datang Lewat Ke Pejabat
Ketika mendapat pekerjaan, kita telah menandatangani kontrak waktu pejabat yang perlu kita datang dan balik. Kita datang lewat dan minta kawan punch card kehadiran dan pulang awal.

#2 – Melengahkkan Kerja
Jika kerja bermula pukul 8.00 pagi, masa tersebut digunakan untuk ke kafe atau gerai yang berdekatan untuk membeli sarapan, tidak sempat masak katanya sebab sibuk menyiapkan anak nak sekolah dan suami. Akhirnya pukul 8.30 atau 9.00 pagi baru mula kerja

#3 – Menggunakan Harta Syarikat Untuk Tujuan Sendiri
Alat tulis merupakan harta pejabat yang sering disalah gunakan. Ada yang membawa balik untuk tujuan peribadi atau anak-anak dirumah

#4 – Membuat Tuntutan Melebihi Apa Yang Dikerjakan
Membuat tuntutan kerja lebih masa atau perjalanan melebihi dari apa yang dikerjakan bukan sahaja salah di sisi undang-undang syarikat malah lebih teruk lagi duit tersebut merupakan duit haram

#5 – Bermain Telefon Bimbit Ketika Bertugas
Terdapat banyak aplikasi di dalam telefon bimbit seperti permainan dan swafoto digunakan ketika waktu pejabat.

Kaum Adam yang kebiasaan menjuarai permainan online juga tidak melepaskan peluang bermain pada waktu pejabat.

#6 – Membeli Belah Secara Online
Laman web membeli belah secara online begitu popular sekarang. Kesempatan ini diambil oleh kaum Hawa membeli dan melihat pelbagai barangan yang dijual supaya mudah bagi mereka hendak membeli ketika mendapat gaji bulanan nanti.

Laman web untuk membida barangan pada harga yang tidak masuk akal juga sering dilayari pada waktu pejabat.

Jika anda mempunyai rakan-rakan dari bidang teknologi maklumat, anda boleh bertanya pada mereka laman web yang sering dilayari oleh staff pejabat.

Pelbagai implikasi yang sering kita lihat dan dengar hasil dari gaji yang tidak berkat ini.

Mungkin ada yang kita biasa dengar dari rakan-rakan pejabat mengomel tentang sesuatu perkara ketika baru mendapat gaji seperti;

“ Time ni la kereta ni nak rosak”

“ Aduh sakit lah pulak “

“ Lah .. hilang pulak .. baru je beli hari tu “

“ Eh tak cukup ke duit? Baru je hari tu buat budget betul “

Sebenarnya gaji yang kita dapat walaupun sedikit memang cukup buat kita sekeluarga kerana Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya.

Oleh yang demikian berhati-hatilah dalam melakukan pekerjaan agar rezeki yang kita terima kelak merupakan rezeki yang berkat.


Kredit: Tazkirah.net

Mutiara Kata -1



09 April 2018

Amalkan Zikir Harian

Image result for zikir harian





Assalamualaikum wbt,

Basahi lidah kita dengan zikir walau dimana kita berada. Berzikirlah kerana hati akan tenang. Sentiasa ingat DIA disaat susah dan senang.

22 February 2018

Muhasabah Diri (DUNIA INI HANYA PINJAMAN)


Assalamualaikum wbt,

CERMIN DIRI SENDIRI

Kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Kita juga suka menilai kesilapan orang lain berbanding diri sendiri. Betul tak? Jujur ya. Allah Maha Mengetahui. Kita suka menilai orang lain sedangkan kita pun sama. Di saat Allah menutup aibmu, jagalah elok-elok. Perbaikilah sebelum terlambat. Allah Maha Pengampun. Segala perbuatan kita itu dicatat oleh malaikat.

CAKAP, TULIS, FIKIR DAN DOA YANG BAIK-BAIK

Di zaman teknologi ini, baik di Facebook, Instagram, WhatsApp dan lain-lain, taiplah yang baik-baik. Jika saat menaip, nyawamu di cabut. Ketika itu kita sedang sibuk mengata, mengumpat, memerli dan taip benda-benda yang tak elok, itukah yang kita cari untuk pengakhiran hidup kita. Tak takut ke?

"Barang siapa yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik atau diam".

MEMBERI NASIHAT

Nak beri nasihat, kita perlu tengok diri-sendiri dulu. Jika kita tak menutup aurat dengan sempura, janganlah kita sibuk memberi nasihat kepada orang lain untuk menutup aurat. Jika percakapan kita tidak elok, maka jangan sesekali nasihat orang lain untuk berkata elok. Jika kita selalu lewat ke tempat kerja, janganlah la nak nasihat supaya orang lain datang awal. Jika kita solat dihujung waktu, maka janganlah kita mengingatkan orang lain supaya solat di awal waktu. Baiki diri-sendiri dulu ok! Dan jangan lupa, tidak semua orang boleh mendengar nasihat. Menyebarkan kebaikan kepada orang lain umpama satu sedekah.

Nabi Muhammad s.a.w berpesan. "sampaikanlah dariku walau satu ayat" dan "setiap kebaikan adalah sedekah".

MEMOHON HIDAYAH

Bagaimana nak mencari hidayah Allah swt? Hidayah Milik Allah swt. Berdoalah bersungguh-sungguh untuk meminta diberikan hidayah. Seseorang itu mendapat hidayah dengan pertolongan Allah swt. Tidak semua orang yang pulang dari Mekah diberikan hidayah. Ada yang pulang dari Mekah masih tidak menutup aurat dengan sempurna. Masih berperangai tidak baik. Mulutnya masih mengata, mengumpat dan mengeji orang lain. Wallahualam.

MENCARI KETENANGAN

Di mana tempat yang memberi ketenangan? Pergilah melihat alam ciptaan Allah swt seperti laut, masjid, melihat kedua ibubapa dll. Bila pergi ke laut memang terasa sangat tenang. Dapat melihat matahari naik dan terbenam. Semua tu dapat pahala tau.

FOLLOW ORANG YANG MENGINGATKAN KITA TENTANG AKHIRAT

Berapa ramai kawan kita yang mengingatkan kita tentang akhirat? Cuba kira. Jawab dengan jujur dan ikhlas. Allah Maha Mengetahui. Di saat kita tidak menutup aurat, curi tulang semasa bekerja, keluar awal dan masuk kerja lewat, tolong ketik kad orang lain, tipu dalam claim OT, ada tak kawan-kawan menegur?  Ada yang tau tapi mampu diam kerana takut hilang kawan. Sesungguhnya malaikat catit apa yang kita buat. Memang tak nampak di mata manusia tapi Allah Maha Melihat. Sebelum terlupa, jangan lupa follow FB/IG pendakwah, ustaz, ustazah dan lain-lain yang banyak memberi motivasi, ilmu agama dan share benda-benda yang baik. Tak rugi pun. Tak kena bayar pun. Nak dengan taknak je kan. Semoga dibukakan hati korang semua yang membaca ni. Siapa kita nak paksa orang lain. Dan tak salah kita mengingati orang lain untuk kebaikan bersama. 

AMBIL IKTIBAR KISAH KEMATIAN YANG TRAGIS (TAHFIZ)

Ramai yang sedih dengan berita kematian anak-anak Tahfiz september lalu. Liputannya sehingga ke luar negara. Ramai yang turut bersedih dengan berita tersebut yang puncanya angkara dendam. Adakah sekarang ini kita di dunia akhir zaman? Jika perginya orang-orang alim itu petandanya akhir zaman. Wallahualam. Kita mampu bersedih untuk beberapa hari saja. Orang yang melihat itu petanda akhir zaman, mereka akan berubah menjadi baik kerana mereka takut apa lagi yang akan berlaku selepas ini. Sekarang ni macam-macam benda yang kita takuti itu telah terjadi. Tanah runtuh, gempa bumi, puting beliung, ribut kuat, pembunuhan, fitnah di sana-sini, banjir besar sebagai tiada apa-apa pengertian. Sedangkan itu semua petanda akhir zaman. Tapi kita masih leka. Aurat tak dipedulikan, solat dihujung waktu dan sebagainya.

PENGHIJRAHAN

Dah ramai orang yang dulunya jahat, sekarang dah berubah jadi baik. Mereka telah berhijrah. Kita sudah berhijrah ke belum? Contoh yang terdekat yang kita nampak dan baca ialah penghijrahan artis. Siapakah artis itu? Mizz Nina, Abby Abadi, Siti Nordiana, Norkhiriah, Natasha Hudson, Yatt Hamzah, Diana Amir, Shamsul Ghau-Ghau, Ejam Medicine, Zul Yahya dan ramai lagi. Rajin-rajin la baca tentang penghijrahan mereka daripada baca kisah gosip ye.

TERIMA UJIAN DAN DUGAAN DENGAN SABAR

Anda pernah diuji atau diduga? Yang pernah diuji dan diduga, besar atau kecil? Ya, aku pernah diuji. Ujian yang menimpa aku itu besar. Aku diuji dengan fitnah. Fitnah dari orang yang aku percaya. Ramai yang menjauhkan diri dari aku ketika itu. Lamanya aku bersabar. Hampir setahun. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. DIA juga memberi ujian sama ada aku boleh bersabar dan dapat menerima ujian itu dengan tenang. Sekali-sekala tak tenang ye. TERpost juga kat FB dan IG. Masa tu doa je kekuatan aku. Hanya DIA yang mampu tolong aku. Doa tanpa henti. Doa diberikan kesabaran dan diberikan petunjuk siapakan yang memfitnah ku. Doa dan doa lagi. Bila diberi petunjuk, beberapa kali kau TERserepempak dengan orang yang sama. Aku mohon petunjuk lagi. Aku TERserempak lagi dengan orang yang sama. Ketika tu, dari gerak hati, aku dapat rasa siapa yang jahat dibelakang ku. Ada kawan-kawan yang marah aku post kat FB, IG tapi Allah je tau perasaan aku ketika itu. Bukan senang nak harungi sorang-sorang. Nak datang kerja pun dah takde mood. Tapi apa yang Allah aturkan berakhir dengan keindahan. Akhirnya kembali semula silaturahim yang terputus hampir setahun itu. Dengan doa tanpa henti. Bila Allah makbulkan doa kau satu persatu, apakah kau tak nak membalasnya? Adakah mahu sombong?

Ketika aku keseorangan, tempat rehat ku hanyalah di surau. Tapi aku jadikan surau tempat tidur. Leka tak nak solat awal. Sampai didatangkan seseorang yang pada mulanya aku  rasa nak marah. Marah kerana apa? Marah kerana menggangu tidur ku. Jahatkan syaitan. Selalu menyesatkan orang. Kenapa aku marah? Ketika aku tidur, orang itu membuka lampu kerana nak solat zohor. Aku tengok jam baru pukul 1.30t/hari. Setengah jam lagi masa untuk aku tidur. Masa tu dijentik hati aku perasaan malu. Malu sangat-sangat. Orang tu menggunakan masa rehatnya untuk makan dan solat tapi aku menggunakan waktu rehat untuk tidur. Solat tunggu la nanti. Selepas pukul 2 ptg la baru solat. Tak pun nak dekat Asar nanti la solat. (Syaitan hasut). Jahat betul la syaitan. Bila aku nampak orang tu solat di awal waktu, aku pun ikut solat. Tak sambung tidur dah. Lama kelamaan dah jadi biasa sehinggalah orang tu dah tak keje disini lagi. Syukur Ya Allah kau dah pertemukan dengan orang yang baik untukku. Jika tak, mesti aku lalai. Orang tu budak praktikal kat ofis. 3 bulan je praktikalnya. Budak KUIS. Budak tu muda sangat dari aku tapi bagusnya dia menjaga solat dan aurat. Malunya aku. Syukur Ya Allah kau temukan aku dengan beliau. Semoga aku kekal Istiqomah ke jalanMu.

Panjang lebar pulak cerita aku ye. Ok nak stop dah ni. Apapun kepada wanita diluar sana, jagalah AURAT mu. Jika sayang ibu bapa dan suami mu, maka tutuplah AURAT mu. Kesian mereka menanggung dosa kita. Kita pun sama berdosa. Tak kesian ke jika mereka diazab nanti kerana dosa-dosa kita. Aurat orang perempuan iaitu sebagaimana ketika ia solat. Hanya muka dan tapak tangan sahaja yang boleh nampak.

***CHECK sahabat kita. Sahabat yang baik, eloklah pakaiannya, yang terjaga auratnya, yang baik tutur katanya dan yang paling penting terjaga solatnya.

Wassalam.....

"Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah"

24 January 2018

Buku Aku Mahu Hidayah [Satu Episod Perjalanan Hidup]


Assalamualaikum wbt...

Buku ni aku pinjam dari kawan. Kami tukar-tukar buku. Alhamdulillah dapat baca dalam masa 2 hari je. Itu pun disebabkan MC selama seminggu minggu lepas. Dapatlah baca. Kalau tak, asyik tertunda je nak baca. Macam tak percaya boleh habiskan membaca dalam maca 2 hari. Sangat-sangat tak percaya ok. Sebab aku bukan kaki baca. Cerpen pun susah nak habis inikan pula buku novel. Buku ni ditulis oleh Farah Fakhira dan suaminya Effi Aizat. Kisah benar ye. Satu perjalanan hidup yang boleh aku katakan berliku ye. Pelbagai ujian yang dihadapi dan akhirnya Farah memilih untuk belajar di Maahad. (alamak tetiba nak nangis, sebab teringat cerita dalam buku tu huhuhu). Ujian yang beliau hadapi, ada yang sama juga dengan apa yang aku pernah lalui. Kena fitnah. 


Kalau nak cerita memang panjanglah apa yang terkandung dalam buku ni. Apa kata korang beli buku ni. Mana tau dapat muhasabah diri. Setiap orang pasti ada ujian masing-masing. Semua ujian berbeza-beza. Macam mana nak hadapi ujian. Berbalik la kepada Tuhan. Terkadang kita tak perasan yang kita ni dah jauh dari Maha Pencipta. Hari-hari buat dosa tanpa sedar. Haaaa takut tak! 


Selamat membeli dan selamat membaca. Memang sedih sangat. Dan tak sabar nak dapatkan buku ke-2 yang berjudul Ujian Tanpa Henti yang belum ada dipasaran. 

p/s: rajin-rajinlah follow FB/IG Ustaz, Ustazah, Imam Muda, Pendakwah dll. Jika kita follow orang duk post makanan, kita pun nanti terjebak nak post makanan jugak. Padahal tak elok. Meleleh air liur followers tak pasal dapat dosa. Silap gaya orang yang duk tengok post makanan kita tu dah berhari ikat perut. Sian dia. Dulu pun aku suka post gambar makanan. Sekarang insaf dah. Semoga istiqamah la. Jom la kita fikir akhirat pulak. Dunia hanya sementara.

Semusim Di Mahsyar [Ratap Dari Pembaringan Lahad]




Assalamualaikum wbt...

Ternampak buku ni di Instagram, terus pergi kedai buku SMO. Dari depan kedai dah nampak buku ni, bestseller la katakan. Isi kandungannya membuatkan pembaca akan merasa takut melakukan dosa. Penceritaan berkisahkan di neraka jahanam. Ada dua buah buku lagi yang ditulis oleh Hadi Fayyadh yang masih belum dibeli. Akan menjadi koleksi. Dan satu lagi buku yang bakal keluar pada Januari 2018. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...