Assalamualaikum wbt / Selamat pagi,
Sesiapa kat sini pandai guna mesin jahit? Siapa pandai jahit baju? Siapa pandai alter baju/seluar/kain?
Untungnya la siapa yang pandai menjahit ni, tak perlu nak tempah baju kan. Jimat duit poket. Aku setakat nak menjahit blouse, kain duyung, kurung moden boleh la. Baju kurung macam susah bagi aku.
Ok bercerita tentang gambar di atas, aku ada beli baju set dengan member di FB. Sekali dapat, mak ai besar dan labuhnya lengan. Orang saiz L or XL ok la kot nak pakai baju tu. Memandangkan mesin jahit ada kat rumah, so aku pun alter la lengan tu kasi pendek sikit. Tang bahu/badan belum alter lagi. Sangat mencabar dan perlu ada kerajinan yang tinggi huhhhh. So, baju yang di beli tu tak boleh di gayakan lagi memandangkan tak siap alter.
p/s: walaupun mesin ni murah dan tak berjenama, ia masih elok sampai sekarang. Dah bertahun usia mesin ni.
No comments:
Post a Comment