Assalamualaikum/Selamat pagi,
Ini gambar tahun lepas punya. Nak juga post kat blog walaupun terlambat. Kami buat suprise party untuk kawan satu ofis, satu bahagian hehe. 1st time buat suprise camni. Nasib baik menjadi.
Birthday girl terharu sangat sampai teresak-esak menangis depan kek SR. Comel angat hehe.
Pada mulanya, aku cuma merancang utk beberapa orang je. Tapi terkantoi jugak dengan yang lain, so aku panggil makan sekali. 1st time kan nak buat suprise, so takut la nak ajak ramai-ramai. Takut tak jadi.
Bukan saja ada kek malah ada yang sponsor dominos pizza. Terima kasih banyak-banyak. Dan ada satu hadiah untuk noor iaitu selendang didatangkan khas dalam kotak yang sweet hehehe. Tu dari aku. Pada asalnya planning nak bagi selendang je nak letak atas meja. Tapi jiran depan dia kata susah nak halau dia. Aku nak letak atas meja noor time dia takde kat tempat. Tapi jiran dia dah cakap camtu so tukar planning la.
No comments:
Post a Comment