06 November 2014

Pumpkin Cheese






Taraaa...

Resepi baru yang aku belajar dengan member sekolahku selepas habis reunion. Masa gi jalan kat rumah member dia..dia bagi rasa menu special katanya..aku pun try..wah sedapnya..terus minta resepi..mak ai senangnya nak sediakan bahan-bahannya....boleh la aku kalau camtu..

Bahan-bahan:-

Labu
Cheese Mozarella
Sup Cendawan dalam tin
Gula
Air
(aku guna pemanggang ajaib untuk membakar)

Cara-cara:-

Rebus labu bersama air dan gula. Biar labu tu lembut. Masak jangan terlalu lama. Kasi empuk sikit. Kemudian masak sup cendawan 2-3 minit di periuk lain. 

Ambil pemanggan ajaib. Susunkan cup-cup tu, kemudian masukkan labu yang telah dimasak. Selepas itu, masukkan sup cendawan dan akhir sekali tabur cheese mozarella di atas nya..Siap..Mudah kan!!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...