Assalamualaikum/Selamat pagi...
Bertemu kita ke hadrat Illahi...Syukur masih dipanjangkan umur.
Ini cerita time raya.. #throwback kehkehkeh!!!
Ke kebun ke kita.. Dah lama sebenarnya tak menjejakkan kaki ke kebun.. Rasanya last pergi time bersekolah menengah. Lama tak? Serius, lama gile kan. Dulu-dulu pokok-pokok buahan ni kecik lagi. Baru tanam. Now, dah besar dan dapat la hasilnya untuk anak cucu. #berbudipadatanah
Gambar buah di atas ialah buah dokong. Banyak gile pokok buah dokong yang mak abah tanam. Semua berhasil. Bila dah banyak, bolehlah kongsikan rezeki ni kepada jiran tetangga dan kawan-kawan.
Kami pergi ke kebun dengan 1 kereta dan 1 jip. Abah drive jip dan aku drive kereta. Mak duk sebelah, rilek goyang kaki. Biar aku jadi driver pulak. Lagi pun dah lama kot aku tak drive. Asyik renew lesen aje keje nya. Drive idok jugak. Abah drive jip. Penumpang abah bebudak kecik je. Aqil sibuk nak naik jip atuk.
Kat kebun, aku pun sibuk tebas-tebas lalang yang dah tinggi mengalahkan aku. Lenguhnya tangan hayun parang. Sekurang-kurangnya bila aku membantu menebas lalang tu, kurang la sikit keje abah. Bila lagi nak tolong kan!!! Dah la jarang balik kampung, sekali-sekala tu bantu la apa yang patut. Ringankan bebanan orang tua. ye dakkk..
Ok, tunggu entry seterusnya pulak jika aku tak busy..
geramnye tengok buah tu...
ReplyDeletemeh makan sesama kat bilik rahsia..jom..rezeki hari Jumaat..
ReplyDeleteIbnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .
Hadis dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)