28 August 2014

Ke Kebun Ke Kita !!!







Assalamualaikum/Selamat pagi...

Bertemu kita ke hadrat Illahi...Syukur masih dipanjangkan umur.

Ini cerita time raya.. #throwback kehkehkeh!!!

Ke kebun ke kita.. Dah lama sebenarnya tak menjejakkan kaki ke kebun.. Rasanya last pergi time bersekolah menengah. Lama tak? Serius, lama gile kan. Dulu-dulu pokok-pokok buahan ni kecik lagi. Baru tanam. Now, dah besar dan dapat la hasilnya untuk anak cucu. #berbudipadatanah 

Gambar buah di atas ialah buah dokong. Banyak gile pokok buah dokong yang mak abah tanam. Semua berhasil. Bila dah banyak, bolehlah kongsikan rezeki ni kepada jiran tetangga dan kawan-kawan. 

Kami pergi ke kebun dengan 1 kereta dan 1 jip. Abah drive jip dan aku drive kereta. Mak duk sebelah, rilek goyang kaki. Biar aku jadi driver pulak. Lagi pun dah lama kot aku tak drive. Asyik renew lesen aje keje nya. Drive idok jugak. Abah drive jip. Penumpang abah bebudak kecik je. Aqil sibuk nak naik jip atuk. 

Kat kebun, aku pun sibuk tebas-tebas lalang yang dah tinggi mengalahkan aku. Lenguhnya tangan hayun parang. Sekurang-kurangnya bila aku membantu menebas lalang tu, kurang la sikit keje abah. Bila lagi nak tolong kan!!! Dah la jarang balik kampung, sekali-sekala tu bantu la apa yang patut. Ringankan bebanan orang tua. ye dakkk..

Ok, tunggu entry seterusnya pulak jika aku tak busy..

12 August 2014

Ceritera Raya Keempat 2014









Ke Jengka Ke Kita !!!

Raya keempat kami ke Jengka 25 pulak. Rumah kakak ipar. Sebab raya kelima, en.suami aku ni dah ada program dengan rodong-rodong dia. Nak gi mancing. OK..

Lepas ke Jengka, kami ke bandar Temerloh pulak mencari shawl mustard. Cis, susah betul cari warna mustard ni. Dalam banyak-banyak kedai kat Temerloh, 1 kedai pun takde warna tu..Menangis tak berlagu la.. Tu pasal aku pakai shawl warna krim sebab takde warna mustard. Belasah je la. 

Jalan-jalan dalam bandar Temerloh, nampak pulak KFC. Apalagi ajak anak-anak dan anak buah makan KFC la kiter. Dah kenyang, jom kita balik.

08 August 2014

Oldtown Superb !




I like drink ! I like Coffee ! I like Oldtown ! Oldtown is the No.1 !

Dalam banyak-banyak jenis kopi oldtown, aku paling suka Hazelnut. Perisa lain belum cuba lagi. Nanti i pasti cuba. Peminat coffee tegar!!

Iklan ini dibawakan oleh Oldtown dan Nuffnang. Thanks Nuffnang.

Ceritera Raya Ketiga 2014

 Gambar puan blog kena letak atas sekali. Lokasi raya ketiga kami adalah ke Panching dan Taman Guru Kuantan. Kedua-dua tempat tu merupakan sedara mara sebelah mak. Family Norman Hakim tinggal kat Taman Guru la..hehe saje gtau uolss. Raya ketiga aku pakai dress merah hitam. Dikenakan dengan shawl oblong hitam. 

 Ni anak ketiga kakak no.2 aku. Syamimi tengah main barbie doll..

 Yang pompuan tu anak sulung dan yang laki tu anak no.2 kakak no.2 aku..

 Yang pompuan tu banyaaaakkk sangat cakap. Tak berhenti-henti tanya soalan. Penat nak jawab pertanyaan dia. Sampai papa dia geleng kepala la. Hari tu kat Panching, time salam dengan tuan rumah, boleh pulak dia tanya "duit raya takde ke?". Lepas tu time nak balik, tuan rumah bagi duit raya RM1 tanpa sampul, dia cakap " singgit je ke!!!" mulutttt budak ni...sabar je la.

Balik je dari Taman Guru, singgah sebentar kat Cowboy Kuantan..Perghh budak-budak ni survey mainan la pulok. Tq la abang ipar sebab belanja anak-anak buah semua.

***raya kedua takde gambar, so takde la entry nya. Sebab beraya rumah jiran depan je. hehehe.

07 August 2014

Ceritera Raya Pertama 2014

 Ampunkan saya ye bang...hehehe..maklum le selalu sangat tinggi suara, melawan cakap dan macam-macam lagi la..banyak sangat dosa dengan en.suami ni..masak pun malas...ikut mood..

 Ni gambar sesaje je..nampak mesra sikit kan..

 Aik!!! mana anak bujang 2 orang tu pergi..ermmmm...diorang dah beraya kat taman sebelah...jauh dah perjalanannya..maka tinggallah kami bertiga..takpe la...ambik je la gambar bertiga..nak wat camne kan..

 Bertiga lagi...time ni my anak dara sakit hidung. Ada nanah dalam hidung dia. Lebih kurang cam jerawat la besarnya. tu pasal nampak atas bibir dia cam bengkak. Dugaan raya buat dia.

 My anak dara minta ampun maaf kat mama dia.. Ni je sorang yang ada, 2 orang dah beraya sakan. Tak sempat nak ambil gambar satu keluarga.. 

 Time aku minta maaf kat mak pulok..Abah ntah ke mana pergi nya..

 Bergambar di tempat lepak pagi, tengahari, petang dan malam. Ni port panas. Semua orang suka lepak bawa pokok longan ni. Merimbun je. 

 Dari kerana mata...lalalala.. tengok anak mata adik bongsu aku tu, dia pakai contact lens..Aku memang tak berani pakai benda alah tu...takut mak oi..Suruh aku panjat pokok aku rela, kalau suruh aku cuba contact lens, memang tidak le. Tapi kalau aku pakai contact lens mesti cantik kan...(uwekkk)

 Selfie dengan kakak sulung yang kecik molek. Umur sama dengan Dato' Siti Nurhaliza..(eh eh tak tanya pun)

 Sambung bergambar dalam rumah pulak..Gitu la gayanya..adik-beradik lain dah gi beraya..tak sabar-sabar.

 Kakak sulung (kaklong) dengan anak dia. Anak dia umur sama dengan si kakak, 9 tahun.

 Opppsss lepas ke sini pulok. Ni jalan-jalan raya kat kampung suami pulok. Rumah kawan dia merangkap rumah bakal adik ipar aku (rumah awek adik aku) hehehe. Sebelum tu aku gi beraya kat rumah mertua aku dulu, lepas tu baru le beraya kat rumah kawan en.suami. Eh eh anak bujang aku dah ada la..tadi bukan main lagi beraya sakan. Nasib baik adik aku cari jumpa gak..Tahun depan kena ikat budak ni siap-siap. Kalau tak ikat, mau takde gambar sekeluarga lagi tahun depan.(gurau je).Petang-petang, mood nak bergambar memang takde la..penat..

Budak hensem yang ada lesung pipit..

Meriahnya Malam Raya 2014



Pung pang pung pang...bunyi mercun, bunga api berdas-das. Macam pertandingan bunga api kat Putrajaya pulak rasanya..banyak betul duit mereka-mereka itu dihabiskan untuk membeli bunga api dan mercun..Mahal woo. 

Aku cuma mampu beli bunga api sepeket RM10 je.. beli 3-4 kotak dah cukup..tu pun dah berapa kena bayar. kan kan kan.

Nasib baik jiran-jiran kaya raya..dapat la jiran yang lain tengok bunga api free..hehehe..

Aku seperti biasa, dah 3 tahun berturut-turut, malam raya memang aku dirumah mak aku le..Kat rumah mak aku tak ramai sangat..Kakak kedua aku pun malam raya pertama baru sampai...Maklum le dia beraya kat rumah mertua dia dulu kat Klang..pastu seminggu kat Pahang..baru best kan..

Aku pun syok gak..seminggu kat rumah mak aku...dlm seminggu tu, semalaman je kat rumah mak mertua..lagipun en.suami aku busy mancing dengan kawan-kawan dia..baik le aku duduk kat rumah mak aku..boleh le jugak gi tebas lalang kat kebun..hehehe...

ok la, next entry kita post gambar raya pulok...

06 August 2014

Menu Raya 2014

Tart Nenas
 Popia Kacang Dal
 Semperit
Tart Nenas lagi
Kacang Salut Tepung & Kuih Bangkit Pandan
 Pelbagai Biskut Raya
Nasi Impit, Kuah Kacang, Lemang, Rendang Daging, Ayam Merah & Dodol. Ayam merah tu sebenarnya lauk untuk nasi minyak. Lupa pulak snap gambar nasi minyak air tangan aku tu. Dah 3 tahun berturut kot buat nasi minyak di hari raya pertama. Very easy lor...

04 August 2014

Yeay...Dapat Duit Raya


Assalamualaikum wbt...Selamat pagi uolsss...

Hari ini bermula la tugasan sebagai penjawat awam setelah seminggu beraya di kampung. Mood raya masih ada. Mood nak update blog pun ada. Time cuti memang nak buka blog langsung. Blog pun bercuti seminggu juga.

Sebelum cuti raya, my ex-bos kasi duit raya. Thanks sebab masih ingatkan staff nya. Teruja, terharu semua ada. Syukur Alhamdulillah. Moga murah rezeki ex-bos. Siapakah ex-bos itu??? Jeng jeng jeng... my Datin la..yang pemurah tu. Datin dah pencen bulan Februari 2014. Sekarang Datin mengasuh anak sedara..cucu belum lagi..bulan ni anak Datin baru kawin..hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...