30 April 2014

Roti Canai D'Bukit


Kemaruk roti canai yang tersangatlah sedap dan lembut. Ditambah pula mee jawa yang superb delicious. Perggghhh!!!

Pulak tu ada gerai-gerai kecil menjual suratkhabar, majalah, kek dan macam-macam lagi.. Tapi orang ramai sangat..Tiap kali datang, memang takde meja kosong..Full ok!! Terpaksa la bertepek kat meja yang dah nak nampak macam dah nak siap makan tu..Bertepek la sampai orang tu bangun..hahaha..dahsyat kan..

Ini kali yang keberapa ntah..ada la kali ke 4-5 kot..

Kepada sesiapa yang teringin nak JJCM tu, kat sini pun ok. Harga berpatutan. Restoran ni sebelum kedai makan sup gearbox warung dusun tu..restoran ni kat atas bukit..

28 April 2014

Menu Ringkas Tapi Menambat Hati



Menu ni memang nampak ringkas dan very the simple la kan..tapi menu macam ni la yang membuatkan kami makan bertambah-tambah nasi. 

Kalau menu yang menggunakan santan, memang kureng la nak bertambah-tambah nasi. Mungkin kami dilahirkan dari keluarga biasa-biasa aje. Makan sekadar kenyang..Tapi sedap ape kan..ermmm yum yum..

#lempeng #sambalsardin #sambalbilis #kopiO #spageti #ikanbakar #supcendawan #airoren #airasam #ulamtomato

25 April 2014

Baju Turun Temurun


Hai..

Liplap liplap..baju baju abang yang dah kecik, sudah disarungkan ke badan Aqil. Baju melayu peach tu ialah baju yang dihadiakan oleh nenek angkat Afiq. Dulu-dulu, time aku nak gi KL ke, aku tinggalkan Afiq ni kat rumah nenek Ija. Kebetulan masa tu, nenek Ija takde cucu lagi..memang dia suka sangat kat Afiq. Sampai dia bawa Afiq balik kampungnya kat Melaka. Bermalam di sana pulak tu. 

Nenek Ija sekarang ni dah pindah ke Melaka dalam 3-4 tahun lalu. 2 tahun lalu, kami beraya ke rumahnya di Melaka. Tahun ni macam nak beraya ke sana lagi utk mengeratkan hubungan silaturahim..

Baju melayu tu nenek Ija bagi complete bersama-sama dengan sampin..

Rindu nenek Ija..

24 April 2014

9 Tahun Ku Disini


Syukur Alhamdulillah...

9 Tahun dah aku berkhidmat sebagai penjawat awam. Dari mula hinggalah 9 tahun aku masih di Kementerian yang sama. Bukan itu je, 9 tahun itu aku di bahagian yang sama..Eh ada lagi, 9 tahun tu aku di seksyen yang sama. Mak aiii.. tak pernah bertukar ke mana-mana tau. Cuma 8 tahun lebih aku berada di tingkat 7 and now aku di tingkat 6. Baru je sebulan kot duk kat tingkat 6 ni.

Kejap je dah 9 tahun. Kahwin pun dah 9 tahun jugak. 

Banyak pengalaman jugak la walaupun stay di seksyen yang sama je..gaduh dengan bos pun pernah, lawan cakap bos pun pernah..haha.. nampak je cam pendiam kan...pendiam lagi dasyat dari yang mulut murai tau..sekali aku angin, baru tau langit tu tinggi ke rendah.

Ok dah 0-0..jangan diingat kenangan lalu yang pahit tu...huhuhu.. pandang ke depan je..cewah..ayat..

23 April 2014

Trend Bawal Ala-Ala Fareeda



Nampak esklusif bila tudung bawal RM5 letak brooch panjang ditengah-tengah kan. Yang penting tutup dada. So, sekarang memang aku pakai bawal cam gini yek. 

Tudung bawal pun berlambak-lambak yang tak pakai, so lepas ni boleh la keluarkan tudung bawal ni semua dari almari..Dan nak cari bawal RM5 ni lagi bermacam-macam kaler.

***Beli ikut kemampuan yek..

22 April 2014

Raikan Sambutan Ulangtahun Ke-19 Siti Nurhaliza Dalam Industri Muzik Di Santai @ Dataran Gemilang Putrajaya


Soalan yang biasa ditanya. 

Free ke?
-Yes, free. Program Santai adalah acara mingguan di Putrajaya.

Setiap hari apa?
-Setiap hari Ahad.

Jam berapa?
-5.00-6.00 petang.

**Ada gerai jualan makanan, pakaian, tudung2 dll. Minggu ni ada artis No.1 negara so wajib pergi..

21 April 2014

Bantal Bunga Pink


Ini encik suami yang punye.. Dia dapat sempena cabutan hadiah perpisahan. Warna pink gitu. Dapat kat si kakak la bantal tu.. Encik suami pun terlibat dengan TTP.. so, kena tukar dr BPTM ke PSM..

**aku pun tukar gak. Dari atas ke bawah..haha

18 April 2014

CPUV-Nuffnang #1 2014


Assalamualaikum..Syukur Alhamdulillah masih bernafas lagi..

Suka..suka...suka..rezeki datang lagi..lepas ni kena lebih rajin update blog sekurang-kurangnya sehari 1 topik.


Tq Digi, Downy, Clinique, KFC, Mc'D, Herbal Essence, U.London, LINE, Sharp, RON, ROS dan Inti.

16 April 2014

Coklat Dari Paris..Bos Kasi






Maaf yer...

Ni gambar 1-2 bulan lepas. Tak sempat nak upload. Memandangkan hari ni tak busy sangat, so aku update la pasal coklat pemberian bosku ini.

Bos kalau gi oversea mesti beli coklat. Maybe dia suka coklat kot. Selain dari coklat, bos suka beli fridge magnet (FM). Tapi masa dia gi Paris hari tu, dia bagi coklat je. Ermm sedapnya coklat.. Bukan 1 tapi banyak..suka suka..boleh bagi kat anak-anak juga...Rezeki mak, rezeki anak-anak juga ye dak. Bekas  coklat yang petak tu aku simpan, boleh letak duit syiling..

Bila lagi bos nak gi oversea ni??? nak coklat lagiiii...

13 April 2014

Daun Semambu Dan Kelebihannya



Pokok Semambu atau Margosa atau Neem adalah sebatang pokok hijau berdaun lebat terbahagi kepada helaian-helaian daun dimana setiap daun menyamai daun yang matang. Ia mempunyai bunga putih kecil di hujung ranting dan buah berukuran 1.2 to 1.8 cm panjang berwarna hijau atau kuning dan setiap satunya berbiji. Pokok ini boleh membesar sehingga 10 ke 10.5 meter tinggi dengan lilitan berukuran lebih kurang 2 hingga 3 meters. Batangnya adalah bertonik pahit dan berangsangan. Kulit akar mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kulit batang.

Antara kelebihannya:

 * Pokok Margosa dianggap sebagai pembersih udara dan mencegah dari penyakit demam Malaria dan kolera. Infusi atau air rebusan daun segarnya adalah merupakan tonik sayuran pahit dan alternatif terutama bagi mengubati demam malaria yang kronik disebabkan tindak balas nya keatas hati. Ianya hendaklah diambil dengan kadar 15 ke 60 grams.

* Daun Margosa digunakan atau disapu dibahagian luaran sangat berkesan kepada penyakit kulit terutamanya bisul, ulser kronik, letusan cacar (smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan luka. Ianya boleh digunakan secara tuam, rebusan atau sapuan.

* Menggunakan 3 grams kulit kayu bahagian dalam Margosa dengan 6 grams gula kelapa atau kabung setiap pagi sangat berkesan untuk mengubati penyakit buasir. Untuk mengatasi buasir berdarah, 3 atau 4 biji buah Margosa boleh dicampur dengan air dan diminum

* Salap (oinmen) yang disediakan dari daun Margosa sangat berguna untuk mengubati ulser dan luka. Salap ini disediakan dengan menggoreng 50 grams daun Margosa bersama dengan 50 grams minyak sapi dan melenyek campuran tersebut dengan baik sehingga salap diperolehi dengan serata. Pes yang disediakan dari kulit kayu nya dengan menggosoknya didalam air juga boleh digunakan untuk menggubati luka.

Kalau nak cari pokok ni, depan skpp 9(2) Putrajaya banyak ye... 

Kenapa aku cari pokok ni?
Daun semambu boleh menghilangkan rasa gatal pada badan akibat demam chicken pox..Hampir 2 minggu Aqil chicken pox..Daun ini sangat membantu menurunkan panas badan juga jika demam.

Cuma rebus daun ni kemudian mandi kan suam-suam..


11 April 2014

Ubat Bisul @ Herba Cina


Busy bebenor tuan blog ni...baru nak update benda yang dah bersawang ni...tak sempat dah nak berblog..masa yang ada banyak dihabiskan dalam bilik fail..Haaa aku dah ada bilik fail sendiri tau..so, kalau aku takde kat tempat tu, bos pandai la cari aku kat dalam bilik fail..

Ok berbalik kepada gambar di atas, ni ubat untuk sakit bisul. Sejak 2 menjak ni asyik kena bisul je..Bukannya kecik, besor mak aiiihhh..sakit sungguh..sampai terhencot.

Suatu hari tu, aku google kedai herba cina dengkil...nasib baik ada..aku call kedai tu tanya area mana n then aku terus gi kedai tu..

Cara menggunakan ubat tu senang je. Campurkan sedikit air bagi biji2 tu melekat..pastu tepek kat keliling bisul. In Shaa Allah bisul cepat pecah/masak. So, cepat la sembuhnya..

Nama ubat ni aku tak ingat...so, abaikan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...