13 November 2013

Kelebihan Pokok Senduduk




Senduduk ungu (Melastoma malabathricum) ialah jenis senduduk yang paling mudah kita temukan. Pokok renek ini tumbuh meliar di tanah terbiar, kebun, ladang dan belukar.
Senduduk ungu turut mewarnai zaman kanak-kanak aku. Yang terpenting, selepas memakan buahnya, lidah aku akan berwarna hitam.Korang pernah makan tak buah ni. Dulu pantang nampak, mesti berebut punya. Itu adalah memori atau kenangan tak tak akan aku lupakan.


Kenali pokok senduduk

Ianya adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh.

Kelebihan pokok senduduk
 
Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luarnegara, antara khasiat tumbuhan senduduk ialah berguna untuk merawat luka luar dan dalaman.

Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim, selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit, dikatakan juga daun juga pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan ;leukorea, bagi merawat penyakit tersebut anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia, air rebusan tadi bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari virgina. 


Kepada meraka yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut, sementara itu, daun dan akarnya yang telah di giling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut, juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar.

Air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan bagi membasuh mulut untuk mengubati sakit gigi, boleh melembutkan kaki atau mengurangkan angin dalam badan, kadang kadang digunakan sebagai mandian.

Cara penanaman pokok ini hanyalah patah dan cucuk dimana mana kawasan yang kita berkenan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...