31 December 2020
19 December 2020
09 November 2020
PKPB Bersambung Lagi
03 November 2020
Muncul Kembali Setelah Lama Menyepikan Diri
Lama sungguh tidak berblog. Merindu tanpa kata. Semoga semuanya dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya. Sesungguhnya masa berlalu dengan pantas. Dah hampir penghujung tahun 2020. Alhamdulillah puan blog dalam keadaan sihat.
Tahun 2020, seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19. Kenapa 19, bukannya 20 huhuhuhu. Entahlah. Allah SWT hantar mahluk covid-19 pasti bersebab dan ada hikmahnya. Carilah hikmahnya. Jangan salahkan apa yang berlaku ini. Sebelum berlakunya pandemik ini, apa yang kita tahu awal tahun 2020 adalah isu xxxxxxx pergi Mekah. Tak lama selepas tu terus berlaku wabak covid-19. Itu yang terlintas difikiran. Mungkin ia sebagai musibah apabila Mekah dicemari. Wallahu'alam.
Benda pun dah berlaku. Dah masih lagi belum reda, eloklah kita mendekatkan diri dan memohon keampunan dari Allah SWT. Semoga wabak ini segera lenyap di muka bumi ini.
Allah SWT hantar wabak pasti bersebab. Pasti. Walaupun Allah SWT menghantar wabak, tetaplah juga manusia ingkar dan jauh dari Allah SWT. Yang tidak solat tetaplah tidak solat. Yang tidak menutup aurat tetaplah tidak menutup aurat. Langsung tidak mengambil pelajaran. Langsung tidak takut dengan Allah SWT. Bukan setakat wabak je yang Allah SWT boleh hantar malah lebih dahsyat dari itu.
Bermuhasabahlah! Dekatkan diri dengan Allah SWT.
10 July 2019
Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Iman dan Ketaatan
- Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik). Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.
- Begitulah fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara baik dan jahat, antara kebaikan dan kejahatan. Maka berhati-hatilah dalam menjaga apa yg ada dalam hati agar tetap berada atas kebaikan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran, persekitaran, pergaulan dan apa yang dimakan atau diminum serta dibaca oleh seseorang mampu menyebabkan hati itu berubah-ubah dengan izin Allah SWT. Namun, Allah SWT jua yang memberikan ilham dan ikhtiar kepada hamba-Nya untuk memilih jalan bahagia ataupun sengsara. Seseorang Muslim dituntut agar memohon hidayah kepada Allah SWT sekurang-kurang sebanyak 17 kali sehari (dalam solat).
- Rasulullah SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT. Jika Allah SWT berkehendak (untuk menjadikan hati seseorang sesat) maka ia akan disesatkan-Nya dan jika Dia berkehendak (menetapkan iman seseorang) maka akan diteguhkan di atas petunjuk-Nya. Justeru, berdoalah agar Allah SWT meneguhkan hati dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.

04 February 2019
2019 ~ Jahiliah To Jannah
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
- Maksud hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.
- Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.
- Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.
- Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita seperti dalam hadith tersebut.




