09 November 2020

PKPB Bersambung Lagi

 


Assalamualaikum wbt / salam sejahtera,

Semoga semuanya sihat hendaknya. Aamiin. Inilah ceritera tahun 2020. Pandemik Covid-19. Semoga kita terima ketentuan dan takdir ini dengan bersangka baik kepada Allah. Allah Maha Kuasa atas segala-galanya. Allah sebaik-baik perancang. Apa yang terjadi membuatkan kita lagi dekat dengan-Nya. Taat perintah-Nya.

Yang lalai akan perintah Allah, bertaubatlah selagi masih dipinjamkan nyawa itu. Kelak menyesal di sana nanti. Kita boleh menutupi aib di depan manusia, tetapi Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui apa yang kita kerjakan. Apakah kita taat? Tanya pada diri.

Berbalik kepada tajuk di atas, PKPB bersambung lagi sehingga 6 Disember 2020. Makanya, tiadalah rentas negeri. Ya Allah, tak dapat balik kampung. Nasiblah dah berkeluarga. Ada suami dan anak-anak, kalau bujang taktaulah. Mahu terasa kan. Bersendirian di kejauhan. Tak dapat melepas kerinduan. Hanya telefon penghubung yang jauh. 

Hadapilah apa jua yang ditakdirkan dengan tenang.

03 November 2020

Muncul Kembali Setelah Lama Menyepikan Diri

 



Assalamualaikum wbt /  Salam sejahtera,

Lama sungguh tidak berblog. Merindu tanpa kata. Semoga semuanya dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya. Sesungguhnya masa berlalu dengan pantas. Dah hampir penghujung tahun 2020. Alhamdulillah puan blog dalam keadaan sihat.

Tahun 2020, seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19. Kenapa 19, bukannya 20 huhuhuhu. Entahlah. Allah SWT hantar mahluk covid-19 pasti bersebab dan ada hikmahnya. Carilah hikmahnya. Jangan salahkan apa yang berlaku ini. Sebelum berlakunya pandemik ini, apa yang kita tahu awal tahun 2020 adalah isu xxxxxxx pergi Mekah. Tak lama selepas tu terus berlaku wabak covid-19. Itu yang terlintas difikiran. Mungkin ia sebagai musibah apabila Mekah dicemari. Wallahu'alam.

Benda pun dah berlaku. Dah masih lagi belum reda, eloklah kita mendekatkan diri dan memohon keampunan dari Allah SWT. Semoga wabak ini segera lenyap di muka bumi ini. 

Allah SWT hantar wabak pasti bersebab. Pasti. Walaupun Allah SWT menghantar wabak, tetaplah juga manusia ingkar dan jauh dari Allah SWT. Yang tidak solat tetaplah tidak solat. Yang tidak menutup aurat tetaplah tidak menutup aurat. Langsung tidak mengambil pelajaran. Langsung tidak takut dengan Allah SWT. Bukan setakat wabak je yang Allah SWT boleh hantar malah lebih dahsyat dari itu.

Bermuhasabahlah! Dekatkan diri dengan Allah SWT.

10 July 2019

Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Iman dan Ketaatan


Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash RA, beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (Hadith riwayat Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972)
Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:

يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ
"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu."

Pengajaran Hadith :
  1. Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik). Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.
  2. Begitulah fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara baik dan jahat, antara kebaikan dan kejahatan. Maka berhati-hatilah dalam menjaga apa yg ada dalam hati agar tetap berada atas kebaikan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran, persekitaran, pergaulan dan apa yang dimakan atau diminum serta dibaca oleh seseorang mampu menyebabkan hati itu berubah-ubah dengan izin Allah SWT. Namun, Allah SWT jua yang memberikan ilham dan ikhtiar kepada hamba-Nya untuk memilih jalan bahagia ataupun sengsara. Seseorang Muslim dituntut agar memohon hidayah kepada Allah SWT sekurang-kurang sebanyak 17 kali sehari (dalam solat).
  3. Rasulullah SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT. Jika Allah SWT berkehendak (untuk menjadikan hati seseorang sesat) maka ia akan disesatkan-Nya dan jika Dia berkehendak (menetapkan iman seseorang) maka akan diteguhkan di atas petunjuk-Nya. Justeru, berdoalah agar Allah SWT meneguhkan hati dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.
Image result for doa semoga istiqomah

04 February 2019

2019 ~ Jahiliah To Jannah



Assalamualaikum wbt... Salam Sejahtera,

Habis sudah bulan pertama 2019. Sekarang kita berada di bulan kedua pula. Eh! Cepatnya masa. Umur makin bertambah dari tahun ke tahun. Ada ke umur yang makin kurang? Makin muda dan muda. Mengarutlah kan! Baki usia kita entah tinggal berapa lama je lagi. Semua rahsia Allah swt. Kita sebagai HAMBA, memperbanyakkanlah amalan yang baik-baik. Tinggalkan perkara yang Allah tak suka. 

Sentiasa pegang ayat ni "ALLAH MAHA MELIHAT". "ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA NYA DI LANGIT DAN DIBUMI". Apa yang terlintas di hati kita pun Allah tau inikan pula yang kita lafaz dan ucapkan. Takut tak?

Maka buatlah baik-baik. Jom jadi baik. Dekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu (taman-taman Syurga) dan dengan orang yang soleh. 

From Jahiliah To Jannah. ALLAH MAHA PENGAMPUN. Mohonlah doa supaya diberikan HIDAYAH. 


Daripada 'Abdullah (‘Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa:
 
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta,)."

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2721)


Pengajaran Hadith :

  1. Maksud hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.
  2. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.
  3. Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.
  4. Berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita seperti dalam hadith tersebut.

18 July 2018

Kursus Pengurusan Terakhir Untukmu


Assalamualaikum wbt...

Pada 19 April 2018 berlangsungnya kursus "Pengurusan Terakhir Untukmu" anjuran Puspanita. Memandangkan kursus tersebut diadakan dia dewan ofis je, cepat-cepat memaklumkan kehadiran untuk sertai kursus tersebut. Ia amat penting untuk kita semua. Kerana semua akan mati. Betul tak? Tarikh kematian pun dirahsiakan. Untuk kita sentiasa membuat persiapan menghadapinya. Dunia hanya sementara, akhirat tempat yang kekal abadi. Ingat tu!










Bersiap sedialah. Kita bakal menjadi jenazah. Perbanyakkan amal ibadah untuk di bawa ke SANA. Akhirat kekal abadi. 

Hentilah membuka aib orang lain, mengumpat sana-sini. dan benda-benda yang mendatangkan dosa. Ingat! Allah Maha Melihat. Malaikat sentiasa mencatat.

07 June 2018

Ramadhan & Kematian - Ustaz Ahmad Dusuki


Assalamualaikum wbt...

Pada 10 April 2018 diadakan bual bicara integriti bersama Ustaz Ahmad Dusuki di MOF. Memang tak sabar sangat nak dengar live ceramah beliau. Biasanya selalu tengok kat fb live atau pun youtube je. Bila ada je peluang sebegini, memang tak akan dilepaskan. Rugi tak dengar. Ilmu akhirat. Bekalan kita di sana nanti. 


Majlis ilmu seperti ini ibarat taman-taman Syurga. Rugi sangat tak ambil peluang datang dan fokus mendengar. Tak lupa juga, majlis ilmu ini dicatat pahala. Mudahkan buat pahala. Memang insaf terus dengar ceramah macam ni. Cerita di alam sana nanti yang begitu menakutkan. Sedangkan kita terkena api sikit pun dah sakit, bagaimana api di sana berkali ganda sakitnya. Semoga kita sempat bertaubat dosa-dosa yang lalu. Masih ada kesempatan selagi hayat masih ada. Terkadang kita lupa, apa yang kita lakukan seharian menyebabkan dosa. Mengumpat sana-sini, mencuri tulang masa bekerja (kerja adalah suatu ibadah), post gambar-gambar tak menutup aurat ( yang boleh nampak hanyalah muka dan pergelangan tangan sahaja) dan banyak lagi. Tak terhitung dosa kita. Tapi Allah swt Maha Pengampun. Sempat lagi selagi bernyawa.




Buku ni diberi semasa ceramah tersebut. Bestnya....bertambah-tambah koleksi buku agama untuk dibaca.

***Semasa berada dalam majlis ilmu, elakkan berbual dan bermain handphoone. Fokus sepenuhnya. Tidak semua diberi peluang menghadiri majlis seperti ini. Dan tak semua yang berminat untuk datang ke majlis-majlis agama. Yang diberi peluang oleh Allah swt adalah orang yang terpilih. So fokus dan kusyuk. Kalau tak, sia-sia je. Tak dengar apa yang penceramah sampaikan. Rugi kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...