19 January 2015

KL Yes Fest @ PWTC 2014





#throwback 2014

Hai..hai..hai...

Event KL Yes Fest ni berlangsung bulan lepas. Baru ada kesempatan untuk upload dalam blog. Kebetulan anak-anak kat kampung. Maka aku dan husband rancak la berjalan ke sana-sini.

Sebelum masuk ke dalam dewan, kena register dulu ye n then dapat lah cookies n red velvet cake. Kebetulan sampai ke PWTC tu awal pagi, orang pun tak ramai lagi time ni. So, happy la tak bersesak-sesak. Dapat la rembat 1 helai jubah yang cantik dan murah. Memang rambang mata la kalau pergi festival camtu kan. Tetapi disebabkan sayang duit, maka fikir banyak kali jugak la untuk beli sesuka hati.

ok da...

16 January 2015

Adi Putra @ Dataran Gemilang Putrajaya







#throwback 2014

Salam Jumaat,

Cerita bulan lepas, excited nak Adi Putra secara live. Kebetulan ada pertandingan band kat Dataran Gemilang tu, Adi Putra kalau tak silap, dia juri kot...

Apa lagi...terus ajak husband gi la kan..tapi lepas habis penutup pskk hari tu..Nasib baik sempat..masa tu dah kul 6 lebih. Nasib la dapat husband yang sporting kan.. Turut je permintaan isteri..huhuhu..

ok la...bai

14 January 2015

Accountability Talk: Mindset Change Now With Fizo Omar









Sorry...

Terlambat update story 2014. Apapun aku akan tetap update apa yang tak sempat tu.

1st time jumpa Fizo Omar secara live. Nampak dalam tv macam pendek, tapi bila dah jumpa secara live tinggi la pulak. Tv suka menipu. huhuhu

Fizo ni merupakan tauke burger. Dah banyak cawangan kedai burger nya. Hope makin maju dan maju...Wife pun ada bisnes..Fareeda Nyata Jelita..Yang menjadi kegilaan wanita. Harga...tak boleh tahan..mahal wo. Takpe..mahal camne pun ramai jugak peminat setianya.. Sape yang mampu, beli je la kan.

ok...bai

08 January 2015

Kuih Bakar My Mom





#throwback2014
 
Cerita pasal makanan pagi ni yek..

Nak cerita sikit, mak aku memang pandai buat kuih tradisional berbanding kuih moden. Anaknya (terutama aku la) tak mewarisi kepandaian itu. Sebab aku ni pemalas sikit.

Bab membancuh bahan-bahan tu keje mak aku la. Aku cuma bakar-bakar je. (pemalas sungguh!!!) Sedar diri takpe..hehehe.. Mak aku wat kuih bakar ni sebab ada tempahan untuk orang selawat. Kebetulan mak nak mandi..aku kena la bakar kuih. Kalau tak, pukul berapa pulak nak siap kan.

Bab makan paling laju kot... Itu la aku. ok da... selamat menjamu mata.

07 January 2015

1st Reunion Ex-BC & Majlis Perpisahan











#Throwback 2014

1st reunion dan majlis perpisahan diadakan secara mengejut atau erti kata lain last minute. Kebetulan hari isnin dan selasa aku cuti (ingat-ingat lupa). Masuk keje rabu tu baru planning nak buat majlis tersebut memandangkan orang yang nak dirai tu merupakan last day dia di BC. So, kena buat jugak la walaupun ala kadar.

Mulanya kami rancang nak ke Ayer@8. Tetiba teringat kat buffet lunch kat PICC. So, kami decide ambil buffet lunch kat PICC la. Makan pun banyak. Ikut korang la nak makan banyak mana pun kan. Yang dijemput meraikan majlis ni memang tak ramai pun. Orang tertentu sahaja. Siapa orang tertentu tu? Mereka terdiri daripada ex-tingkat 7 punya orang ma..

Sebab tu tak ramai. Yang dirai ada 3 orang. Ada yang naik pangkat, balik negeri dan bersara pilihan. Alamak sedih weh. Tapi apa boleh buatkan..."kurelakan kau pergi"... Ada masa, jumpa lagi. Walaupun berjauhan tapi kita tetap berSAHABAT kan! Kalau tak suka sila UNFRIEND atau UNFOLLOW. Klik je, very easy.

Nanti kita wat 2nd Reunion pulak ye..tunggu..

06 January 2015

Azam 2015


Masih tak terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru buat semua pembaca blog ini. Syukur Alhamdulillah kerana diberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Syukur Ya Allah.

Setiap manusia punyai azam masing-masing. Adakah azam tahun-tahun lepas tercapai? Apa pula azam untuk tahun ini? Kalau azam tahun-tahun lepas tak tercapai lagi, boleh la postpone ye. Azam aku tahun-tahun  lepas pun ada yang tak tercapai..Camne tu!!! Ok, kita postponed untuk tahun ni ye..Semoga azam aku akan tercapai.

Korang banyak ke azam? Sibuk nak tanya kan..hahaha. Sharing is caring huhuu..

Azam aku tu biarlah rahsia. Kalau tercapai nanti aku share dengan korang ye.. ok bai

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...