21 April 2014

Bantal Bunga Pink


Ini encik suami yang punye.. Dia dapat sempena cabutan hadiah perpisahan. Warna pink gitu. Dapat kat si kakak la bantal tu.. Encik suami pun terlibat dengan TTP.. so, kena tukar dr BPTM ke PSM..

**aku pun tukar gak. Dari atas ke bawah..haha

18 April 2014

CPUV-Nuffnang #1 2014


Assalamualaikum..Syukur Alhamdulillah masih bernafas lagi..

Suka..suka...suka..rezeki datang lagi..lepas ni kena lebih rajin update blog sekurang-kurangnya sehari 1 topik.


Tq Digi, Downy, Clinique, KFC, Mc'D, Herbal Essence, U.London, LINE, Sharp, RON, ROS dan Inti.

16 April 2014

Coklat Dari Paris..Bos Kasi






Maaf yer...

Ni gambar 1-2 bulan lepas. Tak sempat nak upload. Memandangkan hari ni tak busy sangat, so aku update la pasal coklat pemberian bosku ini.

Bos kalau gi oversea mesti beli coklat. Maybe dia suka coklat kot. Selain dari coklat, bos suka beli fridge magnet (FM). Tapi masa dia gi Paris hari tu, dia bagi coklat je. Ermm sedapnya coklat.. Bukan 1 tapi banyak..suka suka..boleh bagi kat anak-anak juga...Rezeki mak, rezeki anak-anak juga ye dak. Bekas  coklat yang petak tu aku simpan, boleh letak duit syiling..

Bila lagi bos nak gi oversea ni??? nak coklat lagiiii...

13 April 2014

Daun Semambu Dan Kelebihannya



Pokok Semambu atau Margosa atau Neem adalah sebatang pokok hijau berdaun lebat terbahagi kepada helaian-helaian daun dimana setiap daun menyamai daun yang matang. Ia mempunyai bunga putih kecil di hujung ranting dan buah berukuran 1.2 to 1.8 cm panjang berwarna hijau atau kuning dan setiap satunya berbiji. Pokok ini boleh membesar sehingga 10 ke 10.5 meter tinggi dengan lilitan berukuran lebih kurang 2 hingga 3 meters. Batangnya adalah bertonik pahit dan berangsangan. Kulit akar mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kulit batang.

Antara kelebihannya:

 * Pokok Margosa dianggap sebagai pembersih udara dan mencegah dari penyakit demam Malaria dan kolera. Infusi atau air rebusan daun segarnya adalah merupakan tonik sayuran pahit dan alternatif terutama bagi mengubati demam malaria yang kronik disebabkan tindak balas nya keatas hati. Ianya hendaklah diambil dengan kadar 15 ke 60 grams.

* Daun Margosa digunakan atau disapu dibahagian luaran sangat berkesan kepada penyakit kulit terutamanya bisul, ulser kronik, letusan cacar (smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan luka. Ianya boleh digunakan secara tuam, rebusan atau sapuan.

* Menggunakan 3 grams kulit kayu bahagian dalam Margosa dengan 6 grams gula kelapa atau kabung setiap pagi sangat berkesan untuk mengubati penyakit buasir. Untuk mengatasi buasir berdarah, 3 atau 4 biji buah Margosa boleh dicampur dengan air dan diminum

* Salap (oinmen) yang disediakan dari daun Margosa sangat berguna untuk mengubati ulser dan luka. Salap ini disediakan dengan menggoreng 50 grams daun Margosa bersama dengan 50 grams minyak sapi dan melenyek campuran tersebut dengan baik sehingga salap diperolehi dengan serata. Pes yang disediakan dari kulit kayu nya dengan menggosoknya didalam air juga boleh digunakan untuk menggubati luka.

Kalau nak cari pokok ni, depan skpp 9(2) Putrajaya banyak ye... 

Kenapa aku cari pokok ni?
Daun semambu boleh menghilangkan rasa gatal pada badan akibat demam chicken pox..Hampir 2 minggu Aqil chicken pox..Daun ini sangat membantu menurunkan panas badan juga jika demam.

Cuma rebus daun ni kemudian mandi kan suam-suam..


11 April 2014

Ubat Bisul @ Herba Cina


Busy bebenor tuan blog ni...baru nak update benda yang dah bersawang ni...tak sempat dah nak berblog..masa yang ada banyak dihabiskan dalam bilik fail..Haaa aku dah ada bilik fail sendiri tau..so, kalau aku takde kat tempat tu, bos pandai la cari aku kat dalam bilik fail..

Ok berbalik kepada gambar di atas, ni ubat untuk sakit bisul. Sejak 2 menjak ni asyik kena bisul je..Bukannya kecik, besor mak aiiihhh..sakit sungguh..sampai terhencot.

Suatu hari tu, aku google kedai herba cina dengkil...nasib baik ada..aku call kedai tu tanya area mana n then aku terus gi kedai tu..

Cara menggunakan ubat tu senang je. Campurkan sedikit air bagi biji2 tu melekat..pastu tepek kat keliling bisul. In Shaa Allah bisul cepat pecah/masak. So, cepat la sembuhnya..

Nama ubat ni aku tak ingat...so, abaikan..

25 March 2014

MH370 Berakhir Di Selatan Lautan Hindi



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Al-Fatihah untuk umat Islam yang berada di dalam pesawat tersebut.

 Dari Dia kita datang dan dari Dia jualah kita kembali. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...