07 January 2013

Aaron Dan Adira



Aaron Aziz buat kejutan diatas pentas AJL27..Habis je lagu, Aaron pegang tangan Adira dan dukung Adira..Cair..Romantis..

Tapi lagu ni tak menang..Takde rezeki.

04 January 2013

Kedai Bapa Mertua Dirompak

Kejadian berlaku kalau tak silap 1 Januari 2013 (malam). Kerugian dianggarkan dalam RM300. Perompak tu merompak minyak petrol, kad top up dan syiling.

Inilah 1st time kedai bapa mertuaku dirompak. Tapi kejadian rompakan ni sering berlaku di kawasan tersebut selain kehilangan motosikal.

Harap sangat perompak tu ditangkap. Tak tau budak-budak or sape yang buat keje gile ni. Harapkan duit kedai la nak sara mak mertua yang sakit hampir 4 tahun terlantar di atas katil.

Sungguh kejam perompak tu. Semoga dia temui jalan yang lurus dan bertaubat dengan segala perbuatan terkutuk yang dia lakukan. Amin.

 

Azam 2013

Assalamualaikum/salam sejahtera,

Hari ni aku dah bekerja semula setelah bercuti 2 hari menguruskan persekolahan anak-anak. Pagi ni pulak duty PA dan petang pulak ada urusan untuk keluar ofis kejap untuk mengambil IC baru di JPN. Rupanya kena bayar RM10 untuk pembaharuan IC. Ingatkan free. Lagipun IC lama dah kekuningan..Malu nak tunjuk kat orang..hehehe

Apa azam 2013 anda? Setiap orang mesti menanamkan azam setiap kali tahun baru. Aku pun sama. Meh aku tulis checklist apa azam tahun 2013, sila rujuk dibawah ye:

  • Nak pastikan anak-anak tak tinggal solat.
  • Fokus kepada pelajaran anak-anak.
  • Tak nak shopping berlebihan. 
  • Nak jimat cermat.
  • Nak buat akaun SSPN untuk Aqil. (kakak dan abangnya dan ada akaun SSPN, eh mamanya pun ada jugak la)
 

03 January 2013

Rebat Telefon


Orang ramai (belia berumur 21 hingga 30 tahun) boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.

Tiada had harga telefon pintar.


p/s: nasib baik tahun ni baru 30 tahun..kalau 31, melepas le nak rasa rebat yang kerajaan bagi..nak tunggu durian runtuh felda, takde nya la sebab bukan orang felda..nak daftar BR1M, tak boleh jugak sebab pendapatan isirumah melebihi RM3000.

02 January 2013

Happy New Year 2013

Assalamualaikum/salam sejahtera..

Selamat tahum baru kawan-kawan. Syukur alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur dan dapatlah kita bersua lagi..

Hari ni tuan blog cuti sampai esok. Maklumlah anak-anak dah start sekolah semula untuk sesi tahun 2013. 

Si kakak dan darjah 2 dan si abang prasekolah. Kakak dan abang sekolah ditempat yang sama SKPP 9(2).

Kelas si kakak berada di tingkat 2. Macam mana la nak pikul beg yang berat tu nanti bawa naik atas.. Buku diorang ni banyak.. Dengan buku teks, buku aktiviti dan buku latihan. Itu pun dah berat.

Si abang jugak yang ok. Buku tidak dibenarkan bawa balik ke rumah.. Makanya beg mereka ni ringan la tiap-tiap hari..Kerja yang diberikan haruslah disiapkan disekolah. Siapa tak siap, tak boleh balik..Elok jugak tu sebab si abang ni tak macam si kakak. Si kakak rajin buat kerja sekolah, si abang kalau tak keluar rotan, memang tak buat la.

Jauhnya perbezaan mereka diorang ni.

Apa pun, semoga anak mama akan menjadi anak yang bijak pandai, soleh dan solehah serta patuh pada perintah Maha Pencipta. Insya Allah.

p/s: gambar di hari pertama tak sempat nak diambil..sibuk menjaga si adik yang tak duduk diam.

Family Day At Bagan Lalang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...