15 June 2010

Doa Untuk Memudahkan Sebarang Urusan

Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Doa Ke Atas Musuh


Maksudnya:

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah kumpulan kafir. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah kedudukan mereka.

Doa Ketika Berhadapan Dengan Musuh


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.

Novel Lagenda Budak Setan

Lagenda Budak SetanMembuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

14 June 2010

Zoo - Akan Datang



Lakonan:

:
Ad (Pelakon Utama)
:
Sheila (Pelakon Utama)
:
Encik Din (Pelakon Pembantu)
:
Rain (Pelakon Pembantu)

ZOO merupakan sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja. Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan Zoo, Lan secara tidak sengaja masuk ke sessi temuduga yang dibuat oleh pengurus disitu, En. Din dan Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itu bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan.

Lan telah diperkenalkan kepada seorang lagi pekerja di situ iaitu Shila. Menurut Shila, ramai pengawal di situ telah lari selepas semalaman berkerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo itu boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita dari Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawakannya. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut. Lan sendiri melihat haiwan-haiwan di situ seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan.

Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara tersebut kepada Shila dan En. Din tetapi mereka tidak mepercayainya. Begitu juga dengan Osman yang turut bekerja di situ tidak mempercayai kata-kata Lan. Osman pula pandai membodek En Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan exotic. Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut.

En Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberi Lan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan dari haiwan-haiwan itu untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Dari siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di situ, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar tetapi ada orang dalam yang bersubahat.

Lan telah menamakan beberapa orang yang dicurigainya tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri. Adakah Lan dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah tepat seperti yang didakwa oleh Lan terhadap “suspek-suspek’nya? Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain? Saksikan ZOO untuk mengetahui kesudahannya.

13 June 2010

Ost Lagenda Budak Setan



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Penyanyi: Filianti Vlee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...