15 December 2017

Riadah Taman Tasik Cyberjaya




























Assalamualaikum wbt...Salam Jumaat,

Ini gambar beberapa bulan lepas, alang-alang nak ambil gambar, kita post la kat sini. Aktiviti riadah sekeluarga. Sekali-sekala tubuh badan perlukan senaman. Tak perlu senaman berat. Senaman ringan pun dah kira ok dari tak buat langsung.

Kalau tak larat jogging, kita berjalan kaki tak pun berbasikal ikut mana yang boleh lakukan. Kalau tak, badan jadi lemau. Bukan biskut je lemau. Manusia pun boleh jadi lemau lagi-lagi yang selalu duduk dalam air-cond. 

Nak bercerita panjang pun tak berapa nak ada idea, so kita layan gambar di sekitar Taman Tasik Cyberjaya je la.

Wassalam....

11 December 2017

Warung Ejeap Kg. Tok Aminudin Dengkil











Assalamualaikum wbt....Salam sejahtera,

Maaf ye, blog ni dah lama bersawang dan sekarang masanya untuk membuang sawang-sawang itu.

Nak share kedai makan berhampiran dengkil. Ke memang dah dalam Dengkil. Tak pasti. Yang pasti dekat dengan Taman Cabaran dan kedepan sikit nampak kedai makan ni. Kecil je kedai ni tapi makanan dia sedap. Tempat makan dia pun sempoi je. Meja dan kerusi kayu. Sesuai la untuk jiwa orang kampung macam aku.

Dah lama sebenarnya draf kat blog ni ha, baru sekarang ada mood. Berbulan duk draf. Adoiiii. Busy memanjang. Nak berhenti keje pun ada. Duk rumah, masak-masak kan best. Tapi ada hutang, tak boleh berhenti keje lagi. huhuhu. 

Mana kaki JJCM tu, boleh la try makan kat kedai ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...