20 September 2017

Pinggan Viral @ Pasar Seni Kuala Lumpur

















Assalamualaikum wbt...

Dah lama menyepikan diri, bukan kerana takde idea cuma banyak kerja berganda-ganda. Lagi-lagi sibuk dengan penyediaan Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober 2017. Aku tak buat bajet tapi jaga makan je. Cukup la handle sorang diri. Sudah memadai. Tapi kena juga cari sorang lagi partner jika aku cuti kecemasan. Dah cukup 2 orang saje. 

Ok berbalik dengan tajuk post, pada 5 Ogos 2017 yang lalu, aku ke Pasar Seni kerana nak mencari kedai pinggan viral yang menjual pinggan mangkuk cawan yang cantik-cantik coraknya. Kat IG ramai pulak yang post. Tak boleh jadi ni, memang kena pergi. Aku suka corak-corak bertambah suka sebab harganya yang murah. Tapi aku beli 5 biji saja sebagai permulaan hehehe. Nanti boleh tambah koleksi lagi. Kat Kajang pun ada kalau tak silap.

Nasib baik dapat suami yang kaki jalan. So, tiada masalah la nak kemana-mana. Syukur Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...