15 December 2017

Riadah Taman Tasik Cyberjaya




























Assalamualaikum wbt...Salam Jumaat,

Ini gambar beberapa bulan lepas, alang-alang nak ambil gambar, kita post la kat sini. Aktiviti riadah sekeluarga. Sekali-sekala tubuh badan perlukan senaman. Tak perlu senaman berat. Senaman ringan pun dah kira ok dari tak buat langsung.

Kalau tak larat jogging, kita berjalan kaki tak pun berbasikal ikut mana yang boleh lakukan. Kalau tak, badan jadi lemau. Bukan biskut je lemau. Manusia pun boleh jadi lemau lagi-lagi yang selalu duduk dalam air-cond. 

Nak bercerita panjang pun tak berapa nak ada idea, so kita layan gambar di sekitar Taman Tasik Cyberjaya je la.

Wassalam....

11 December 2017

Warung Ejeap Kg. Tok Aminudin Dengkil











Assalamualaikum wbt....Salam sejahtera,

Maaf ye, blog ni dah lama bersawang dan sekarang masanya untuk membuang sawang-sawang itu.

Nak share kedai makan berhampiran dengkil. Ke memang dah dalam Dengkil. Tak pasti. Yang pasti dekat dengan Taman Cabaran dan kedepan sikit nampak kedai makan ni. Kecil je kedai ni tapi makanan dia sedap. Tempat makan dia pun sempoi je. Meja dan kerusi kayu. Sesuai la untuk jiwa orang kampung macam aku.

Dah lama sebenarnya draf kat blog ni ha, baru sekarang ada mood. Berbulan duk draf. Adoiiii. Busy memanjang. Nak berhenti keje pun ada. Duk rumah, masak-masak kan best. Tapi ada hutang, tak boleh berhenti keje lagi. huhuhu. 

Mana kaki JJCM tu, boleh la try makan kat kedai ni.

17 October 2017

Pepahat Masak Halia


Assalamualaikum wbt/salam sejahtera,

Sedar tak sedar, kita dah berada di pertengahan bulan oktober. Dah dipenghujung tahun 2017.

Nak cerita sikit pasal pepahat. Tak semua suka makan pepahat. Aku dulu pun tak suka, bila dah mencuba mulalah jatuh cinta. hehehehe. Dimasak dengan halia, bawang dan cili kering. Pergh marvelous. Beli pepahat mentah di pekan sari Dengkil. Kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Tengok musim. 

Wassalam....

20 September 2017

Pinggan Viral @ Pasar Seni Kuala Lumpur

















Assalamualaikum wbt...

Dah lama menyepikan diri, bukan kerana takde idea cuma banyak kerja berganda-ganda. Lagi-lagi sibuk dengan penyediaan Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober 2017. Aku tak buat bajet tapi jaga makan je. Cukup la handle sorang diri. Sudah memadai. Tapi kena juga cari sorang lagi partner jika aku cuti kecemasan. Dah cukup 2 orang saje. 

Ok berbalik dengan tajuk post, pada 5 Ogos 2017 yang lalu, aku ke Pasar Seni kerana nak mencari kedai pinggan viral yang menjual pinggan mangkuk cawan yang cantik-cantik coraknya. Kat IG ramai pulak yang post. Tak boleh jadi ni, memang kena pergi. Aku suka corak-corak bertambah suka sebab harganya yang murah. Tapi aku beli 5 biji saja sebagai permulaan hehehe. Nanti boleh tambah koleksi lagi. Kat Kajang pun ada kalau tak silap.

Nasib baik dapat suami yang kaki jalan. So, tiada masalah la nak kemana-mana. Syukur Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...