27 September 2013

Jerebu Lagi

Assalamualaikum/selamat pagi..

Pagi ni bertugas di kaunter..Ramainya pemohon yang hantar borang teksi..hurmm..

2-3 hari ni, perasan tak Putrajaya macam kelabu asap je..tengok cuaca macam mendung je tapi bukannya mendung sebaliknya JEREBU datang lagi..

Patutlah aku semput semacam je..Aku aalah sangat dengan jerebu..SEMPUUUUTT sangat dada ni..

Rasa macam nak minta MC je kat doktor..tapi takdenya nak gi Klinik Kerajaan..sah tak dapat kan!! Nak pergi klinik swasta rasa macam buang duit la pulak..

Takpe la, selagi boleh bertahan, kita bertahan je..

**tengah hari ni nak ke KUD dengan member ofis..redah jugak la JEREBU.

25 September 2013

Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza
















Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza telah berlangsung pada 20,21,22 dan 24hb September 2013 di Istana Budaya.

Konsert ini sangat terbaik..Suara Siti sangat merdu...Aku pergi 21hb (sabtu). Thanks to Kak Zyee coz bagi tiket..terharu sangat..

Visit Malaysia 2014: Dutanya ialah Siti Nurhaliza..

kredit to #sitizoners #rozisangdewi #ctdk #designer 

24 September 2013

Bahasa Tangisan Bayi

  • Tangisan bunyi 'NEH' bermaksud bayi lapar.
  • Tangisan bunyi 'OWH' kerana bayi mengantuk.
  • Tangisan bunyi 'EAIRH' menandakan bayi anda kembung perut.
  • Tangisan berbunyi 'HEH' itu tandanya bayi tidak selesa (kebasahan).
  • Tangisan berbunyi 'EH' bermaksud bayi perlu disendawakan (ada angin).
 

23 September 2013

Memancing


Assalamualaikum/selamat pagi..

Nak cerita pasal hobi baru kami sekeluarga iaitu memancing. Kami memancing di Dengkil...banyak tasik dan sungai kat sana..seronok jugak..

Masa kami pergi memancing ikan kat satu tempat tu..aku jumpa pokok tembikai..alahai comelnya..kecik lagi..geram tengok..tak tau la ada orang tanam atau memang tumbuh sendiri di kawasan semak..

Minggu ni husband aku join pertandingan memancing Tasik Putrajaya..1st time join..Harap menang la kan..hihihi..

Next week pulak husband aku join Kelab memancing di Klang...(moga dapat bawa balik ikan yang banyak)...

20 September 2013

Musim Buah-Buahan Di Kampung [2013]-Episod Akhir






Anak buah jual buah depan rumah dekat bus stop..


Abang iparku yg sibuk nak bergambar jugak..kang jatuh kang baru tau



Kononnya..tengah timbang buah..

19 September 2013

Musim Buah-Buahan Di Kampung [2013]








Assalamualaikum/Selamat Pagi...

Ingin share dengan korang semua, gambar-gambar semasa di kampung husband pada musim buah yang lalu..

Buah durian dah habis musim kat Pahang..time raya puasa hari tu..memang puas la makan..

Ni gambar 2 minggu lepas...balik kampung sebab nak ambil buah dan panjat pokok..

Ada buah dokong, duku, langsat dan bidara(mata kucing)..

17 September 2013

Beraya Di Hulu Langat [2013]


Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Gambar raya masih tak habis upload lagi...Baru bernafas..Busy memanjang sepanjang 3 minggu berturut-turut. Sekarang baru rasa wat keje sebagai kerani..Sebelum ni rasa macam kerani+PAP+PRA semua ada..

Gambar di atas: Lokasinya di Hulu Langat. Pergi open house rumah Kak Roy. Lepas tu gi rumah member Kak Ani dan Abg. Aziz..Seronok suasana di kampung..suka..

Bila la aku nak tukar keje ke kampung halaman...tak sabar rasanya...NAK TUKARRRR..

12 September 2013

Open House Resepi Sangdewi


Assalamualaikum/Selamat Pagi...

Dah lama tak update blog..hari ni baru bernafas sikit setelah berminggu-minggu busy..tak bernafas rasanya..Orang lain tak tau, cuma orang yang berdekatan je tau camne kami ni busy sesangat..

Ok 6 sept 2013 (jumaat) lepas, ada 3 jemputan open house..Niza, Kak Norina dan Kak Zyee..

Yang sempat aku gi adalah rumah kak norina dan kak zyee je..pastu terus balik kampung kutip buah-buahan tempatan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...