31 March 2013

Capture From My Handphone



Merah+Hitam=Berani

I Like this colour.. Matching..

But, very blurrrrr.. It's ok.. hehehe..

Make up by #simplysiti #dermagic #lipcolor #nirmala

28 March 2013

Time To Karaoke





Karaoke di Music Box at Metropoint Kajang...

Saje menghiburkan diri..sekali-sekala takpe kan..Kat sini paling murah la aku rasa..Sejam RM9..Tak salah aku la..

**microfon nya ada dua..maka berebut-rebut la nak nyanyi..si Aqil pun sibuk nak nyanyi sama..terpaksa mengalah..kalau idok, mau meraung dalam tu..

Hasil Kerja Menggunakan Adobe Photoshop




Assalamualaikum/selamat pagi..

Gambar dia atas adalah hasil kerja aku dalam kursus grafik menggunakan adobe photoshop CS4.

Banyak lagi yang perlu belajar untuk memantapkan lagi kemahiran yang ada.

Semalam tamat la sudah kursus tersebut.. Alhamdulillah.. Baru dapat 4 hari berkursus campur dengan ceramah bulanan..Nak kena kutip lagi 3 hari.. Insya Allah ada nanti..

Lepas ni nak gi lawatan pulak..

26 March 2013

Kursus Grafik Menggunakan Adobe Photoshop

Kursus bermula dari 25-27 Mac 2013 di Aras 8, BPTM..

Pening kepala aku...Min pun sama..Meh la kita tenung je cikgu yang mengajar tu..hahaha

22 March 2013

Selamat Hari Lahir Buat Mak



Allah selamatkan mak,
Allah selamatkan mak,
Allah selamatkan mak,
Allah selamatkan mak....

Semoga mak panjang umur, murah rezeki, dan diberi kesihatan yang berpanjangan.

Maafkan aku jika terkasar bahasa..tanpa sedar atau sebaliknya..aku ingin yang terbaik buat keluarga kita..Miss u..

22 Mac 2013-59 tahun

Newborn - Anak Kak Su





Masih tak terlambat ucap tahniah kat Kak Su dengan kelahiran anak yang ke-4.. Semoga menjadi anak yang soleh..

Anak Kak Su, baby boy..maknanya sorang je bunga kat rumah..yg lain semua kumbang..hehehe

Kak Su bersalin kat Hospital Serdang pada 11.03.2013 (3 ptg).

Dugaan Hidup

Assalamualaikum/selamat pagi
Mesti ramai kawan-kawan terperasan kat status fb aku 3 hari lepas..

Aku melepas geram di fb untuk meluahkan apa yang terpendam... kalau nak tanggung sendiri, memang tak tertanggung..takut lain pulak jadinya..

Berdoa..itu sudah semestinya..

Tapi aku dah delete status tersebut..Dugaan ini sangat besar untuk aku terima..Aku redha..

Aku bukan nak aibkan sesiapa dalam hal ni..Itu kenyataan yang aku lalui bertahun-tahun..Dulu mak abah memang tak sukakan dia..tapi sekarang nampak berbeza..Mak abah tunduk pada dia..apa dia buat semuanya betul..Apa yang dia dah buat kat mak, abah, kakak sebenarnya?

Aku taknak la kerana dia seorang, keluarga kami hancur..

Jauhkanlah dari semua itu..

Kerana dia jugak la, aku berpantang di rumah mak mertua..time si kakak dan si abang, aku berpantang di rumah MIL..sebab aku memang tak boleh tengok muka dia..benci sebencinya..Aku tau mak terasa..

Bukannya itu keinginan aku pun.. Selagi dia masih bermaharajalela di rumah mak, keluarga kami takkan aman..Dengan adanya kawan-kawan,saudara mara,adik yang sokong aku dari belakang, aku jadi kuat untuk menerimanya..Bukannya aku taknak maafkan dia..Nabi pun ampunkan umatnya, inikan manusia.. Tapi dah berkali-kali buat..tak termaaf dah..

Sekarang pun abah dah buat keputusan untuk gadai tanah.. Abah pun dah gi bank untuk urusan tersebut. Nak halang pun dah tak boleh..Sebab tu tanah abah.. Kalau beria-ia sangat halang, nanti dituduhnya kita nak kan tanah tu..So, aku biar je la..

Dan aku harap dia bayar balik duit tu kat abah, walaupun aku memang sedikit pun tak percaya dengan janji manisnya tu. Kalau tak bayar, dia tau la langit ni tinggi rendah.. Dan harap ada black n white dgn pihak yang meminta wang tersebut.. Buat la buat di balai..biar ramai saksi..supaya pihak sana tak minta duit lg.  Harap sangat duit yang banyak tu  bukan plan dia dgn makwe nya..

"Mak, abah, kakak....aku minta maaf!!!" Aku akan cuba pulihkan keadaan..Aku janji.."

19 March 2013

JJCM - Restoran Perahu Pecah, Bangi










Assalamualaikum/selamat pagi..

Ok sebelum tu, nak bagitau semua, ini adalah gambar lama..Gambar bulan feb..(xde la lama sangat kan).

Ni makan-makan sempena menyambut Besday Aqil pada 28.02.2013 yang lalu..

Aku ni bukan suka sangat beli kek..tambah lagi nak meraikan majlis besday..ini bukan trend aku..sebab mak abah aku tak pernah ajar..so, menurun la ke anak-anak..

Aku ni pun kureng sikit dengan kek..setakat nak rasa sikit-sikit tu boleh la..

Kami meraikan besday Aqil di Restoran Perahu Pecah di Bangi..

Sambil menunggu makanan sampai, kami layan ragam besay boy dulu.. budak ni memang tak reti duduk diam..Layan kan aje la..

Kat restoran ni juga ada disediakan taman kecik..di letaknya buaian..burung merpati dan arnab..

Ok..babai

18 March 2013

JJCM at Satay Sahmuri Kajang

Afiq buat muka kelakar..









Dah lama rasanya tak ke Satay kajang Sahmuri....tiba2 hati tergerak nak ke sana..

ok layan je la gambar ni yek..

tak tau nak tulis apa dah..

14 March 2013

Orang Kuat PRG


























Sebelum bermulanya PRG di KL..Kami-kami semua bertungkus-lumus menyiapkan apa yang patut dilakukan bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar tanpa cacat cela..

Start 25 Feb till 1 March 2013 PRG berlangsung...Bos-bos aku semua ada di KL..Staff-staff je tinggal di ofis...Dalam pada kena tinggal..Jangan ikut kami ni MERDEKA..Jauh sungguh fikiran kamu-kamu semua ye..

Pelbagai amanat yang telah ditinggalkan..coz next week ada DTA pulak..nak kena wat memo itu ini, call caterer, call driver, ambil bendera at JPM and etc...

Ok..ok..ok..sebelum berlangsungnya PRG, kami-kami kena stayback..hahaha..Kena stayback sampai pukul 10.30 malam..(ngantuknya). Biasa pukul 10.30 malam, aku dah lena diulit intan.. Tapi demi kerja dan tanggungjawab yang diberikan, aku kena la buat kan.. Ini la lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa..(senarai tugas).

Apa yang aku buat sampai stayback malam buta?

- Kerja gunting-menggunting kertas utk dibuat nametag delegasi & LO, pasang tali, masukkan nametag yg siap digunting ke dalam plastik (banyaknya), masukkan note book, pen, dll ke dalam paper bgg dan banyak lagi la..(takyah citer semua).

Paper bag yang beratus-ratus tu akan dimasukkan ke dalam kotak besar.. 6 kotak besar semuanya..

Sambil-sambil tu aku layan radio online (TuneIn) kat handphone murahku.. Walaupun murah, banyak application yang boleh diinstall...ok tadaaaaa...

p/s: thanks you very much for noor n faizaL (walaupun unit lain tapi uolss sudi membantu kami)..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...