Kenderaan dinaiki tiga mangsa terjunam ke dalam sungai Tekal.
Tiga rakan karib yang dipercayai baru pulang berburu,
lemas selepas pacuan empat roda dinaiki mereka hilang kawalan dan
terjunam ke Sungai Tekal, dekat sini, malam kelmarin.
Kejadian jam 11.20 malam itu berlaku ketika kenderaan mangsa, Hamzah
Muhammad, 52 (pemandu); Abd Zahran Asran, 28 (penumpang hadapan);
kedua-dua dari Taman Sri Keramat dan penumpang belakang Roshaizad Abd
Rashid, 29; dari Kampung Lubuk Paku, dekat Maran melalui jambatan kayu
di Jalan Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling dekat sini.
Mereka dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kenderaan jenis
Cherokee yang terbabas sebelum terjunam dalam sungai sedalam dua meter
itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan
Zakaria Kassim, berkata siasatan mendapati, mangsa berusaha
menyelamatkan diri namun gagal sebelum tiga lagi rakan mereka yang
menaiki kenderaan berasingan mendapatkan bantuan orang awam termasuk
menghubungi polis.
p/s: Alfatihah..Semoga roh mereka dicucuri rahmat..2 org ni senior aku..satu sekolah aku di Maran..Dan sorang lagi ayah kepada member sama umur dengan aku..Takziah.