31 October 2012

Novel Sehangat Asmara Akan Didramakan


Salam..Pernah baca novel Sehangat Asmara ?.

Novel ini akan diadaptasikan ke drama sebanyak 30 episod..dan pelakon utamanya hero Adi Putra sebagai Zainal Arief dan Heroinnya Rita Rudaini sebagai Kamilia Najwa..Jangan lupa like fb OFFICIAL Sehangat Asmara ni Drama Sehangat Asmara (Adaptasi Novel) yang dikendalikan sendiri oleh penulis novelnya Aisya Sofea untuk mengetahui lebih lanjut tentang drama ini.

Sinopsis:

Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.


Tanpa diduga, Zainal munc
ul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?
 
Akan ditayangkan di Astro Mustika HD C134.

Afiq Nak Bela Kucing






Si Afiq nak bela anak kucing akinya...dia dah minta izin dari akinya..akinya pun mengizinkan..

tapi...

aku malas nak bela kucing..malas nak buang tahinya..aku nak bela arnab..

tapi...

arnab cepat besar la..aku suka bela anak arnab je..bila dah besar, aku dah tak nak jaga..

macam-macam la peel(perangai) ko ye deyna...
 

30 October 2012

What Stage Are You At Covering Aurah?


Untuk dikongsi bersama..Insyaallah moga terbuka pintu hatiku ini untuk menjadi seperti no.8..sebab no.7 tu pun x ok gak..sebab pakai seluar..mana bolehkan..???

Nutren Fibre - Vanilla Flavoured




Assalamualaikum/salam sejahtera..

Banyak tak daging korban kat rumah korang? kat rumah aku takde pun..aku tinggalkan kat rumah mak..so, mak takyah keluar beli lauk seminggu..hehehe..

Mesti korang tertanya-tanya kenapakah/mengapakah aku letak gambar susu tersebut?

ni susu yang mak mertua aku minum melalui tiub..mak mertua dah 3 tahun terlantar diatas katil..tak boleh makan, cuma minum je..tu pun melalui tiub..

Susu ni mahal tau..satu tin berharga RM74.90..sebulan memerlukan 4 tin..darabla sendiri ye..

kalau aku beli susu ni gerenti bangkrap...x cukup duit gaji..susu ni membuatkan badan mak mertuaku sedikit berisi walaupun tak makan apa-apa..

berlambak dah tin kosong kat rumah mak mertuaku..

"DOAKU SEMOGA MAK MERTUAKU CEPAT SEMBUH" 

29 October 2012

Jom Beli Produk Sophie Paris

Katalog Volume 7 - Cover Farah Fauzana (Fafau)

Wallet Neo Strap - Order by Kak Ros

Watch Couple Maldera - Order by Kak Linda

Watch Aara - Order by Anis

Necklace Romera - Order by Zam & Bracelet Lunetta - Order by Kak Aina

Honey Yogurt (Nourishing Mask) - Order by Kak Linda & yang lain tu for myself.. 

Tq kawan-kawan support aku... kalau rasa nak untung, jadilah ahli Sophieparis.  

More benefits..Less 20% n many more..Rebutlah peluang yang ada di depan mata anda..

Pendaftaran seumur hidup sebanyak RM15. Anda akan mendapat starter kit..

Berminat? PM or komen je OK..
 

Restoran Haji Sharin Low

Singapore Fried Mihun - RM7.00



Beef and tofu kang - RM10.00

Malam tadi gi jjcm...kononnya nak makan satay willy..tapi full da..parking dah dapat tapi meja penuh..

kami pun bla terus..cari kedai makan lain pulak

otw nak balik ke Putrajaya ikut Sg.Merab Bangi..ternampak la kedai ni..kami pun tiada pilihan lain...makan je la kat sini..

Ni kedai cina muslim tau...tiada government tax and service charge ok..

Alamatnya:

No.9 Lot 5072 Wisma ARMA,
Jalan Sungai Merab,
Pinggiran Putrajaya,
43000 Selangor.

25 October 2012

Salam Eid-Ul Adha


Assalamualaikum/salam sejahtera..

Selamat bekerja kepada yang bekerja macam aku...malam ni baru nak gerak balik kampung..rindu kat mak,abah dan adik-beradik di kampung..

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan salam eid-ul adha buat muslimin dan muslimat semua..

24 October 2012

Antara Binatang-Binatang Di Zoo Negara KL




  


Menjelajah Zoo Negara 2012







Assalamualaikum/salam sejahtera..

esok last day keje...jumaat dah raya aidiladha..balik kampung tak? aku n family balik ke Pahang. memang tiap2 tahun pun ke Pahang.. dua2 orang Pahang.. Anak jati Pahang..

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari lahir buat anak sulungku (Syuhada) ke-7 tahun dan tak lupa juga buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah sempena Ulangtahun Keputeraan beliau pada hari ini..selamat bercuti kepada mereka yang bekerja di Pahang..

Sabtu selepas habis majlis graduasi tadika kemas, aku terus ke Zoo Negara..dah lama nak bawa budak2 ni ke sana..setelah 4-5 tahun kot tak kesana..

Anak2 happy, mama dan papa bahagia...hehehe..

p/s: mama vogue sebab pakai belt..1st time berani kan diri pakai camtu..lagipun baju tu seksi sikit..buatnya angin tiup mau nampak body..tu pasal pakai belt..apapun kita kena berani..tul tak???

23 October 2012

Banana Choclate Smoothie Chatime


sedapnya..yum..yum..rasa cam nak buka kiosk je kat kampung..almaklum la kat kampung takde minuman camni..

Majlis Graduasi Tadika Kemas Putrajaya 2012











Tarikh: 20 Oktober 2012
Tempat: Dewan KKLW Presint 4
Masa: 8pg-12.30 tgh hari (janji melayu..memang takkan tepat waktunya..start pun dah hampir ke jam 9.30pg)

Sangat la tidak sesuai untuk mengadakan majlis besar seperti ini di dewan tersebut..tak dapat menampung jumlah yang hadir.. cuma 50% je dapat duduk dalam dewan manakala 50% lagi terpaksa duduk bersila di atas lantai di luar dewan...sedih nya tengok keadaan tu..

Masa kakaknya graduasi, tempatnya sangat selesa sekali...Ia diadakan di Dewan Jakim..Parcel D..semua orang boleh masuk dewan dan duduk dengan selesa..

Ni mesti pihak urusetia buat keje last minit or tak kira kehadiran ibubapa sekali cuma kira kehaidran anak murid je..kalau setakat anak murid je,,,boleh la duduk dalam dewan tu..kalau nak dicampurkan dengan ibubapa..memang tak muat..

Sekian, terima kasih..

p/s: tahun depan Afiq dah prasekolah...Syukur Afiq berjaya masuk ke prasekolah P9(2)..ramai juga yang tak berjaya...kakaknya pula dah masuk darjah 2 (2013)

19 October 2012

Wallpaper For My Tablet


Salam petang jumaat,

Busy sangat ke dari pagi sampai tak boleh nak update blog????toingggggg...

tak busy pun..readers semua..

Saje nak tunjuk wallpaper utk tablet aku..fanatik sangat..

Chicken Chop Dan Lamb Chop Di Uptown Puchong



Makan kat kedai kawan my husband...sedap..fresh je rasa kambing dia...macam baru sembelih je....kedia ni berada di tengah-tengah uptown Puchong..

18 October 2012

Karnival Sukan Anak Perantau



Karnival Sukan Anak Perantau Lembah Klang 2012 merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia, Perbadanan Putrajaya dan Persatuan Anak Negeri Pahang (PEKAP), Terengganu (PESAT), Kelantan (PAKATAN), dan Anak Johor.

Antara aktiviti sampingan ialah:
i. 'BIG SCREE' Siaran Perlawanan Akhir Kelantan VS. ATM pada 20 Oktober 2012
ii. JAMUAN RAKYAT bersama pemimpin.
Juadah Makan Tengahari untuk 3,000 PENGUNJUNG. Hidangan istimewa: Gulai Kawah / Kambing Goleh

Maklumat lanjut juga boleh layari di www.kbs.gov.my atau www.pekap.org.my.

Word Search


Assalamualaikum...selamat petang semua...

Busy (DTA) aku dah habis...yahoooooooooo..

pinggan vip yang baru je kami nak basuh...sudah siap dibasuh...siapakah gerangan yang basuh pinggan vip tu..ni mesti makcik cleaner...TQ auntie..

muka terkejut..masuk pantry..tengok pinggan dah dicuci..

Ok...petang2 ni jom kita cari perkataan nak tak???

ni website nya: WORD SEARCH

Yang kat atas tu aku create sendiri...saje suka-suka..takde keje..lepas ni nak create lagi la...

17 October 2012

En.Tan Kopitiam

Jalan-jalan cari makan kat Restoran En.Tan Kopitiam...terliur tengok Mia Sara makan dumpling sup dalam rancangan JJCM yang lalu

depan restoran

oh...luar dah mendung...nak hujan...

sib baik ada si abang..boleh harap jugak ambik gambar..


kakak dengan air milo tabur

si Aqil buat muka seposen lak

ruang dalam restoran

nasi goreng ayam

dumpling sup

asam laksa

Ais krim skop... 3 perisa...coklat,vanila dan strawberi

Ribena longan

Ice Blended

Mana yang guna GPS...taip je Jalan Rampai Niaga 6...ko akan jumpa la restoran ni..(Rampaisari business park, setapak, KL)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...