Kisah berlaku pada hari semalam..
Disebabkan si kakak dapat cuti berganti (isnin) kerana ada sukan pada hari sabtu makanya aku tinggalkan dia dgn si afiq kat rumah..malas nak bawa ke ofis, nanti diorang wat bising..marah dah bos kang.
Balik keje petang semalam,
terkejut den, bawa hangus terbakar..mesti budak ni main api kat dalam rumah. Kuat pulak bau hangit tu..Buka je pintu, terus je bau. Rupanya diorang main api kat branda rumah..dia bakar kertas..sib baik tak terbakar kain yang aku sidai.
Lepas tu, aku check kat dapur tengok apa pulak yg diorang buat. Diorang cuba masukkan kepala gas kat tong gas..mak aiii luruh jantung..berani sungguh..kita punya la cabut kepala gas..diorang boleh pulak nak sambungkan.. aduhhh duhh duhh!!
Lagi kes, si afiq melaporkan yang dia berdua keluar rumah..Sedangkan aku dah mangga gril tu..rupanya diorang keluar kat lubang2 gril tu..hisshh muat pulak badan diorang ni..takde makna aku kunci gril..bolos jugak..
Apa lagi...sakit jantung, sakit dada tiba2 rasa darah ni naik tinggi je..mendapat le budak berdua ni hanger ke badan..nak cakap banyak pun tak boleh..letih bercakap dah..so, kena la hukuman.
p/s: nasib baik mama korang ni bukannya darah tinggi, kalau tau mau masuk hospital kena tahan kat wad..silap gaya masuk ICU..mama korang ni low blood je..suatu hari nanti boleh jadi high blood kalau gini gayer nyer..