30 August 2012

Cuti-Cuti Cherating - Part 3








Hari ke-2 di Cherating..Tengahari nak makan satar pulak kat Kemaman.

Tunggu next entry ye..

Cuti-Cuti Cherating - Part 2









Assalamualaikum/Salam sejahtera

Happy nya...hari last day keje..esok cuti..yeahhhhhhhh

Ok, gambar di atas ni kami berada di Restoran (apakebenda namanya)x ingat la..kat Hotel Holiday Villa tu..semata-mata nak guna wifi je..hehehe

Mahal benor nasi ayam tu...RM16.90..sib baik ambik satu je..patutnya minum air je..aku order teh tarik n my husband order nescafe tarik..1 cawan air tu berharga RM9..kalau x silap la..mahal gilo kan..

Sekali seumur hidup kot. makan kat sini..

ok, layan next entry lagi ye..x habis lg

29 August 2012

Cuti-Cuti Cherating - Part 1







Assalamualaikum/Salam sejahtera..

Kejap je dah hari rabu..esok last day keje..jumaat dah merdeka..Jumaat plan nak ke Melaka..rumah nenek angkat Afiq..

Ok, merujuk kepada gambar di atas, aku sekeluarga, kakak keduaku sekeluarga, kakak sulung dan anaknya, mak, abah dan adik bongsuku ke Cherating selama 3 hari 2 malam..

Disebabkan abang iparku nak sponsor, maka wajib la pergi..hahaha

Orang beraya, kami bercuti. Ada aku kisah!!! Kami pergi ke Cherating pada raya keempat dan pulang ke Maran raya keenam..Berendam dalam swimming pool tak ingat dunia..maka kulitku agak terbakar..gelap sikit aku rasa..

Ok, sambung ke next entry yer..cauu

27 August 2012

Ceritera Aidilfitri 2012

Apa menu raya korang untuk tahun ni?

Memandangkan malam raya aku berada di rumah mak aku, boleh la aku sediakan menu special untuk raya ni.

Raya pertama:
Aku masak nasi minyak + ayam masak merah. Aku masak nasi minyak n then mak aku masakkan ayam merah..Bekerjasama...Abah aku jugak ada tempah lemang..petang puasa terakhir, mak masak la rendang..Memang tiap-tiap tahun abah tempah lemang..
Kakak aku yang sulung buatkan air.. Semua ada keje. Kakak kedua aku balik malam raya pertama..Kalau tak, mesti dia yang masakkan.

Raya kedua:
Kakak keduaku buat mee kari..Haa giliran dia pulak masak..lagi pun ada tetamu nak datang beraya..Kalau tak, mau aku hidang biskut raya je..Tapi sedih jugak..last-last kami tak dapat jugak jumpa sebab aku dah nak beraya ke Kuantan..Memang dah lama kami tak jumpa..Masing-masing sibuk..Kebetulan member husband ada datang beraya kat rumah mak aku so, boleh la hidangkan mee kari untuk dia n family..

Raya ketiga:
Aku dah berada kat rumah mertua..Memandangkan menu pagi diorang nasi lemak... n then diorang sibuk gi beraya..petang jugak aku masak for lunch..lapar perut. Aku masak simple je..dengan sibuk masak dan si Aqil wat perangai nak dukung je dengan aku..Aku sempat masak sayur bayam je..Terus aku pas kat husband masak sardin..Memang simple giler.. lagipun takde lauk dalam peti..aku gi Tunas Manja jap kononnya nak cari lauk tapi ayam nya dah lebam je, tak jadi nak beli..last-last aku beli sayur bayam dan cendawan je..lagipun ayah mertua aku berpantang,... tak boleh makan benda gatal..so, aku buat je la sayur air..

Raya keempat hingga keenam:
Aku gi bercuti kat Cherating..Abang ipar support sume..Sape tak nak pergi..Peluang tu..Rugi tak pergi orang belanja kan..Kami menginap di Holiday Villa Cherating.. Apartment 2 bilik RM600. Abang ipar ambil 2 apartment jadi 1 malam habis RM1200. Mahal giler.. So, kira sendiri la 3 hari kami menginap di sana..Nasib baik orang belanja..Rezeki dikongsi bersama..tu ayat abang ipar..Semoga murah rezeki..

Petang raya keenam:
Balik semula ke rumah mertua.. Ipar-ipar ku sibuk bersiap..Rupanya nak gi Kuantan..Ada kenduri sedara mara belah husband aku..(takde ajak pun) huhuhu.takpe tak kisah pun, kami dah bercuti kat Cherating..lagi best..So, sesi aku n family jaga rumah pulak..Malam tu teringin nak makan mee sup..Apa lagi kami beli kat kedai je la..Anak buah kirim nasi goreng ayam..lagipun dalam peti takde lauk..takkan nak masak sardin je..boring la. lagi pun ayah mertua takleh makan sardin..allergic

Raya ketujuh:
Abang ipar balik Kelantan dah..Terkena dan makan hati aku dengan ayat dia..Dia kata kalau rumah dia dah siap nanti (kat sebelah rumah ayah mertua aku) boleh la makan masakan panas hari2..Perli aku tu kan..Sabar..selagi boleh bertahan..ni kes aku beli makanan hr tu le..
Pukul 10 pagi aku balik rumah mak aku. Aku call member ajak datang rumah. Aku masak bakso wat member-member yang dah lama tak jumpa walaupun sebelah rumah mak aku je..

Raya kelapan:
OTW Balik Putrajaya...tayar kereta pulak bocor kat highway..nasib baik husband boleh tukar sendiri tayar kereta..

Gembira bersulam sedih..Kecik hatiku setelah disindir..nak pendam sendiri rasanya tak boleh so, aku luahkan kat pembaca blog aku je..husband aku pun tak tau..malas nak bagitau..

Aidilfitri 2012



 Papa dan Aqil

 Kami berlima..hehehe

 Mak dan abahku

 Aku dan adik bongsuku


 Mak, abah dan 4 orang adik-adikku..



Aku, Mak dan Aqil

Adik, Mak dan Abah



 Perut buncit sebab makan lemang banyak sangat


Ni gambar Raya ke-2. Beraya di Kuantan (rumah member husband).
Masa ni kat Teluk Cempedak Kuantan..lepak2 sebelum balik rumah..

Tema raya tahun 2012: 
Pink+Purple..husband je lain, dia pakai jubah hitam..lari tema sikit

SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN.

p/s: gambar tak lengkap sebab gambar kakak2ku takde dalam ni..

15 August 2012

Kantoi

Apa cer ni??

kantoi pasal apa?

kantoi dengan sape?

haha...

kantoi makan depan bos di bulan puasa..walaupun makanan ada dalam mulut..camne bos perasan pun aku tak tau..

rasanya dah habis cover baik punyer..mesti pipiku kembung kot..so, nampak cam ada makanan..makanya, memang aku tak boleh puasa hari tu..

dah la kantoi dengan bos laki..maluuuuuuuuuuu..siut..

kebetulan ada roti dalam mulut aku..takde la banyak pun...sikit je..elok je aku lalu..dia pulak bukak pintu..aku pun senyum..pastu dia senyum lain macam..dah kantoi..

Mampu or Mampus ?


14 August 2012

Kad Raya Dari Deyna



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dari deyna sekeluarga..

Ku pohon sepuluh jari memohon kemaafan di atas salah dan silap yang selama ini secara sengaja atau sebaliknya..

mood: nak cuti dah, kalau boleh hari ni nak balik kampung tapi apakan daya cuti tinggal beberapa hari je..nak kena pandai simpan cuti..lambat lagi bulan disember..takut ada emergency je...

Miss U Aqil...mama tak sabar nak balik jumpa Aqil..
 

13 August 2012

Cuba Anda Kira !!


Assalamualaikum/salam sejahtera...Salam isnin,

Mood minggu ni masing-masing hati dah kat kampung..Jumaat ni aku balik Pahang..tiap-tiap tahun memang balik Pahang..Sebab my husband pun orang pahang dan satu daerah..lain-lain kampung je..Dia duduk betul-betul kat kawasan kampung manakala aku duduk di taman..rumah dekat-dekat..rumah dia jauh-jauh antara rumah lain..

Ok, daripada asyik memikir pasal raya, jom kita uji minda sikit..Tajamkah minda anda itu??

Berapakah jumlah yang anda lihat dalam gambar di atas??

10 August 2012

Sesi Memasak : Kuih Cek Mek Molek


Last week...friday

AKu n the geng wat kuih cek mek molek..jumaat kan rehat panjang..so, sempat la nak mengulinya..

Senang je wat kuih ni..terlebih tepung alamaknya keras la kuih ko..so, pandai-pandai la bajet ye..

Nasib baik kuih ni lembut dan gebu..wahhh..sedap di makan..berulang kali..lepas satu-satu aku makan..sedap.. 


09 August 2012

Tukar Duit Raya


Hari ni baru aku ada kesempatan nak tukar duit raya..Korang dah tukar lama kan..

Ramainya orang kat bank tadi..Ye la, masing-masing nak raya kan..nak bagi anak buah duit raya seperti tahun-tahun yang lalu..

Anak buah aku ada 3 orang je..itu belum campur lagi dengan adik-adik aku yang masih dalam tanggunggan mak abah..tu dah 2 orang..campur pulak dengan anak-anak sepupu/saudara mara..hahaha..pandai-pandai la kasi duit raya ikut kemampuan ye..Jangan ikut orang sudah..Orang bagi RM10, ko pun nak bagi RM10 sedangkan ko tak mampu..

Lepas raya mula la kena tahan perut sebab duit untuk raya dah nipis..Poket pun sudah kering...Beringat ye kawan-kawan..

Gaji bulan ni 13hb...gaji bulan depan pulak 25hb..So, pandai-pandailah berjimat cermat.. Duit cepat je mengalir macam air..Nak bayar tol, isi minyak, beli barang dapur kat kampung dll..Kita yang bergaji cukup-cukup makan ni janganlah boros sangat..

BERINGAT TAU..

Siti Bersama Suami Dan Anak-Anak






Cantikkan..combine warna merah+biru...

tahun ni aku combine warna ungu+merah jambu..

Hari ni Siti dan suami berlepas ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah..

Selamat kembali dan pulang ke tanah air..dan membawa berkat. Amin..

Maid Siti Nurhaliza

#untunglah kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...