07 September 2011

Cek Pertama Dari Nuffnang




Syukur Alhamdulillah keatas segala rezeki yang diturunkan oleh-Nya.

Terima kasih juga pada Nuffnang yang sudi memberi aku cek ni.

Walaupun sedikit je yang aku dapat, aku bersyukur dari tak dapat langsung..KAnnn..

***Rajin-rajin lah baca Surah Al-Waqiah setiap malam..Insyaallah dimurahkan rezeki anda tu..

Solat jangan lupa pula, itu tiang agama kita (org Islam).

***Muah 100x...sayang nuffnang..

06 September 2011

Sekawan Diburu Penculik


Buku ni aku jumpa kat kampung...Apa lagi..aku pun cilok la..Nak baca semula citer ni..Dah lama tak baca buku cam ni..Sekarang asyik layan majalah hiburan, keluarga je dah..

Koleksi dari penulis terkenal Eric Blyton's...Ada ke lagi buku yang berharga camni.???
Kalau ada, aku nak borong.

23 August 2011

Sedekah Meningkatkan Keberkatan Rezeki

Orang beriman tak takut belanja harta mereka bagi meringankan beban golongan memerlukan.

KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”.

Kisah ini menegaskan pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Cara mendapatkan keberkatan daripada Allah, antaranya:

Bersyukur atas apa yang diberikan Allah.

Belanjakan harta pada jalan diredhai Allah

Berusaha cari rezeki halal

Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan beri sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

Bersedekah kepada anak yatim, miskin, jika boleh setiap hari. (Cari anak yatim untuk diberikan) kerana dengan izin Allah akan diganti tanpa kita sedari.

Ikhlaskan pemberian, sedekah hanya kepada Allah bukan mengharap pujian (pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

Hulurkan pemberian sunat secara rahsia tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.


Konsep sedekah: Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam al-Quran (surah al-Imran ayat 92).

Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat, bukan untuk dunia)
Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan).

Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 saja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amanah.
Peniaga amanah akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa.

Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.

Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.” Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).”

Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.” Dan sabdanya lagi: “Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.”

Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui.

Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim.

Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba.

Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)

Rencana disediakan oleh Penulis Khas YaPEIM.

Fadilat Bersedekah


Sedekah ini fadilat utamanya ada tiga iaitu rezeki murah, dapat menolak bala dan panjang umur. Sebabnya, apabila kita bersedekah, penerimanya akan mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda penghargaan kepada Allah dan juga kepada manusia yang memberikan sumbangan. Ini juga dijelaskan dalam hadis yang bermaksud, “ Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani.”

Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.

19 August 2011

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar


Malangnya ada di kalangan masyarakat kita pula mengisahkan cerita Lailatul Qadar yang tersilap yang boleh membawa kepada kurafat berkenaan tanda-tanda malam Lailatul Qadar diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menggonggong, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.

Ini kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang mendukungnya.

Bagaimanakah tanda-tanda yang benar berkenaan dengan malam yang mulia ini ? Nabi Muhammad SAW pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ”

(HR Muslim)

1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.

2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.

Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.

3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan), Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.

Hendaknya memperbanyak membaca doa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى pada Lailatul Qadar:

Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:

Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.

4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

31 July 2011

Salam Ramadhan


Kepada pengunjung blog deyna83..

Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah berlaku

atau terkasar bahasa kepada kamu semua...

Dan memanjatkan kesyukuran pada Illahi kerana dipanjangkan umur...

"Selamat menjalani ibadah puasa"

***Jangan membazir yeaa...sederhanalah dalam apa jua perkara yang kita lakukan..

Niat Puasa

Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Buka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Kelebihan Bulan Ramadhan

Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul r telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya :

1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran :

Allah berfirman :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿

Maksudnya : "Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.."

[Al-Baqarah : 185]

2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr :

Allah berfirman :

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan ” [Al-Qadr : 1-3]

3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka

Nabi r bersabda :

[ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ]

Maksudnya : ” Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]

KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa :

Nabi r bersabda :

[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]

Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga :

Nabi r bersabda :

[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]

Maksudnya : ” Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga “

[HR Al-Bukhari : 2637]

24 July 2011

Warna Mengikut Hari

  • PUTIH (Isnin)

Putih mewakili kesemua warna di dalamnya. Ia adalah lambang penyembuhan menerusi gabungan tujuh warna yang terdapat di dalamnya. Ia menjadi warna pilihan pada hari pertama kita iaitu pada hari isnin.


Pilih pakaian berasaskan warna putih kerana ia mempunyai tenaga luar biasa untuk memulihkan tenaga dan mood pada hari isnin. Biasanya, hari isnin menjadi hari yang agak suram dan agak bosan untuk ke tempat kerja. Jadi, pilih pakaian berasaskan putih namun tidak perlulah segala-galanya berwarna putih. Cukuplah kalau ada warna putih menjadi warna asas pada hari itu.


  • MERAH JAMBU(Selasa)

Ia adalah warna yang lembut, romantis dan menyegarkan. Ini kerana pada hari Selasa sering dikaitkan dengan sesuatu yang kurang baik seperti terlalu emosional, cepat marah dan sebagainya. Jadi, warna seperti merah jambu bukan sahaja mempunyai aura yang romantis tetapi mempunyai tenaga menyeimbangkan emosi anda.


  • BIRU (Rabu)

Biru juga adalah lambang penyembuhan serta dikaitkan dengan keberkesanan komunikasi. Ia memberi kesan terhadap komunikasi. Ia memberi kesan terhadap komunikasi yang baik kepada individu berkenaan. Maknanya, segala-galanya akan berjalan lancer kerana hubungan komunikasi anda agak baik pada hari itu.


  • KUNING ataupun JINGGA (Khamis)

Ia adalah kategori warna yang penuh godaan yang membara, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual untuk wanita. Ia menjadi wanita lebih menggoda dan sesuai untuk para isteri untu memberi signal yang baik pada para suami di malam jumaat!


  • HIJAU (Jumaat)

Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan mendamaikan kepada sesiapa sahaja. Pilihan warna hijau memberi satu sentuhan yang cukup baik untuk wanita terutama di hari mulia umat Islam.


  • MERAH (Sabtu)

Hari untuk enjoy bersama rakan mahupun keluarga. Penat bekerja, inilah masa untuk bersantai dan berhibur. Pilihan warna merah pasti menyemarakkan mood di malam minggu dan pastinya lebih hot!


  • HITAM (Ahad)

Seperti mana putih, hitam juga ada azimatnya. Ia mampu menyimpan tenaga sepanjang enam hari anda. Ia ibarat anda mengecas semula tenaga anda untuk memulakan hari baru anda pada minggu berikutnya. Selain elegan, hitam mempunyai tarikan tersendiri kepada pemakainya.

22 July 2011

Earning Nuffnang-1


First time....

Nak tebus duit nuffnang a.k.a bonus raya la..

Tak banyak mana pun...

Sebab blog ni tak popular pun..

Sebab tu sikit je..

Takpe la dari takde kan..

Rezeki jangan ditolak..

Lepas la beli kuih raya..

Bonus untuk kakitangan kerajaan tak tau la ada ke idooookkkk...

Kita tengok je la Kerajaan kita prihatin ke tak yerr...

***Bila nak dapat ribu riban cam kakred yoppppppp...sedap shopping kalau gitu..

Thanks nuffnang...

Moody

Salam Jumaat...

Masih dalam keadaan yang tidak sihat...

Tapi masih gagahkan diri untuk bekerja.

Moody bukan sebab apa...

Masalah yang sama...

Fail...fail...fail...

Berapa bulan sekali la nak tukar kedudukan..

Tak larat dah..

Mau mati dalam timbunan fail la agaknya nanti..

Pagi-pagi buta dah sibuk wat list baru....

Benciiiiiiiiiiiiiiiii..

Aku wat list fail ikut kesenangan aku...Sebab yang cari failnya adalah AKUUUUUUU..

Ni pegawai nak cara dia...Aduiii

Patutnya bersyukur la sikit aku ada list..

Kalau aku tak wat langsung....PADAH la...

Langsung tak jumpa fail...

Biasanya aku key-in fail ikut Vol. yang latest la...

Yang latest aku letak depan2...

Sejak zaman Mr.John lagi dah gitu...

Tapi zaman dah lain...

Nak list fail ikut negara pulok...

Tu la keje yang tak habis-habis...

Dok pindah2 fail je kejenya...

Takpe lepas ni...dah settle aku wat list...

Aku nak forward kat pegawai2 aku..

So, lepas ni...boleh cari sendiri...jika aku cuti,el,MC yo..

takyah minta no.fon aku dah kat sape2...

Sama je...

Kalau dapat no.fon aku pun..

Macam la aku ingat..

Senarai fail bukannya ada dalam OTAK aku..

Semuanya ada kat dalam PC aku..

Dan lepas ni...senarai fail ada kat semua pegawai aku...

No Reason dahhhhhhh...

20 July 2011

Kertas Kerja










sempoiiii...nyer

malas betul nak present kat depan...

bukan 1, tapi 2 kena present tau...mak aiii..x suke nya..

walau x suke...aku hadir 100% kursus tersebut.

No ponteng2x la..

Doa Untuk Anak Nakal

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.

Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -

“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI”

dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.

16 July 2011

Kursus Ms Powerpoint 2007/2010 (Intensif)

Peserta Kursus Microsoft Powerpoint 2007/2010 (Intensif)

Me n Tenaga Pengajar

Pn.Shery n Tenaga Pengajar.

Kursus ini berlangsung selama 3 hari..

11-13 Julai 2011.

06 June 2011

Hari Pertama Aqil Ke Taska


Hari ni merupakan hari pertama Aqil tinggal di Taska.. Camne la agaknya...Harap-harap dia ok kat sana sebab ramai kawan. Tengah hari nanti mama turun ye Aqil...Jangan nangis-nangis..Tengok pengasuh kat bawah..muda-muda belaka...Harap boleh jaga baby kat sana macam anak sendiri ye...

16 March 2011

Thank You Allah

Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihani ku. Apa yang ku rintih pada entri sebelum ni telah termakbul.

Petang tadi mak aku call gitau yang dia tengah otw nak gi rumah aku. Syukran..syukran. Terkejut gak aku. Seolah dia tau cam aku sangat memerlukan dia disaat ini. Mak aku call bukannya dari rumah malah dah setengah jam perjalan ke rumah ku. Mak aku call kat Temerloh dah tumpang pak sedara aku yang nak balik rumah dia kat Rawang.

Boleh la aku rest sikit badan aku memandangkan mak aku ada kat rumah aku. Mak datang dengan adik aku. Ayah aku tak suka jalan sangat lagi-lagi kat bandaraya besar. Kalau mak aku datang pun mesti naik bas je. Lagipun ayah aku busy di kebun. Lagi la di taknak datang. Takpe mak datang pun dah ok. TQ Allah.

08 March 2011

Rahsia Kasih Sayang & Tarikh Lahir


Yeahhh!! Memang pasangan ideal aku bulan november..
Banyak yang betul kat dalam list tu..hehhee

19 February 2011

Keratan Dari MH

Ni media hiburan lama. Saje upload keratan ni. Wat kenangan. MH ni ambik secara rawak je dalam fb.

Juara!!!

Kejohanan tarik tali sempena Hari Wilayah 2011 di Dataran Merdeka pada 13 Februari 2011 (Ahad). Cuaca tak mengizinkan ketika itu. Hujan lebat. Final terpaksa dilakukan pada pukul 7 mlm.

Tarik jangan tak tarik..Sia2 je training kalau tak menang. He..he..he.

Berkat training hari-hari, team my husband jadi Juara. Syukran..syukran

p/s: copy dr fb orang lain..my husband tak bawa kamera..

18 February 2011

Akulah PIC Pantry

Gambar selepas direnovatekan..Belum siap lagi tu, baru 50%. Tapi minggu ni dah settle semuanya. Tak sempat nak snap gambar memandangkan dah banyak cawan kat atas sinki tu. Tak tau sape punye keje. Tak sempat nak mengelap segala bagai. Diorang ni tak sabar nak wat sepah lagi.

Minggu ni baru siap 100%. Dah ada pintu kat bawah sinki tu, comel la sikit. Tapi comel pun, kalau kat atas bersepah comot gak. Aku takleh nak wat apa-apa. Ni keje manusia. Maybe perangai kat rumah di bawa ke ofis gak. Suka sepah-sepah, rendam-rendam cawan yang dah berkulat. Tu dah jadi tabiat diorang kot. Cuba gi terjah kat rumah dia, mesti sama je cam kat ofis ni.

Nak kata kecik, tapi dah besar. Malah, kebanyakkannya dah kawin pun. Tapi masih berperangai budak kecik. Memang PIC Pantry la jadi mangsa keadaan untuk mencuci segala bagai yang dah berkulat itu. Suka simpan cawan lama-lama kat tempat. Selagi tak berkulat, selagi tu la tak di bawa ke pantry. Lagi-lagi bila nak 5S, bertimbun-timbun cawan kat pantry, tak tau dah nak susun mana. Mana datang cawan banyak-banyak ni pun aku tak tau. Jatuh dari syiling kot.

Sebelum direnovatekan, semua barang dipunggah keluar. Barang-barang ni semua dari kabinet kat sinki tu la. Orang nak wat keje ni pun bagitau last minit. Dah pukul 4.30 petang baru cari aku. Tak pasal-pasal kena balik lambat. Nasib baik ada kak aina dan hasanah tolong punggah-punggah barang. Kalau aku sorang mau pengsan dibuatnya.

He..he..he..padan muka tak boleh makan kat pantry. Semua barang aku letak atas meja makan. So, kena makan kat kafe la ye. Tapi semalam aku dah basuh semua cawan kat atas meja makan tu. Wat sorang-sorang sudah. Ingat hari ni nak settlekan pinggan mangkuk pulak. Ikutkan hati nak letak je terus dalam kabinet, tapi memandangkan habuk-habuk simen yang banyak, terpaksa la aku basuh gak. Ishk..Ishk...Cian PIC. Dah la sorang je PIC pantry. Ku telan segala kepahitan itu. Dulu PIC pantry ada 2 orang. Eh..silap-silap, gambar je ada 2 sorang. Tapi yang wat keje sorang gak.

Masih tak buang gambar orang itu walaupun dia dah lama tukar. Yang interpremnya 2 orang, tapi wat keje sorang gak. Manusia macam-macam perangai daaa,..Walaupun tempat duduk dia hanya bersebelahan je ngan pantry, tapi orang masih cari aku gak kalau bab-bab pantry ni. Hangin seluruh badan. Nasib baik ada sifat sabar dalam diri. Dulu si baiti ada kat atas dialah yang tolong bila nak 5S tu.Tapi sekarang wat sendiri je la. Malas nak kerah tenaga orang lain.

p/s: kalau boleh nak kemaskan pantry ni sebelum aku cuti bersalin.

11 February 2011

Fridget Magnet




Aku suka sangat kumpul pelekat ni. Lagi2 yang macam gambar di atas tu. Hari tu aku gi downtown kajang aku beli 4 pelekat dengan harga RM10. Ok la kot harga tu. Lebih kurang kat GM je.

09 February 2011

Tragedi Tanah Runtuh


Kejadian yang tak dapat dilupakan oleh penduduk disini. Pagi buta bunyi seakan bom meletup yang teramat kuat. Masa tu tak tau ape yang berlaku. Beberapa minit lepas tu, ade orang wat announce suruh turun dari blok dengan kadar segera dan alihkan kenderaan kerana tanah runtuh. Pastu bunyi siren kereta polis.

Masa tu aku tengah sarat mengandung anak ke-2.Pe lagi, aku n family bersiap2 utk turun. Cuma bawa dompet je.Itu yang paling penting.Keadaan manjadi riuh.Husband aku dah risau ngan kereta dia, kot2 la tertimbus dek tanah ke. Cepat2 gi kat kereta. Tanah yang runtuh tu memang hampir2 dengan kereta aku. Pe lagi, husband aku cepat2 alihkan. Banyak kereta yang tertimbus. Apa boleh buat, dah memang tempat parking kereta.

Dalam pale otak aku, cuma memikirkan keadaan rumah je masa tu. Diorang kata tanah retak, kemungkinan blok akan runtuh..Waaaa banyak barang kat rumah tu, kalau blok tu runtuh.Hari semakin cerah, ramai orang kat tempat kejadian. Tak lama tu polis halau suh duduk jauh2. Orang nak wat keje. So, aku dan penduduk kat situ gi beralih tempat lak. Kitaorang duk kat tepi jalan dekat ngan klinik. Duduk la beramai2 kat situ.Tetiba perut lak wat hal..biasa la pagi2 kena sarapan dulu, sib baik bawa dompet pe lagi, gi makan roti canai kat kedai mamak la.

Selesai makan, gi balik semula kat tempat orang berkumpul tu. Mata mengantuk lagi sebab bangun awal. Aku pun tido la dalam kereta. Ala tido2 ayam je. Dalam beberapa jam kemudian, semua penduduk diarahkan gi kat dewan Presint 9 untuk berteduh. Aku dah risau, Ingatkan kena berumah kat dewan tu beberapa hari. Sib baik kejap je. Masa kat dewan to diorang ade bagi sumbangan la skit. Sumbangan ape yek?? Toto la. Pastu ade khabar gembira, semua penduduk boleh menginap kat kuarters Presint 14. Rumah baru, x buka lagi..hehehe. Dapat la duduk kat situ dalam 2 minggu.

Dapat je kunci rumah Presint 14 tu, ramai la penduduk naik rumah asal ambik kain baju. Ade gak yang bawa peti, mesin basuh bagai. MMM..Aku je sempoi..cuma bawa baju dan iron je. Baju kurung wajib bawa sebab nak gi keje kan. Takkan pakai seluar jeans pulak. Settle semuanya. Aku terus je berangkat gi rumah tumpangan sementara tu. Masuk2 je rumah, ala nak kena mop lantai pulak. Gi la kedai jap cari mop dan penyapu. Esok tu, dapat sumbangan lagi berupa wang tunai.Kira lepas la untuk makan.

Keadaan yang tak selesa selama 2 minggu itu berakhir setelah diberitahu bahawa penduduk boleh pulang ke Presint 9. Happy tak terhingga. Syukur Alhamdulillah blok tu masih dalam keadaan baik. Hingga la sekarang. Tempat tanah runtuh tu pun telah di simenkan. Wassalam..habis sudah citer lama..Kenangan yang tak dapat dilupakan.

p/s: tengok la gambo kat atas tu..Kereta tu masih berada disitu hingga ke hari ini menyebabkan aku selalu teringatkan kisah lalu.

Tahun: Mac 2007 (betul tak) kalau tak salah la. Sebab anak ke-2 aku lahir pada April 2007..Kira betul la tu.


27 January 2011

Ayat Ruqyah


Dengar MP3 RUQYAH SYARIAH sehingga tamat menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Perhatikan setelah selesai :

  • denyutan jantung makin kencang
  • badan begegar
  • ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  • mengantuk/menguap
  • batuk
  • gelisah
  • panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom di atas, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda. RUQYAH MP3 amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yg mengalami gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita.

Selain itu pesakit kena juga baca banyak-banyak baca dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (Surah Taha, ayat 1)

Kesannya selepas baca zikir itu adalah kita akan sendawa… Kira jin-jin dalam badan tu sakit dan kepanasan..Dengan mendengar MP3 ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-

  • Fikiran runsing/jiwa gelisah/khayalan
  • Pembatal Sihir (Saka/Santau)
  • Pagar Rumah (Pengusir Jin & Syaitan)
  • Ketenangan Rumah tangga
  • Anak-anak meragam/menagis tengah malam
  • Penambat kasih sayang antara anak/ibubapa
  • Pendarahan berpanjangan bagi wanita (istihadah)
  • Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran MP3 Ruqyah

Cara Menggunakan MP3 Ruqyah

Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya di dalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan mp3 ruqyah ini 3 round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3 kali dan al insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan mp3 ruqyah ini 3 kali sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

No Nama Surah Juzuk Ayat

  • Al-Fatihah 1 Seluruhnya
  • Al-Baqarah 1 1-5
  • Al-Baqarah 1 102
  • Al-Baqarah 2 163-164
  • Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
  • Al-Baqarah 3 285-286
  • Ali-Imran 3 18-19
  • Al-'Araf 8 54-56
  • Al-'Araf 9 117-122
  • Yunus 11 81-82
  • Toha 16 69
  • Al-Mukminun 18 115-118
  • As-Soffaat 23 1-10
  • Al-Ahqaaf 26 29-32
  • Ar-Rahman 27 33-36
  • Al-Hasyr 28 21-24
  • Al-Jin 29 1-9
  • Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
  • Al-Falaq 30 Seluruhnya
  • An-Naas 30 Seluruhnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...