18 January 2017

D'Warung Bawal Bangi


Siapa pernah makan kat sini? Bagi korang sedap ke idok?

Bagi aku ni memang lauk yang sempoi dan sedap. Dulu kedai ni kat tepi jalan je, pastu tetiba aku tengok dah roboh. Tertanya juga la, kenapa kedai ni roboh. Dirobohkan ke apa camtu la asyik tertanya. Di lain hari, aku ke kedai Roti Canai Bukit, tetiba nampak kedai bawal ni kat sebelah je. Syukur sangat ada lagi kedai ni rupanya. Makanan di kedua-dua kedai ni memang sedap. Tak cuba, tak tau. Pi cuba sendiri. Tekak lain-lain.

Yang mana tak tau di manakah lokasi kedai tersebut, kedai ni depan sikit je dari simpang Village View Bangi. Drive slow-slow je, kang terlepas simpang pulak. Dan sebelum kedai Sup Gearbox. Kedai atas bukit. Full aje parking kat situ. Tapi pandai-pandai la ye. Tepi jalan pun full. Ok boleh bayang tak kat mana? Ce try gi...Harga berpatutan. 1 set kalau tak silap RM6.50...kalau x silap...aku lupa. Aku ni seorang pelupa.

4 comments:

  1. roti canai bukit tu memang tau sangat tapi tak pernah cuba pulak d'warung bawal ni lagi...bole cuba ni, thanks kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...roti canai ke, mee rebus ke mmg sedap kan kat situ...Warung Bawal pun sempoi je lauknya..sambal belacan dia pun sodap..

      Delete
  2. OOO dia pun dah makan bawal goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kali dah repeat...sedap hingga menjilat jari gitu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...