28 October 2016

Meet & Greet Bersama Pelakon Suri Hati Mr. Pilot







Assalamualaikum/Selamat petang...

Aktiviti minggu lepas, kami pergi Meet & Greet bersama pelakon Suri Hati Mr. Pilot di MPH Nu Sentral. 1st time datang ke Nu Sentral. Nasiblah ada waze.

Cantiknya alahai si Neelofa aka Warda tu weiiiii....sesuai pulak dengan Fattah aka Ejaz. Bagai pinang di belah dua gitu. Ramai sangat peminat fanatik kat situ...Sampai bertolak-tolak la..Keadaan yang tidak terkawal, akhirnya para pelakon terpaksu di masukkan ke bilik rehat buat sementara waktu bagi keadaan reda.

Selepas 30 minit gitu, pelakon-pelakon datang semula ke tempat M&G. Aku dan anak-anak cepat duduk kat kerusi yang ada. Bila tengok semua bangun dan naik atas kerusi, aku pun sama naik la..Nak ambil gambar punya pasal...

*** ce cari aku kat mana dalam gambar paling atas tu...

13 October 2016

Sunset @ Pantai Kelanang, Banting


 








Assalamualaikum/Selamat petang....

Bulan lepas, untuk mengisi masa terluang kami ke Pantai Kelanang, Banting. Sungguh terkejut melihat air laut tengah pasang. Tingginya mak aii. Ombak bergelora menghempas pantai. Memukul pantai sekuat-kuatnya. Air laut dah sama tinggi dengan tebing.

Rupanya keadaaan laut pasang juga berlaku di tempat-tempat berhampiran sehingga berlaku banjir kecil. Ikutkan hati nak balik je. Perasaan takut menghantui seolah-olah macam nak tsunami. Sebelum balik, aku rakamkan sedikit video dan gambar untuk tatapan pembaca blog i.

04 October 2016

Jogging Di Kelab Tasik Putrajaya #1







Assalamualaikum/selamat pagi....

Bertemu lagi di bulan Oktober 2016. Semoga pembaca-pembaca blog ini diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dilindungi Yang Maha Esa. Aamiin

Bulan lepas, kami berjogging di Kelab Tasik Putrajaya. Bukan nak kurus tapi nak sihat. Rasa badan ni macam lemau-lemau je.

Mula-mula nak start tu memang semput la. Jarang-jarang sekali berjogging. Gitulah gayanya. Kena amalkan selalu untuk hidup sihat dan kuat. Tak gitu.

Wassalam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...