29 January 2016

Restoran Lotus Mengecewakan!











Assalamualaikum/Selamat pagi,

Selepas penat mandi-manda kat I-City Themepark, kami bercadang nak dinner di tepi pantai/pelabuhan. So search la kat waze. Ok dah jumpa. Kami dah biasa makan kat Restoran Muara Tanjung Harapan dan kami nak la cari tempat baru pulak. Rupa-rupanya bila tamatnya perjalanan dengan menggunakan waze, tempat nak kami nak pergi dekat je dengan Restoran Muara..So kami try la kat Restoran Lotus pulak. View cantik tapi kabur sikit macam ada jerebu gitu. Order punya order, sampai la makanan kami. Terkejut siut tengok ikan siakap stim limau...Nape rupanya begini???? Macam singgang je!!! takpe, kami rasa dulu...Oh kurenggggg!!!!taktau la nak cakap camne rasanya..Habis hilang selera...

Bila time nak bayar pulak, perghhh mahal siut.. Ok la... ini pertama dan terakhir la kami makan kat sini. Tak tau la tekak orang lain macam mana kan.. Lain tekak, lain rasanya kan... So, sape nak cuba tu tak salah pun..

28 January 2016

Kelip-Kelip Kampung Kuantan & I-City Water Themepark




















Assalamualaikum/Selamat petang...

Tak habis lagi bercerita pasal cuti hujung tahun 2015. Entri sebelum ni, kami ke BNO . Lepas ke BNO, kami ke Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Budak-budak ni excited nak tengok kelip-kelip. Dulu kat kampung aku ada kelip-kelip, tapi dah lama dah takde...Dah merantau jauh kot kelip-kelip tu. 

Bayaran tiket untuk 1 bot ialah RM50. Alhamdulillah, kami sampai awal so tak panjang sangat la beratur.. Tapi bila selesai kami meronda-ronda naik bot. Masya Allah panjangnya la orang beratur. Termasuk la pelancong asing. 

Suka betul budak-budak ni dapat pegang kelip-kelip. Geram tengok lampu kat bontot kelip-kelip tu.

Malam ni, kami bercadang nak tidur kat homestay or hotel bajet je...tapi memikirkan nak jimat punya pasal, kami tidur kat rumah kakak aku di Klang je. Lagipun dekat je rumah dia. Sebab planning nak baru budak-budak ni mandi kolam kat I-City tu. So, duit hotel tu kami gunakan untuk beli tiket themepark...

ok, sekian wassalam.


20 January 2016

Mee Udang Bagan Nakhoda Omar











Assalamualaikum.../Selamat pagi,

Bersua lagi kita di minggu ketiga bulan januari 2016. 

Gambar di atas adalah gambar cerita tahun lepas. Tak sempat nak upload. Hari baru ada kesempatan nak update entri baru.

Dah lama sebenarnya mengidam nak makan mee udang kat Bagan Nakhoda Omar (BNO) ni. Cuti sekolah hujung tahun lepas, baru la tercapai hajat nak makan mee udang kat sini. Harga berpatutan sangat. Udang lebih 10 ekor dalam pinggan tu..Memang puas hati sangat la.

Suasana pemandang pulak memang terbaik...tepi laut weh..Memang terbaik la..Aku ni kalau boleh nak cari tempat makan yang mengadap laut..

Ok dah tercapai misi aku nak makan mee udang BNO...Alhamdulillah.

12 January 2016

11TH ANNIVERSARY

Assalamualaikum/Selamat petang,

1 Januari 2016 merupakan hari ulangtahun perkahwinanku yang ke-11 tahun. Aku berharap semoga ikatan ini hingga je Jannah. Dikurniakan 3 orang cahayamata yang mana pada tahun ini, kesemuanya sudah bersekolah. 

"Dah besar semua anak-anak mama papa"...

Semoga berkekalan dan berbahagia selamanya. Aamiin.

08 January 2016

WELCOME 2016


Assalamualaikum/ Selamat Pagi...

Syukur Alhamdulillah masih bernyawa lagi. Aku cuma mahu ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, dimurahkan rezeki, berperangai baik dan sentiasa positifkan diri. Aamiin..


Salam Sayang dari:
      ~Deyna83~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...