12 February 2016

Clover Hotel @ Port Dickson [Cuti Hujung Tahun 2015]





Assalamualaikum/Selamat Pagi,

Tak habis-habis lagi ceritera pasal PD...jangan muak ye semua... PD je pun bukannya London hehe.

Sebelum kami bertolak ke PD, kami memang dah standby baju dalam kereta kot2 la boleh menginap kat PD. Cari punya cari, fuhhhh full wei... Tapi kami tak putus asa, walaupun jauh dengan bandar, kami tetap cari jugak nak bermalam kat PD walhal PD ke Putrajaya berapa minit je pun kalau nak balik.. Disebabkan tak puas mandi manda pantai, gagahkan juga cari hotel bajet...Jadi le..

Jumpa la 1 hotel kat PD Waterfront. Kebetulan ada customer yang booking hotel tu tak pick up phone ke apa tah...so pihak hotel batalkan booking dia tu. Mana tak nya dah kul 9 malam kot...Mayber customer tu tak jadi la tu atau ada emergency case. Mana tau kan. Think positive!!!

Cantik jugak bilik hotel tu...disebabkan kepenatan, lupa nak snap gambar dalam hotel. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...