28 December 2015

Ikea Cheras #1











Assalamualaikum/Selamat Petang..

Seminggu selepas pembukaan Ikea Cheras, kami menjejakkan kaki ke sana. Wow, ramainya manusia. Kat kafe beratur panjang. Redha je la sebab pergi awal-awal pembukaan kan..

Kat Ikea, aku rembat frame gambar, pasu dan macam-macam la.. Nak cari kabinet besi RM39.90 tu, takde stok la pulak.. Frustnya...

Lupa nak snap gambar barang-barang yang kami beli. Layan gambar makanan je la ye. Ermm sedap mushroon sup kat Ikea.

18 December 2015

Movie Time: The Good Dinosaur





Assalamualaikum/Selamat Petang,

Bertemu lagi kita di hari jumaat yang berkat ini. Syukur masih dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Alhamdulillah.

2-3 minggu lepas bawa anak-anak pergi tengok wayang filem 'The Good Dinosaur' di MBO Galaxy Ampang. 1st time bawa anak-anak tengok wayang memandangkan anak-anak semua dah besar dan senang nak control ye dakkk.

Terpaksalah melayan anak-anak nak tengok cerita bebudak. Mama dan papanya kena layan je la.. Eh eh, best pulak cerita tu.. Lain kali boleh tengok wayang lagi..

***luang masa cuti sekolah bawa anak-anak jalan-jalan.

04 December 2015

Patin Tempoyak Temerloh - Gobang Maju






Assalamualaikum/Selamat pagi semua...

Bertemu lagi di hari jumaat yang berkat ini..

Untuk peminat tegar ikan patin Pahang, jom pekena patin tempoyak di Gobang Maju Temerloh. Harga berpatutan dan makanannya sedap sangat wah..moh la weh..

Otw dari kampung nak balik ke Putrajaya, kami singgah makan tengahari kat Gobang Maju. Perghhhh!!! sedapnya.

Akan ulang lagi datang ke sini bila nak balik Pahang nanti. 

Semua masakan kampung. Antara menu yang kami ambil ialah patin tempoyak, udang masak lemak cili api dan air special kat sini ialah air bandung aiskrim. Nasi putih yang kami minta tu dah diletak siap ulam dan sambal belacan.

Moh la weh gi GOBANG MAJU TEMERLOH..

*** next week balik kampung yahooooo.... tempat percutian yang paling best ialah di kampung. Sementara ibubapa masih ada, pulanglah ke kampung selalu jenguk orang tua ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...