28 July 2015

Biskut Red Pearl


 

























Teruja dapat buat biskut raya bersama-sama ofismate. Ini adalah kali pertama kami buat biskut bersama-sama. Bila dah siap bakar, bahagi sama rata. Itu paling penting. Baru adil kan. hehehe

Ada yang mengambil tugasan menumbuk cornflakes, menguli adunan dll...

Patutnya biskut ni bukan bulat molek rupanya...Biasa orang lain buat guna sudu je..so, takde bentuk sangat la biskut ni..tapi kitaorang belasah je wat bulat-bulat..Ada kecik, ada besar. Ikut tangan yang masing-masing hehehe..

Apa-apa pun biskut ni sedap sangat. Air tangan bersama. Tahun depan boleh wat lagi. Kalau panjang umur. Ok, aku share resepi yang aku ambil dari FB.

BISKUT RED PEARL 

Bahan-bahan
150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang

ü Cara Penyediaan
Mula-mula kita satukan butter dan gula.
ü Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
ü Masukkan tepung dan gaul rata
ü Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
ü Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
ü Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
ü Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
ü Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing

ü Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


27 July 2015

Menang Anugerah Cantik EH! 2015 - For Beloved One


Syukur Alhamdulillah...

Tahniah kpd diri sendiri coz menang Peraduan Anugerah Cantik Eh! 2015. Terkejut jugak bila nampak CONGRATULATIONS!...takut kena tipu kan...Tengok banyak2 kali...eh tak tipu la...betul punya..tu yang suka jawab soalan online...takyah gi pejabat pos...takyah beli setem...takyah beratur...online kan senang.

TQSM Bluinc...

Berbuka Puasa Di Restoran Resepi Sangdewi










Assalamualaikum/Salam Sejahtera..

orang lain dah sibuk update pasal raya...aku baru nak post gambar puasa....belasah je la..time tu takde mood nak update. hari ni baru berkesempatan dan mood baik hari ni..hahaha

Kebetulan nak ambil sambal hitam berpulu-puluh bekas yang telah diorder...alang alang tu berbuka terus la kat RSD. ermmm makanan memang terbaik la...makanan kampung/makanan pahang sebab ada patin tempoyak yang mabeles..

Kebetulan jugak, kak z buatkan meatball dia yang super duper sedap tu..memang rezeki la sangat datang time tu.

Nampak tak badak berendam kat atas tu...sihat betul badak-badak yang tengah berendam tu...itu la namanya badak berendam...suka..suka..suka..

Selain tu kami ambik, ketam masak lemak cili api, bubur kepit hidung dan masak lemak siput sedut kegemaran anak-anak bila datang ke RSD ni. tu je la yang diorang order. Sudahnya semua lauk-pauk yang kami order tu warna kuning...berlemak-lemak...ermmm tu yang sedap kan..tapi i still kurus walaupun makan berlemak-lemak..

Disamping tu, kak zi snap-snap gambar sitizoners yang hadir, termasuk la aku..yeayyy..thanks kak zi..muah-muah

24 July 2015

Deynas'tylor : Jubah Alya





Assalamualaikum/Salam sejahtera rakan blogger semua...semoga semua sihat hendaknya.

Selamat Hari Raya..

Nak sambung cerita jahit-menjahit...memang tak habis la kisah menjahit ni sebabnya sekarang makin membuak-buak nak jahit baju sendiri. memang save gile..

Jubah yang anak aku pakai tu...tak siap lagi sebenarnya...tengok tang kaki tu...belum kelepek lagi..dan nak potong lagi sebenarnya sebab labuh sangat..bahagian atas dah siap sepenuhnya. cuma leher terbesar sikit...pandai-pandai la adjust sendiri bagi kecik ye dok. kita buat dia, bukan dia buat kita kan...!!!!

Terharu bila dapat menjahit semula. bukan nya tak pernah gi kelas menjahit..haha pergi pun separuh jalan je...penat la pergi lepas ofis hour...byk keje rumah perlu disettlekan...so sekarang tengok kat youtube dan blog-blog je..Alhamdulillah boleh faham apa yang diajar. Dan nak ucap berbanyak terima kasih wat sifu aku...Cikgu Ros..hehehe...sebab sudi ajar kami..kerana dia lah..aku belajar jahit semula setelah sekian lama aku tinggalkan bidang tu..wah...ayat x boleh bla..

ok sambung cerita lain pulak...babaii

14 July 2015

Salam Aidilfitri 2015


Assalamualaikum/Selamat Sejahtera...

Terlebih dahulu, empunya diri ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafaan andai terkasar bahasa, meninggi suara dsbgnya...harap di ampunkan.

Dan tak lupa juga nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" buat yang mengenali diri ini.

Wassalam. Hati-hati dijalanraya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...