28 January 2015

Tragedi Banjir 2014

 Keadaan bandar Maran semasa air sungai Maran melimpah. 

Keadaan di kampungku

 Dalam rumah. Air tinggi paras pinggang.

 Bebudak ni masuk berita TV9. Baju biru tu anak buah aku. Si kakak dan aqil berdiri kat pintu balai raya.

 Gambar selepas banjir di kawasan dapur. Puas mencuci berkali-kali disebabkan lumpur yang tebal. Tikar getah habis hancur..kena tukar getah baru la. Almari pun musnah.

 Bilik no.1 kat dapur

 Abah dan adik sibuk mencuci dapur

 Bilik no.2 kat dapur

 Barang-barang yang musnah dilonggokkan di depan rumah sementara tunggu lori alam flora angkut

 Tong air merah dan kerusi kereta jiran-jiran yang hanyut kat rumah mak


 NGO cina datang beri sumbangan


 Tak lepas nak balik Putrajaya, so kena wat report polis untuk dapatkan surat cuti bencana. Masa tu ramai la yang datang ke balai polis untuk ambil surat bencana tu.



ok cukup sudah...Ini saja laporan dari saya..Tragedi disember 2014.

***berbanyak terima kasih kepada bantuan amal dari student UMP yang datang menolong mangsa-mangsa banjir dikampungku. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

27 January 2015

Kisah Satu Ringgit


Kalau aku bujang atau takde anak yang bersekolah, mesti time raya aku takyah susah-susah beratur kat bank tukar duit satu ringgit ye dak. Confirm aku akan simpan duit satu ringgit ni untuk anak-anak buah yang datang beraya. Tapi disebabkan aku ada 2 orang anak yang bersekolah, makanya aku wajib mengumpul duit satu ringgit ni untuk perbelanjaan mereka berdua di sekolah. Memandangkan 2 orang yang bersekolah, memang cepatlah duit satu ringgit ni habis. Puas nak kumpul. Untuk sekolah pagi dan KAFA.

So, bila kawan-kawan yang banyak duit satu ringgit ni, memang cepat la aku sambar...tukar cepat-cepat sebelum disambar orang lain. Fuhhh..kalau gi kafe, memang aku takkan guna duit satu ringgit untuk bayar, aku akan pecahkan duit RM5 or RM10 untuk mendapatkan duit satu ringgit. Gitulah rutin harianku. hehe. Sekarang stok duit satu ringgit masih banyak lagi sebab cuti sekolah bulan lepas sempatlah mak ko simpan untuk perbelanjaan sekolah 2015. Bijak tak mak korang ni hehehe?

Satu ringgit oh satu ringgit..

***bawa bekal la anak-anak oi...mampu ke mak ko nak membekalkan korang hari2...bedebushhhh!!

26 January 2015

Coklat Dari Switzerland Dan Itali

 Dari Switzerland

Dari Venice, Itali

Coklat...coklat...coklat..

suka...suka...suka..

Big thanks to my bos. Selalu ingat kat staff. 

23 January 2015

Buku Taubat Passport Ke Syurga Pemberian Sahabat


Assalamualaikum/Salam Jumaat,

Syukur masih diberi ruang untuk bernafas di dunia ini. Alhamdulillah.

Nak post gambar buku pemberian ikhlas dari sahabatku Kak Er. Terima kasih banyak-banyak la bagi buku ni kat kami-kami semua. Terharunya bila ada orang ingat kat kita kan. In Shaa Allah saya akan baca buku ni hingga ke muka surat yang terakhir. Makan masa berapa lama tu tak tau la, sebab aku ni kurang membaca. Tapi aku akan cuba sedaya upaya.

Semoga Kak Er, diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga yang tersayang. Aamiin.

19 January 2015

KL Yes Fest @ PWTC 2014





#throwback 2014

Hai..hai..hai...

Event KL Yes Fest ni berlangsung bulan lepas. Baru ada kesempatan untuk upload dalam blog. Kebetulan anak-anak kat kampung. Maka aku dan husband rancak la berjalan ke sana-sini.

Sebelum masuk ke dalam dewan, kena register dulu ye n then dapat lah cookies n red velvet cake. Kebetulan sampai ke PWTC tu awal pagi, orang pun tak ramai lagi time ni. So, happy la tak bersesak-sesak. Dapat la rembat 1 helai jubah yang cantik dan murah. Memang rambang mata la kalau pergi festival camtu kan. Tetapi disebabkan sayang duit, maka fikir banyak kali jugak la untuk beli sesuka hati.

ok da...

16 January 2015

Adi Putra @ Dataran Gemilang Putrajaya







#throwback 2014

Salam Jumaat,

Cerita bulan lepas, excited nak Adi Putra secara live. Kebetulan ada pertandingan band kat Dataran Gemilang tu, Adi Putra kalau tak silap, dia juri kot...

Apa lagi...terus ajak husband gi la kan..tapi lepas habis penutup pskk hari tu..Nasib baik sempat..masa tu dah kul 6 lebih. Nasib la dapat husband yang sporting kan.. Turut je permintaan isteri..huhuhu..

ok la...bai

15 January 2015

Teman Hubby Main Boling -2014



#throwback 2014

Bulan lepas, aku teman husband gi lawan boling kelab dia..Lagi pun anak-anak kat kampung time tu, boleh la meneman dia. Kalau anak-anak ada, memang duduk rumah le. Diorg berlawan kat Alamanda.

Terasa gian lak nak main boling. Dah bertahun kot tak main boling. Rindu nyerrr lahai..

Tunggu anak-anak besar baru best main boling. Takde la terkejar sana-sini. ye dok..

14 January 2015

Accountability Talk: Mindset Change Now With Fizo Omar









Sorry...

Terlambat update story 2014. Apapun aku akan tetap update apa yang tak sempat tu.

1st time jumpa Fizo Omar secara live. Nampak dalam tv macam pendek, tapi bila dah jumpa secara live tinggi la pulak. Tv suka menipu. huhuhu

Fizo ni merupakan tauke burger. Dah banyak cawangan kedai burger nya. Hope makin maju dan maju...Wife pun ada bisnes..Fareeda Nyata Jelita..Yang menjadi kegilaan wanita. Harga...tak boleh tahan..mahal wo. Takpe..mahal camne pun ramai jugak peminat setianya.. Sape yang mampu, beli je la kan.

ok...bai

08 January 2015

Kuih Bakar My Mom





#throwback2014
 
Cerita pasal makanan pagi ni yek..

Nak cerita sikit, mak aku memang pandai buat kuih tradisional berbanding kuih moden. Anaknya (terutama aku la) tak mewarisi kepandaian itu. Sebab aku ni pemalas sikit.

Bab membancuh bahan-bahan tu keje mak aku la. Aku cuma bakar-bakar je. (pemalas sungguh!!!) Sedar diri takpe..hehehe.. Mak aku wat kuih bakar ni sebab ada tempahan untuk orang selawat. Kebetulan mak nak mandi..aku kena la bakar kuih. Kalau tak, pukul berapa pulak nak siap kan.

Bab makan paling laju kot... Itu la aku. ok da... selamat menjamu mata.

07 January 2015

1st Reunion Ex-BC & Majlis Perpisahan











#Throwback 2014

1st reunion dan majlis perpisahan diadakan secara mengejut atau erti kata lain last minute. Kebetulan hari isnin dan selasa aku cuti (ingat-ingat lupa). Masuk keje rabu tu baru planning nak buat majlis tersebut memandangkan orang yang nak dirai tu merupakan last day dia di BC. So, kena buat jugak la walaupun ala kadar.

Mulanya kami rancang nak ke Ayer@8. Tetiba teringat kat buffet lunch kat PICC. So, kami decide ambil buffet lunch kat PICC la. Makan pun banyak. Ikut korang la nak makan banyak mana pun kan. Yang dijemput meraikan majlis ni memang tak ramai pun. Orang tertentu sahaja. Siapa orang tertentu tu? Mereka terdiri daripada ex-tingkat 7 punya orang ma..

Sebab tu tak ramai. Yang dirai ada 3 orang. Ada yang naik pangkat, balik negeri dan bersara pilihan. Alamak sedih weh. Tapi apa boleh buatkan..."kurelakan kau pergi"... Ada masa, jumpa lagi. Walaupun berjauhan tapi kita tetap berSAHABAT kan! Kalau tak suka sila UNFRIEND atau UNFOLLOW. Klik je, very easy.

Nanti kita wat 2nd Reunion pulak ye..tunggu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...