04 December 2015

Patin Tempoyak Temerloh - Gobang Maju






Assalamualaikum/Selamat pagi semua...

Bertemu lagi di hari jumaat yang berkat ini..

Untuk peminat tegar ikan patin Pahang, jom pekena patin tempoyak di Gobang Maju Temerloh. Harga berpatutan dan makanannya sedap sangat wah..moh la weh..

Otw dari kampung nak balik ke Putrajaya, kami singgah makan tengahari kat Gobang Maju. Perghhhh!!! sedapnya.

Akan ulang lagi datang ke sini bila nak balik Pahang nanti. 

Semua masakan kampung. Antara menu yang kami ambil ialah patin tempoyak, udang masak lemak cili api dan air special kat sini ialah air bandung aiskrim. Nasi putih yang kami minta tu dah diletak siap ulam dan sambal belacan.

Moh la weh gi GOBANG MAJU TEMERLOH..

*** next week balik kampung yahooooo.... tempat percutian yang paling best ialah di kampung. Sementara ibubapa masih ada, pulanglah ke kampung selalu jenguk orang tua ye.

1 comment:

  1. Cakap pasal Gobang Maju Ikan Patin, gulai dia memang berselera dan sapa2 yang tak pernah makan ikan patin pasti menagih. Saya selalu singgah cawangan kuantan sebab anak belajar kat sana. Wajib!
    Saya baru jer upload gambar2 masa gi sana dlm www.blogmakanbest.blogspot.com jadi kalu senang2 tu jenguk la yer blog saya sebab dalam tu ckp pasal makan, makan dan makan jer 100%. Kalu minat bolih follow yer TQ TQ

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...