04 August 2015

Biskut Cornflakes









Ok...sebelum ni aku dah post pasal biskut red pearl hasil air tangan kami (Team CLA) ahakkksss!! Semerbak bau ofis time kami membaking tu.. Now, nak tunjuk biskut kedua dari kami iaitu biskut cornflakes. Mudahnya buat biskut rupanya yekkk. ok jom tengok bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat biskut cornflakes.

Bahan-bahan:
230g Buttercup

230g tpg gandum
110g gula halus
1 sudu teh vanilla.
1 kotak Cornflakes. 



Cara-cara:

Pukul gula dan butter hingga sebati. Kemudian masukkan tepung dan vanilla, pukul lagi hingga sebati. Sementara tu hancurkan cornflakes. Bulatkan adunan sebesar guli. Kemudian tepung yang dah dibulatkan tu, gaulkan dengan cornflakes tersebut. Tabur tepung ataupun buttercup ke loyang supaya tak melekat. 

Bakar ikut oven masing2 160-165°c, selama 20-15 min. Menggunakan api atas bawah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...