28 July 2015

Biskut Red Pearl


 

























Teruja dapat buat biskut raya bersama-sama ofismate. Ini adalah kali pertama kami buat biskut bersama-sama. Bila dah siap bakar, bahagi sama rata. Itu paling penting. Baru adil kan. hehehe

Ada yang mengambil tugasan menumbuk cornflakes, menguli adunan dll...

Patutnya biskut ni bukan bulat molek rupanya...Biasa orang lain buat guna sudu je..so, takde bentuk sangat la biskut ni..tapi kitaorang belasah je wat bulat-bulat..Ada kecik, ada besar. Ikut tangan yang masing-masing hehehe..

Apa-apa pun biskut ni sedap sangat. Air tangan bersama. Tahun depan boleh wat lagi. Kalau panjang umur. Ok, aku share resepi yang aku ambil dari FB.

BISKUT RED PEARL 

Bahan-bahan
150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang

ü Cara Penyediaan
Mula-mula kita satukan butter dan gula.
ü Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
ü Masukkan tepung dan gaul rata
ü Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
ü Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
ü Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
ü Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
ü Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing

ü Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...